CEO Ini Kongsi Masak Lemak Cili Padi Original Negeri Sembilan Resipi Ibu

Share

Majalah RASA tertarik dengan satu resipi yang dikongsi oleh Pengasas merangkap CEO di Adtejari Corporation Sdn Bhd, Ridzwan Hamid. Sebagai anak jati Negeri Sembilan dari Tampin ini, beliau berkongsi resipi ayam masak lemak cili padi mengikut resipi ibunya, Puan Saedah Sheikh Abdullah.

"Beza antara masak lemak cili padi original Negeri Sembilan dengan masakan negeri lain adalah cara kami masak tak tumis. Maksudnya masak lemak cili padi kami tak guna setitik minyak masak pun," katanya.

Jom intai resipi ayam masak lemak cili padi gaya CEO ini.

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN


3 ulas bawang merah
Kunyit sebesar ibu jari
15 tangkai cili api (bergantung tahap pedas yang dimahukan) (BELI DI SINI

)
1/2 ekor Ayam
2 batang serai (dititik/ketuk)
2 biji kentang (dipotong 4)
1 biji kelapa (diambil santannya)
2 keping asam keping
Garam kasar secukup rasa (BELI DI SINI)

CARA MEMBUAT
1. Potong kecil bawang merah dan kunyit supaya senang dikisar.

2. Kisar bawang merah, kunyit dan cili api bersama segelas air. (BELI PENGISAR DI SINI)
3. Masukkan ayam, serai dan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk.

4. Renehkan sehingga ayam separuh masak dan air kisaran tadi hampir kering.
5. Tambah sedikit air dan masukkan kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang empuk.

6. Masukkan santan, asam keping dan garam kasar.

7. Kacau dalam 15 minit sehingga santan sebati dengan ayam. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Resipi Oleh: facebook Ridzwan Hamid

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=9xu3HKAmAWQ

Published by
Siti Mariam Elias