Sebelum ni, mungkin ada dari anda hanya dengar dan rasa akan puding Biskut Cracker ni, apa kata kali ini cuba pulak membuatnya sendiri. Menu dan bahan mudah je, kebetulan pula hujung minggu, anda yang bekerja ada lebih masa di rumah untuk mencubanya. Resipi macam biasa RASA kongsikan di sini.
PUDING BISKUT CRACKERS BAHAN-BAHAN: 20gm agar-agar2 tali | cuci bersih, rendam 1 jam dan toskan. 5 cawan air 1 cawan gula pasir | boleh kurangkan Biskut crackers secukupnya 1 tin susu cair 2 sudu makan susu pekat manis 5 sudu makan tepung kastard | bancuh dengan sedikit air Secubit garam 1 sudu makan milo 1 sudu besar serbuk koko Pewarna ikut suka
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Masak agar-agar bersama air hingga larut.
Masukan gula dan kacau hingga gula cair, tambah susu cair dan secubit garam, kecilkan api biarkan ia mendidih sekejap.
Masukkan bancuha tepung kastard dan terus kacau laju untuk elak ia berketul. Asal bercampur sahaja dan tutup api.
Bahagikan adunan agar-agar yang telah masak tadi kepada dua, satu bekas campurkan dengan warna pilihan dan satu bekas lagi campurkan dengan milo dan serbuk koko, kacau sebati.
Basahkan loyang, ambil satu cawan agar-agar berwarna, tuang dalam loyang. Setelah sedikit beku susu biskut dengan segera (susun jarak-jarak sedikit.
Tuangkan agar-agar dengan 1 cawan agara-agar milo campur coklat tadi.
Tuangkan secara berselang seli hingga agar-agar.
Setelah keras, simpan dalam petu sejuk 3-4 jam.
Untuk hidangkan, cungkin bahagian tepi loyang menggunakan pisau plastik dan cuba terbalikkan puding perlahan-lahan.
Potong ikut suka dan hidangkan.
Kredit : zura zul
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada sesiapa yang mengidam nak makan Vadai @ masalodeh petang ni? vadai ni sedap dimakan panas-panas.😋😋😁. Time goreng wangi harum semerbak bau rumah…😃 Boleh tiru resipi mak sy…
BAHAN-BAHAN: -kacang dal sy beli 1.50 -bawang 1biji potong dadu -jintan besar -cili kering potong kcik2 -daun kari
CARA MEMASAK: Rendam kacang dal 3 jam Kemudian kisar halus semuanye..tinggalkan segenggam jer yg tak kisar untuk di campur sekali dengan yang dikisar semasa kisar, air jgn bnyak sgt… Tos airnye kemudian bole la gaul sebati semua bahan2. Perasakan garam gule sikit n aji… Tunggu 1 jam boleh goreng… Siapp…🤗
Kek Batik ni sememangnya menjadi kegemaran sesiapa jua. Bila minum petang dihidangkan dengan kek batik ini gerenti sepinggan licin. Boleh cuba resipi Kek Batik (Eggless) versi Jejaka Brownie . Dia kongsi sukatan bahan dalam gram supaya tak pening bahan terlebih atau terkurang. Kek ni satu family boleh nikmati, sebab banyak.
KEK BATIK Bahan-bahan: 500gm butter 500gm susu pekat manis 390gm susu fullcream(Cecair) 200gm milo 100gm serbuk koko 1kg Biskut Marie (patahkan 4) Nestum untuk taburan (Optional)
Cara membuat: 1. Panaskan kuali api sederhana. Masukkan butter dan biarkan hingga cair. 2. Setelah butter cair masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau dalam 5 minit. 3. Selepas itu baru masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau menggunakan whisk supaya tidak berketul. Masak hingga adunan menggelegak dan sedikit likat. Matikan api. Masukkan Biskut Marie tadi dan gaul sehingga kesemua biskut tersalut rata. 4. Ambil acuan/bekas yang sesuai lapiskan baking paper. Masukkan kek batik dan tekan.Tekan sikit supaya biskut mampat. Ketebalan kek ikut suka anda. 5. Setelah siap masukkan dalam acuan letak didalam peti sejuk dalam 3 – 4 jam. Atau kalau nak cepat letak dalam freezer dalam 2 jam lebih. Potong ikut kesesuaian. Taburkan nestum dan bolehlah hidangkan.
Masakan paprik cukup terkenal di kedai makan di Thailand & Malaysia. Hidangan lengkap dengan isi ayam, udang, sotong, dan sayur-sayuran ini memang sedap! Pedas, masam, masin memang cukup. Nak cuba resipi Paprik Udang Banjir yang sedap perkongsian saudari HasnorFadila Kadir ni? Ini bahan-bahan yang anda perlukan.