
Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek elektrik yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat yang tidak menyenangkan. Walaupun dibasuh menggunakan span, kesan tersebut masih ada dan tidak bersih sepenuhnya.
Ada petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Untuk membersihkan kesan karat tersebut, masukkan air yang dicampur dengan sedikit cuka ke dalam cerek elektrik dan rendam selama beberapa jam. Selepas itu, basuh dan bilas menggunakan air bersih. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih.
ATAU anda juga boleh menggunakan cara di bawah ini.
Mudah kan? Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beras Baru Beli, Dah Simpan Dalam Bekas Tutup Rapat Tapi Tetap Ada Kutu Beras. Ini Sebabnya

Isi Kandungan
ToggleBeras baru saja beli dan terus masuk bekas. Siap tutup rapat letak cili kering lagi. Tapi masalahnya kutu beras tetap juga ada.
Jangan hairan ya, sebab haiwan ini sememangnya hidup dalam beras. Perkara ini dikongsi oleh Naim AJ Pest yang turut mengendalikan khidmat kawalan serangga perosak. Beliau juga turut menjelaskan tentang perkara ini dalam satu perkongsian di laman X.
Macam mana bubuk ada dalam beras walaupun baru beli
Kutu beras atau Rice Weevil ini merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
Macam mana serangga ini boleh ada dalam beras walaupun beras baru beli ?
Serangga ini sebenarnya bertelur dalam beras tu sendiri. Ia akan jadikan sebutir beras kita sebagai tempat menyimpan telur. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.
Bila dah sampai tempoh matang serangga ini akan keluar dari beras yang jadi tempat tinggalnya kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain. Dalam masa yang sama ia akan biakkan lagi telur dalam beras yang lain.
Kalau rajin masak nasi, kutu tak sempat keluar
Sebab itu bila kita jarang masak cepatlah serangga ini keluar, yang rajin masak nasi binatang ini tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur sekali jadi. Dapat lah extra protein tapi tiada masalah pun kalau termakan telur kutu beras ni.
Cuma kalau beras yang ada masalah kutu ini beras cepat hancur, kalau dimasak nasi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah tercemar atau contaminated.
Macam mana nak keluarkan kutu beras ini ?
Serangga ini sangat sensitif dengan suhu. Paling mudah jemur saja tengah panas bawah matahari dalam 15-20 minit. Nanti kutu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras kita tebar atas talam ya, mudah sikit kutu beras nak lari.
Cara nak cegah kutu beras?
1. Letak daun Bay Leaves – daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.
2. Lada hitam – Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ini. Tabur sikit saja dalam bekas beras.
3. Vacuum pack – Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkan dari telur kutu beras menetas.
4. Simpan beras dalam freezer – yang ini jarang dibuat, tapi berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. jadi ia tak boleh nak hidup.
Semoga bermanfaat
Sumber Naim AJ Pest
Cara Buat Cili Jeruk Supaya Kekal Rangup Krup Krap Bila Makan

Cili Jeruk merupakan hidangan pelengkap yang boleh dinikmati dengan menu seperti mi sup dan lain-lain. Kalau makan Char Kuey Teow jika tak ada Cili Jeruk memang tak puaslah makan. Pendek kata Cili Jeruk wajib ada supaya bila kita makan Char Kuey Teow barulah terasa puas makan.
Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri Cili Jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah menjadi jeruk bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau – beli online
2 sudu makan gula – beli online
Cuka makan – beli online
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh di makan.
Sumber kredit: Farid Sham
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Resipi Daging Malbari Sukatan 1 Kg, Daging Lembut & Sedap Dalam Setiap Suapan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Sotong Pisang Muda, Lauk Sedap Buka Selera

Selalunya pisang muda dijadikan campuran dalam kari kaki ayam atau kari daging. Tapi kali ni, kita cuba gunakan sotong pula. Nampak macam pelik, tapi rasanya sedap juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripada Zurinah Isa di facebook.
KARI SOTONG PISANG MUDA

BAHAN-BAHAN
6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 sudu besar rempah kari ikan
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
6 biji pisang muda (siat kulit dan potong 2)
3 ekor sotong (potong bulat)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa.
CARA MEMBUAT
1. Bawang merah dan bawang putih digaul dengan rempah kari. Jadikan pes.
2. Panaskan minyak masak.
3. Tumis hirisan bawang merah. Masukkan daun kari.
4. Kemudian masukkan pes bawang dan serbuk kari. Masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan pisang dan sotong. Gaul sebati. Tuangkan sedikit air.
6. Masukkan santan biarkan mendidih.
7. Apabila sotong dan pisang sudah masak, masukkan garam. Boleh matikan api.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi Dari Facebook: Zurinah Isa.
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7