Cencaru Bakar Sumbat Sambal, Sedap Kaw-Kaw.

Share

Cencaru Bakar memang sinonim dengan belah belakang sumbat dengan sambal atau samhal kelapa. Tak kisah cara mana anda masak, ia tetap sedap. Kalau korang pencinta ikan bakar, cuba buat sendiri di rumah. Resipi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal ni memang sedap dan mudah untuk menyediakannya.

CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan Cencaru saiz sederhana
BAHAN SAMBAL:
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
4 biji cili padi
Sedikit belacan
5 sudu makan cili kering yang telah dikisar
Sedikit air asam jawa
Garam, gula, dan perasa secukupnya


Hirisan daun bawang, tomato potong dadu dan hirisan bawang besar.

CARA MEMBUAT:

  1. Belacan, bawang merah, bawang putih dan cili padi dikisar kasar dalam blander.
  2. Panaskan 2 sudu makan minyak, tumis bahan yang dikisar kasar tadi.
  3. Kemudian masukkan cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan, air asam, garam gula dan perasa secukupnya.
  5. Tutup api dan tambah ke dalamnya hirisan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  6. Sumbat sambal ke dalam ikan, kemudian bakar hingga masak.
  7. Ikan Cencaru bakar sedia dihidangkan.

resepi_ala_kampung
@azanrusks

Published by
webadmin