

Masak lemak cili api Negeri Sembilan memang tiada tandingan. Seringkali disebut sebagai masakan yang ringkas namun sedap yang padu, membuatkan ramai yang suka memasaknya.
Menerusi perkongsian resipi daripada Muhamad Muktamin Abdul Karim untuk gulai nangka muda dan ayam masak lemak cili api ini, sangat mudah dan bahan-bahannya mudah didapati.
GULAI NANGKA MUDA & AYAM MASAK LEMAK CILI API

BAHAN TUMBUK:
Cili api/padi
Kunyit
Garam
TONTON Gerenti Jadi: Mac & Cheese Rendang (Anchor)
TONTON Dapur Rasa – Projek Air Tangan Emas
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 mangkuk nangka | direbus lembut
1 keping asam keping – beli online di sini
1 helai daun kunyit
1 biji setengah santan kelapa
Garam secukup rasa

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MASAK:
1. Masukkan ayam dan bahan tumbuk bersama daun kunyit dan asam keping. Gaul sebati dan biar sampai air ayam kering.


2. Masukkan santan dan nangka muda. Masak sehingga tahap kepekatan kuah yang disukai. Saya suka agak pekat dan sehingga kuah timbul minyak.


[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA BUAT SAMBAL TUK-TUK/GESEK
Cili api/cili padi ditumbuk dengan garam, diikuti ikan bilis dan bawang kecil/besar. Perah asam limau. Siap.


Kredit resipi: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Lengkap Roti Naan Cheese, Ayam Tandoori & Keema Daging
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sotong Sumbat Masak Merah Yang Sedap & Menyelerakan

Jika ada sotong di rumah, boleh cuba masak menu sotong sumbat masak merah ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Uya Masbah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
SOTONG SUMBAT MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor sotong
- Bawang besar | dikisar – beli online DISINI
- Bawang kecil | dikisar
- Bawang putih | dikisar – beli online DISINI
- Halia | dikisar – beli online DISINI
- 4 biji telur
- 1 biji lada besar merah | dihiris
- 1 biji lada besar hijau | dihiris
- 1 batang daun bawang
- 1 biji tomato – beli online DISINI
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1 ketul kiub ayam – beli online DISINI
- 5 sudu besar cili kering | dikisar – beli online DISINI
- 3 sudu besar sos cili – beli online DISINI
- 2 sudu besar sos tiram – beli online DISINI
- Garam – beli online DISINI
- Serbuk perasa | optional
CARA MEMASAK:
1. Campurkan telur, lada besar merah, lada besar hijau, daun bawang, tomato, bawang besar dan kiub ayam. Pastikan kiub ayam hancur. Gaul hingga sebati.


2. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah digaul tadi sehingga menjadi scramble egg. Ketepikan.

3. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang sudah dikisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau. Masukkan juga garam atau serbuk perasa. Masukkan cili kering ke dalam kuali dan kacau hingga sebati sehingga sebati. Masak sampai pecah minyak.



4. Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble egg ke dalam sotong sehingga padat. Letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya telur tak keluar.

5. Bila cili dah pecah minyak, masukkan sos cili dan sos tiram dan kacau hingga sebati. Tambah garam dan perasa mengikut kesesuaian tekak.

6. Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Jangan kacau terlalu kuat, takut kepala sotong tercabut. Bila sotong dah masak, boleh padamkan api. Siap!


Kredit foto & resipi: Uya Masbah
Anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang. Boleh Buat Air Rebusan Macam Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!

Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.
Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.
Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!
RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

Bahan – bahan:
1 ekor ikan bawal
1 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 biji bawang holland – dipotong kasar
2 biji tomato – dibelah 4
Sedikit daun ketumbar
Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )
Kicap manis
Kicap pekat
Sos tiram
Sos ikan

Cara memasak:
- Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan

- Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau

- Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin


- Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati

- Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba !
Kredit: Maryam Hussain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ikan Siakap Masak Asam Jawa, Sedapnya Memang Lain Macam Sampai Teringat-Ingat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

Terdapat pelbagai biskut moden yang telah di ubah suai. Pelbagai bahan telah ditambah ke dalam biskut untuk menyedapkan lagi biskut seperti oat, susu, Horlicks dan sebagainya. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih biskut yang anda sukai. Jom cuba 10 jenis biskut ini.
1. PUTU KACANG BERSUSU

