Cara Simple Buat Colek Pauh Muda 4 Rasa

Share

Sesekali mesti teringin nak makan masam-masam. Tekak rasa nak sesuatu yang masak untuk melengkapkan deria rasa yang dikurniakan Allah. Colek pauh muda resipi daripada Azira Mamat ini ada empat rasa yang digabungkan iaitu masam, manis, pedas dan masin. Pauh juga dipanggil sebagai mangga.

Cubalah.

COLEK PAUH MUDA

BAHAN-BAHAN
5 biji pauh muda
3 sudu gula
1 sudu garam kasar
1 sudu cuka
3 sudu kicap
3 biji cili padi dipotong halus
1 inci belacan
Udang kering dan kacang (jika suka)

CARA MEMBUAT
1. Kupas dan potong mangga muda. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, satukan gula, garam kasar, cuka, kicap, cili padi, belacan, udang kering dan kacang.
3. Masukkan mangga dalam mangkuk. Gaul sebati.
4. Sedia dimakan.

Resipi: Facebook Azira Mamat

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Siti Mariam Elias