
Siapa kata buat kek susah, tak percaya anda boleh cuba buat Cheese Cake yang hanya guna tiga bahan je ni, sangat mudah dan cara membuatnya pun senang. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.
CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
120gm Tatura Cream Cheese
120gm susu pekat manis
3 Biji telur gred B
Parutan Cheddar Cheese | jika suka
CARA MEMBUAT:
1. Pukul Cream Cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunanmenggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan oven dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia suduh masak.
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10 . Keluarkan dari oven dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Kredit : Nurul Ain Ridzwan
https://www.rasa.my/5-resipi-kek-homemade-sedap-boleh-masak-tanpa-guna-ketuhar/
https://www.rasa.my/cara-buat-brownies-nutella-flat-cookies-sedap-rangup/
https://www.rasa.my/kek-pisang-moist-gebu-sedap-untuk-hidangan-raya/
https://www.rasa.my/chocolate-cheese-versi-kukus-super-senang-boleh-cuba-untuk-raya/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Dapat 35K Share. Sambal Garing Pedas Ni Memang Sedap

Menu Sambal Garing Pedas ni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasi panas begitu sahaja pun dah cukup untuk buat makan bertambah. Makan dengan bubur nasi atau roti pun cukup menyelerakan. Nampak sedap kan? Tidak hairanlah resipi ni dapat perkongsian hingga 35K ‘share’ di fb. Wow… Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah Hassan ni. Anda boleh buat dan jadikan stok di rumah. Memang untung dan boleh tahan lama. Malah Sambal Garing Pedas ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu produk jualan. Mudah dikendalikan dan boleh dipos. Wow… Sangat berbaloi ni. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL GARING PEDAS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN (sukatannya agak-agak sahaja):
Cili kering yang pedas – beli online disini
Ikan bilis – goreng garing – beli online disini
Bawang merah – hiris kemudian goreng garing – beli online disini
Bawang putih – hiris kemudian goreng garing – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cuci cili kering, tos dan goreng dengan minyak. Jangan lama sebab cili kering cepat garing. Ikan bilis, bawang merah dan juga bawang putih digoreng hingga garing secara berasingan.
2. Angkat cili kering dan kemudian kisar kering dengan sedikit garam halus.
3. Panaskan sedikit minyak masak anggaran 2-3 sudu makan menggunakan api kecil.
4. Masukkan semua bahan, kacau biar sebati dan bercampur rata.
5. Biarkan sambal sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
6. Sambal Garing Pedas homemade sedia untuk dinikmati.
7. Enak dimakan bersama bubur.
Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Hassan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Rojak Ayam Sedap. Masak Puas Hati & Sendiri Memang Lebih Jimat
Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Masak Kicap Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ala Corndog Yang Sedap & Boleh Buat Secara Homemade.

Bagi anda yang biasa menonton drama Barat atau Korea, pasti pernah melihat menu Corndog ni. Ia merupakan sajian yang dibuat menggunakan sosej dan keju yang dicelup dalam bancuhan tepung dan disalut bersama serbuk roti serta digoreng rangup. Rasanya memang sedap. Nak cuba? Resipi snek ala Corndog perkongsian saudari Nuraimi Amy ni boleh dicuba.
CARA MASAK CORNDOG SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket sosej
- Keju mozarella
- Keju cheddar ( keping) secukupnya
- Serbuk roti secukupnya
- Roti sandwic
- Tepung Goreng Rangup Serbaguna ( pedas)
- Lidi sate
CARA MEMASAK:
1. Potong sosej kepada dua bahagian dan potong keju mozarella menjadi bentuk dadu.
2. Ambil lidi sate kemudian cucuk keju mozarella berselang seli dengan sosej.
3. Balut keju tadi menggunakan roti dan keju cheddar yang telah dipotong dua.
4. Balut dengan kemas. Lakukan hingga habis @ mengikut kuantiti yang anda suka.
5. Bancuh Tepung Goreng Serbaguna dalam gelas tinggi supaya mudah dicelup. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
6. Salut roti tadi menggunakan serbuk roti hingga rata.
7. Rupa Corndog yang telah siap untuk digoreng.
8. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng hingga keemasan.
