Kacang Tanah Salut Tepung antara kudapan menjadi kegemaran ramai terutamanya. Apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya, permintaannya menjadi tinggi sehingga kehabisan di pasaran. Pun begitu, ada juga sesetengah kacang yang dijual tidak ranggup, kadang lemau atau kurang sedap. Apa kata untuk rasa yang sedap, ranggup anda cuba buat sendiri berpandukan tip cara membuat Kacang Salut Tepung RASA kongsikan ini:-
Guna Kacang Tanah Yang Telah Dikupas:
Pilihan terbaik adalah kacang tanah yang telah dikupas kulit arinya. Selain memudahkan kerja, ia lebih sedap. Jika sukar cari kacang tanah yang telah dibuang kulit ari, beli sahaja kacang biasa kemudian rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian kupas kulit ari hingga bersih.
Ads
Goreng Sangai ¾ Masak:
Goreng sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah supaya teksturnya lebih rangup dan bangkit aromanya. Semasa menggoreng sangai, anda perlu sentiasa mengacaunya supaya tidak hangus. Goreng ¾ masak sahaja kemudian sejukkannya.
Campurkan Kacang Tanah Dengan Telur Serta Ramuan Lain
Gaulkan kacang tanah yang telah digoreng sangai dengan campuran telur dan ramuan (bawang putih yang telah dikisar halus, sedikit gula halus dan garam). Pastikan semua kacang disaluti dengan campuran telur tadi.
Ads
Salut Kacang Tanah Dengan Tepung Gandum dan Tepung Ubi Kayu.
Keenakan Kacang Tanah Salut Tepung bergantung pada kerangupan lapisan tepung yang menyaluti kacang tanah. Untuk mendapatkan kerangupan itu anda perlu campurkan tepung gandum dengan tepung Ubi Kayu dengan nisbah 4:1. Pastikan salutan juga salutan itu nipis untuk memastikan kerangupannya. Caranya masukkan kacang tanah yang digaul rata dengan bahan perencah sedikit demi sedikit ke dalam aduanan tepung gaul dengan tangan supaya salutan tepung merata dengan elok Kemudian ambil kacang menggnakan penapis jarang dan ketuk-ketuk penapis untuk membuang lebihan tepung.
Goreng Dengan Api Sederhana kecil:
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana kecil. Pastikan menggunakan minyak yang banyak supaya kacang terendam sepenuhnya dalam minyak. Goreng hingga kulit luar kacang menjadi coklat muda. Segera angkat dan toskan, setelah sejuk kacang sedia disimpan dalam bekas kedap udara.
Ads
KACANG TANAH SALUT TEPUNG : BAHAN-BAHAN:
600gm kacang tanah| sangai, biarkan dingin dulu
2 biji telur
4 sudu makan margarin, dicairkan
150gm gula halus
6 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 sudu teh garam
500 gram tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Campurkan telur, margarin, bawang putih, gula halus dan garam lalu kacau sampai rata.
Tuangkan 2 sudu makan adunan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata.
Gaulkan ke dalam bekas yang berisi tepung, gunakan tapak tangan agar tidak bergumpal.
Gunakan penapis sambil diayak supaya tepung rata.
Lakukan berulang kali dan berselang seli dengan telur dan tepung hingga 3-4 kali untuk menghasilkan ketebalan yang sempurna.
Goreng menggunakan minyak panas di atas api sederhana hingga warna kecoklatan.
Angkat lalu toskan, setelah sejuk simpanlah dalam bekas kedap udara.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buat ibu-ibu yang pening memikirkan menu minum petang untuk keluarga, kami kongsikan satu resipi oleh Cek Kynn iaitu Roti Telur dengan Jem Coklat. Mudah sahaja cara membuatnya tapi anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI TELUR DENGAN JEM COKLAT
BAHAN-BAHAN:
Beberapa keping roti hiris (saya guna 6 keping)
Jem peanut butter/coklat
2 biji telur
Susu pekat manis
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong roti kepada 4 bahagian.
2. Ambil sekeping roti yang telah dipotong dan sapukan coklat atau peanut butter.
3. Lapis lagi sekeping roti di atas roti yang ada coklat tadi. Letak sedikit susu pekat diatasnya dan letak lagi sekeping roti. Jadi, akan ada tiga lapisan roti ya.
4. Kemudian, pecahkan telur dan gaul sebati putih dan kuning telur. Masa ni dah boleh panaskan kuali untuk menggoreng. Saya letak marjerin sedikit.
5. Celup roti ke dalam telur.
6. Masukkan roti yang sudah dicelup telur ke dalam kuali. Pastikan semua bahagian digoreng sehingga kekuningan.
7. Siap untuk diangkat. Dan boleh terus makan.
Jika anda memerlukan NON-STICK PAN baru yang berkualiti pada harga yang murah, boleh klik DISINI.
Sebenarnya, banyak kegunaan kulit popia ini jika kita rajin mencipta resipi. Popia Pisang ini antara resipi mudah dan sedap, sesuai dijadikan minum petang.
Jom cuba buat popia pisang ini menerusi resipi yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati. Cuma guna tiga bahan sahaja, tetapi mampu menyediakan hidangan yang lazat. Jom cuba.
Letakkan pisang di atas kulit popia dan coklat di atas pisang.
Kemudian, gulungkan pisang dengan kulit popia dengan kemas.
Lekatkan hujung kulit popia dengan sedikit air.
Kemudian, bolehlah digoreng di dalam minyak yang sederhana banyak menggunakan api sederhana. Jika api kecil, akan menyebabkan kulit popia tersebut berminyak.
Hidangkan dengan menaburkan sedikit gula aising sebagai hiasan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!