
Resipi Cendawan Goreng Telur Masin yang bukan saja mudah disediakan, tapi rasanya juga setanding kudapan premium di restoran! Cendawan tiram yang digoreng rangup, disalut pula dengan kuah lemak masin dari serbuk telur masin dan mentega – memang satu gabungan yang buatkan anda nak ulang lagi dan lagi. Tak sedar dah habis sepinggan. Jom cuba!
CENDAWAN GORENG TELUR MASIN

Bahan-bahan:
- 2 pek cendawan tiram
- Tepung bestari
- Air secukupnya
Bahan Salted Egg:
- 2 sudu mentega
- 5 ulas bawang putih | dicincang
- 3 tangkai daun kari
- 5 biji cili padi
- 3 sudu besar serbuk telur masin
Cara Memasak:
1. Di dalam mangkuk, gaulkan cendawan tiram bersama tepung Bestari. Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
2. Kemudian, goreng cendawan di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
3. Di dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bawang putih. Kacau hingga naik bau.
4. Masukkan daun kari dan cili padi. Cili padi bertujuan untuk hilangkan rasa muak telur masin.
5. Masukkan serbuk telur masin dan gaul rata.
6. Masukkan cendawan goreng tadi dan gaul sebati.
7. Cendawan Goreng Telur Masin siap untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

sekarang!




