9. Sedia untuk dinikmati. Snek ini enak dinikmati panas-panas.
Kredit resipi & foto: Nuraimi Amy
9 Bahan Masak Ini Anda Boleh Hasilkan Secara Homemade. Jimatkan Belanja Dapur!

Bagi ibu-ibu yang mementingkan kualiti serta nutrisi dalam masakan, pastinya lebih gemar menyediakan sendiri rencah-rencah masakan untuk hidangan keluarga. Dengan menghasilkan sendiri sendiri pes tomyam, pes sup dan pes nasi ayam, ia bukan sahaja menjadikan masakan lebih sedap malah kerja-kerja memasak juga menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, dengan menghasilkan bahan-bahan ini secara homemade, secara tidak langsung ia juga menjimatkan belanja dapur.
Sebagai contoh, Nutella, jika dibeli harganya boleh tahan mahal. Berbanding anda hasilkan sendiri di rumah, jumlahnya anda dapat jauh lebih banyak dari yang dibeli. Memang berbaloi! Jom lihat aneka bahan masakan yang anda boleh hasilkan sendiri. Mudah, jimat dan lebih bersih. Selamat mencuba!
1. PES TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji bawang besar
- 4 batang serai
- 2 biji cili hidup merah
- 5 hiris lengkuas
- 7 helai daun limau purut (dikira secara tak bercantum)
- 4 sudu makan udang kering
- 10 ekor ikan bilis (Optional. Letak sebab nak lebih rasa kaw kaw seafood)
- 4 inci belacan bakar
- 3 sudu makan cili kering kisar
- Air asam jawa, gula perang dan garam asli secukup rasa
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan-bahan (kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sampai pecah minyak menggunakan api perlahan.
- Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati.
- Padamkan api. Masukkan garam secukup rasa.
- Masuk pes tomyam ke dalam botol. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.
- Pes ini sudah boleh digunakan dalam masakan anda.
Kredit resipi & gambar: Norashikin Bt Hasan
2. PES SUP HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 labu bawang besar | dipotong kecil
- 3 ulas bawang putih | dipotong kecil
- 2 inci halia | dipotong kecil
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 sudu kecil kfc lada hitam
- 1 sudu kecil kfc bunga cengkih
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam penapis teh dan basuh. Kulit kayu manis diketuk-ketuk terlebih dahulu untuk memudahkan proses mengisar.
- Masukkan semua bahan dalam pengisar, tambahkan air dan kisar hingga halus. Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit minyak.
- Tuang bahan kisaran ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas kiub ais untuk menjadikan pes berbentuk kiub.
- Untuk menggunakannya, masukkan rempah sup anggaran 1 atau 2 sudu makan ke dalam sup mengikut keperluan. Boleh juga masukkan secubit kas-kas untuk menyedapkan sup.
Kredit gambar & resipi: Mas Lieyana
3. NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan hazelnut
- 12 aunz milk chocolate
- 2 sudu makan minyak jagung
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 3/4 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK:
- Bakar 1 cawan hazelnuts dalam ketuhar pada suhu 176C selama 12 minit.
- Setelah hazelnut selesai dibakar, buang kulitnya dan masukkan ke dalam ‘food processor’. Kisar sampai nampak ada minyak keluar. ( Anggaran kisaran adalah selama 10 minit.)
- Masukkan milk choc jenama beryls (x perlu cairkan), minyak jagung, gula, serbuk koko, esen vanila dan garam bukit. Kisar sampai sebati dan sekata.
- Siap dan sudah boleh dinikmati. Simpan di dalam bekas bertutup dan mampu bertahan selama sebulan.
Kredit gambar & resipi: Nadiah Latfi
4. SUSU PEKAT MANIS
BAHAN-BAHAN (sukatan cawan & gram)
- 1 cawan / 100gm susu tepung
- 2/3 cawan / 125 gula halus (gula biasa pun boleh)
- 1/3 cawan / 60ml air suam
- 1/4 cawan margerin ( lebih kurang 1 sudu makan sukat membukit)
CARA MEMASAK:
- Dalam blender, masukkan air suam dahulu.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain.