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung kacang hijau
- 150gm susu tepung
- 100gm gula ising
- 50gm gula ising untuk hiasan
- Sedikit air untuk lembapkan adunan
CARA MEMASAK:
- Gaul semua bahan di atas kecuali air. Kemudian barulah direnjis sedikit air ke dalam adunan. Jangan terlalu basah.
- Taburkan sedikit gula ising ke dalam acuan. Kemudian tekan kuat adunan ke dalam acuan. Keluarkan dari acuan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Bakar menggunakan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut selera masing-masing.
2. BATANG BURUK BERSUSU HORLICKS

BAHAN-BAHAN:
- 20 keping kulit popia
- Minyak masak secukupnya
UNTUK SALUTAN:
- 200gm serbuk kacang hijau
- 150gm Horlick
- 100gm susu tepung
- 100gm gula ising
CARA MEMASAK:
- Kulit popia dipotong mengikut cita rasa. Panaskan minyakdan goreng kulit popia. Angkat dan toskan.
- Campurkan kesemua bahan untuk salutan dan kemudian gaulkan dengan kulit popia yang telah digoreng.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa kacang hijau beri kelainan
Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
3. JEJARI SUSU BEROAT

BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm susu pekat
- 100gm oat
- 100gm gula halus
- 150gm marjerin
- 1 biji telur
- 10gm soda bikarbonat
- 10gm baking powder
HIASAN:
- Sedikit kuning telur
- Oat
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan susu, oat, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh. Terap adunan tadi beralaskan plastik.
- Potong memanjang kemudian sapukan kuning telur dan sedikit oat sebagai hiasan.
- Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Tekstur oat dapat dirasa ketika digigit
INFO CHEF: Agak menyihatkan kerana mengandungi oat.
4. BEBOLA SUSU

BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm susu pekat
- 100gm gula halus
- 150gm marjerin
- 1 biji telur
- 10gm soda bikarbonat
- 10gm serbuk penaik
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan susu pekat, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.
- Bentukkan adunan seperti bebola.
- Bakar sehingga masak pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak susu
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
5. BISKUT BUNGA HORLICKS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm susu pekat
- 100gm gula halus
- 150gm marjerin
- 100gm Horlicks
- 1biji telur
- 10gm soda bikartbonat
- 10gm serbuk penaik
- Cip Coklat untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang.
- Masukkan pula susu, Horlick, soda bikarbonat, baking powder. Gaul sebati.
- Masukkan tepung kemudian uli hingga membentuk doh.
- Bentukkan adunan menjadi bunga. Letakkan cip coklat sebagaihiasan.
- Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak Horlicks
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
6. BISKUT SUSU BERTAKTHA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung jagung
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Ceri merah secukupnya |hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Sekiranya adunan agak lembik, boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit.
- Bentukkanm adunan tadi bulat-bulat dan leperkan sedikit. Letakkan ceri merah di atasnya. Letak di dalam dulang pembakar.
- Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa susu yang sedap
INFO CHEF: Boleh juga hiaskan dengan manik warna-warni untuk lebih menarik.
7. BISKUT RERAMA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung jagung
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Coklat masakan secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.Sekiranya adunan agak lembik,boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit. Bentukkan menjadi doh.
- Uli dan tekap menjadi bentuk rama-rama. Paipkan coklat masakan yang dicairkan untuk membentuk rama-rama.
- Masukkan di dalam loyang pembakar. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Bentuk yang unik
INFO CHEF: Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.
8. BISKUT NESTUM

BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung gandum
- 100gm marjerin
- 100gm gula ising
- 100gm soda bikarbonat
- 100gm serbuk penaik
- 80gm Nestum
- 20gm Horlicks
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Pukul telur bersama gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan tepung bersama soda bikarbonat, serbuk penaik, horlicks dan Nestum. Kacau sebati.
- Uli hingga menjadi doh dan bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.
- Letakkan di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Sangat mudah dibuat dan sedap.
9. BISKUT JEJARI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Coklat masakan | hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
- Uli adunan dan bentukkan memanjang. Masukkan di dalam loyang pembakar.
- Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Dengan menggunakan ‘piping’, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan sedikit ceri warna-warni di atasnya.
- Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak kacang
INFO CHEF: Coklat masakan dicairkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
10. BISKUT BURGER COKLAT

BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung jagung
- 200gm susu pekat
- 250gm marjerin
- Coklat masakan secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan, gaul sebati.
- Setelah itu, bentukkan adunan bulat leper. Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan di atas sekeping biskut dan lapiskan dengan sekeping lagi. Bentukkan seperti burger.
- Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
- Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan : 40-50 keping
Keistimewaan : Rasa lemak susu
INFO CHEF: Boleh letakkan manik warna-warni atau lukiskan corak di permukaan atas biskut untuk lebih menarik.