- Kisar halus hingga creamy / berkrim. ( kacau dgn sudu sekali sekala). Jika rasa kepekatan kurang, boleh aje tambah sedikit susu tepung.
- Sedia untuk digunakan. Anda juga boleh simpan dalam bekas kedap udara kemudian simpan dalam peti ais.
Kredit resipi & gambar: ALeen Aireish
5. TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 3kg kacang soya
- 18 liter air
- 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu
CARA MEMASAK:
- Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.
- Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.
- Masak susu soya hingga mendidih.
- Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.
- Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.
- Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain.
- Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.
- Tutup kain dan tekan dengan pemberat.
- Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.
Kredit resipi & gambar: Azlia Al Hayahuddin
6. MI KUNING
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 180ml air (untuk bahan uli)
- 5 sudu makan minyak masak
- 1 biji telur
- 2 cubit serbuk kunyit
- Air didihan | campur dengan 2 sudu makan garam (untuk celur mi)
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan tepung, air, telur, minyak dan serbuk kunyit. Uli hingga jadi doh. Tekstur doh memang keras sedikit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk memudahkan proses gulung mi.
- Setkan mesin manual pasta untuk proses gulung pertama iaitu no.7. (gulung doh jadi leper & panjang ikut suka). Proses gulung kedua untuk lebih halus, set no.4.
- Dah selesai proses gulung doh jadi halus & panjang, lumur permukaan doh dengan minyak untuk elak dari melekat.
- Kemudian masukkan pula doh ke dalam proses gulung untuk dijadikan mi. Ulang proses yang sama hingga habis.
- Didihkan air bersama garam kemudian masukkan mi tadi. Masak anggaran dalam 1-2 minit. ( jika mi sudah timbul di permukaan air, boleh angkat dan toskan)
- Mi yang telah dimasak tadi perlu dilalukan di bawah air paip. Toskan hingga air kering.
- Gaul mi bersama sedikit minyak amsak untuk mengelakkan ia dari melekat serta tahan lama.
- Mi ini tahan lebih kurang seminggu lebih.
Kredit resipi & gambar: Hariati Henri
7. IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kilo ikan gelama (saiz terpulang, aku dapat yang saiznya selebar tapak tangan)
- Garam
- Cuka makan
CARA-CARA:
- Ikan gelama cara siangnya, belah belakangnya jangan sampai putus. Dengan menggunakan gunting, belah 2 kepala agar kita dapat bukak ikan tu seperti gmbar di atas. Buang segala insang dan perut. Kalau ada telur nak simpan boleh, nk buang pun boleh, terpulang. Cuci bersih-bersih.
- Dalam besen, susun ikan dan taburkan garam ke atas setiap ekor ikan, anggarannya segengam penuh untuk seekor. Garam perlu banyak sebab kalau tak cukup masin ikan akan busuk. Jika banyak ikannya, boleh je susun tapi pastikan garam tu meliputi setiap ekor ikan. Susun cantik-cantik kemudian masukkan air sehingga ikan tenggelam. Tutup rapat besen dan biarkan selama 24 jam.
- Esoknya, bilas ikan, masa ini kita kena sesuaikan rasanya. Jika ikan terlebih masin, rendam seketika dalam air, jangan lama-lama, kang tawar pulak. Pastikan semua garam dibilas untuk elak bunga garam terbentuk waktu kita jemur. Bilas bersih-bersih dan toskan.
- Sebelum susun atas talam/tampi, basahkan atau percikkan setiap bahagian ikan dengan cuka. Fungsi cuka ialah untuk menjauhkan lalat daripada mendekati ikan. Kemudian jemur di bawah matahari yang terik selama 1 hari atau 2 hari, bergantung kepada tahap kering yang dikehendaki.
TIP:
- Ikan yang telah kering, boleh dibungkus dan disimpan di dalam peti sejuk.
- Pemilik resipi menjemur uikan kering di atas bumbung rumah. Katanya, makin tinggi tempat ikan dijemur, makin sukar untuk lalat hinggap.
- Sentiasa pantau ikan kering yang dijemur kerana kebiasaannya tebuan suka curi isi ikan. Nanti isi ikan akan berlubang-lubang. Of course perhatikan kucing sekali ye.
- Jika ikan tidak kering sepenuhnya, seeloknya simpan dalam peti sejuk beku untuk mengelakkan ikan kering dari busuk dan hapak.
Kredit resipi & gambar: http://chesitinoor.blogspot.my/2014/05/ikan-kering-gelama-homemade.html
8. KUEYTEOW HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: (dapat 1.458 kg kueyteow)
- 2 3/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 biji putih telur + 1 cawan air
- 1 sudu teh garam
- Sedikit minyak untuk merebus dan digaulkan bersama kueyteow
- Tepung ubi secukupnya untuk ditaburkan ketika menghasilkan kueyteow
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan tepung bersama putih telur, garam dan air. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tapak tangan.(*Jika doh terlalu keras, tambahkan air 1 sudu besar sedikit demi sedikit hingga doh dirasakan mudah untuk diuli. Pastikan doh tidak terlalu lembut,bagi mengelakkan kueyteow menjadi lembik ketika dicelur nanti.)
- Ambil doh yang siap diuli, lumurkan dengan tepung ubi sebelum dicanai menggunakan mesin pasta. Ketebalan kueyteow sebaiknya menggunakan mesin no 6 dua kali. Kemudian gunakan mata mesin untuk membuat kueyteow. (mama canai 2 kali guna mata mesin yg tebal dan 2 kali mata mesin yg nipis).
- Panaskan periuk berisi air separuh penuh. Masukkan sedikit minyak masak, biarkan ia mendidih.
- Celurkan kueyteow yang siap dimesin ke dalam air mendidih. Kueyteow akan timbul dipermukaan apabila sudah masak.
- Toskan kueyteow dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air sejuk selama 1 minit (mama tos dan siram kueyteow dengan air sejuk/paip sekejap saja).
- Kemudian toskan kueyteow hingga kering dan gaulkan bersama minyak masak supaya tidak melekat.
- Sedia untuk digunakan untuk hidangan anda. Selamat mencuba.
Kredit resipi & gambar: http://dapur-mamasya.blogspot.my/2013/10/homemade-kuey-teowpuas-hati-hasilnya.html
9. PES NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji bawang merah
- Halia ( anggaran panjang sejengkal)
- 15 ulas bawang putih
- 7 batang serai
- 5 sudu makan garam
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan diatas ( kecuali minyak) hingga halus.
- Kemudian panaskan minyak masak. Masak bahan kisar tadi dan pastikan minyak masak menenggelamkan bahan-bahan tersebut.
- Setelah terbit minyak, masukkan garam. Pes ini perlu masin kerana bila dicampur ke dalam nasi, anda sudah tidak perlu menambah garam.
- Teruskan memasak pes tadi sehingga menggelegak dan airnya telah kering. Cara mengenal pes telah kering air ialah ia sudah tidak merecik dan minyak keluar dengan banyak.
- Padamkan api dan sejukkan pes. Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam balang atau bekas yang bersih.
- Simpan didalam peti sejuk dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Untuk memasak nasi ayam menggunakan pes ini. Berikut adalah cara-caranya:
Langkah 1:
Basuh bersih 3 pot beras dan masukkan 2 sudu makan pes nasi ayam segera ini. Jika pes anda kurang berminyak, masukkan 1 sudu makan marjerin.
Langkah 2:
Kemudian masukkan air mengikut kesesuaian beras yang akan ditanak. Gaulkan pes itu supaya sebati dengan beras. Masukkan juga potongan daun pandan yang dikerat 2 inchi.
Langkah 3:
Semasa air nasi hampir kering, anda kena kacau lagi sekali nasi itu agar kurang berketul dan rasa pes akan lebih sekata.
Langkah 4:
Apabila nasi yang ditanak telah masak, boleh padamkan suis periuk. Kita anda nak makan sedikit lewat, elakkan periuk berada dalam keadaan ‘keep warm’ kerana ia akan membuatkan bahagian bawah nasi menjadi sedikit hangus dan berwarna coklat. Kurang menarik nanti.
Nota: Minyak lebihan memasak pes tadi jangan dibuang. Ia boleh menjadikan masakan lebih enak dan berperisa jika digunakan untuk memasak masakan lain.
Kredit gambar & resipi: Paan Selamat