Dikala cuaca panas, memang sedap kalau dapat minum Air Lemon Tea Pudinayang sedap, resipi perkongsian Chef Asma Nordinni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang didapati. Menurut beliau, anaknya pun puji cakap air ni adalah air tersedap pernah dia minum. Kalah air di kedai. Aroma lemon dan pudina memang memikat selera. Chef juga izinkan resipi ini digunakan untuk tujuan niaga. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT AIR LEMON TEA PUDINA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 liter air panas (1 jug) 4 uncang teh serbuk – beli online disini 1 biji lemon 200gm gula pasir – beli online disini Secekak daun pudina
CARA PENYEDIAANNYA: 1. Lemon dibelah dua dan diperah untuk ambil jusnya. Pastikan biji dibuang . Bila selesai diperah, kulit lemon dipotong nipis-nipis 2. Satukan air panas, gula pasir dan teh uncang di dalam jug. Kacau hingga gula hancur dan larut. 3. Masukkan jus lemon yang diperah tadi, hirisan kulit lemon dan daun pudina yang telah dibersihkan. Sebatikan. 4. Air Lemon Tea Pudina sedap siap untuk diminum secara sejuk atau panas.
Salah satu resipi nasi tumis yang mudah dan enak. Makan banyak kali pun tak muak. Malah nak hasilkannnya tidak terlalu rumit. Sangat sesuai dicuba di Aidilfitri nanti.
NASI BUKHARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | dipotong 6-8 ketul
750gm beras basmathi | dicuci dan tos airnya
750gm air untuk nasi
250 susu segar
250 air untuk ayam
2 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang putih | dihiris
3cm halia | dihiris halus
2 biji cili hijau
1/2 batang lobak merah | dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1 kiub stok ayam
Garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN REMPAH SERBUK:
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1/2 sudu teh serbuk bunga cengkih
1/2 sudu teh serbuk serbuk buah pelaga
1/2 sudu teh perwarna kuning
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan semua rempah serbuk, hirisan lobak merah dan tomato puri.
Kacau sebentar masukkan ayam dan 250 ml air.
Kemudian masukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan stok ayam. Masaklah sehingga kuah agak memekat dan kering. Tutup api.
Alihkan bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
Masukkan juga beras, cili hijau, susu segar dan air. Kacau sebati. Masaklah seperti biasa.
Apabila nasi telah masak hias dengan kacang gajus, kismis dan bawang goreng.
INFO CHEF: Periuk nasi jangan didibuka dan beras jangan dikacau sehingga nasi betul-betul masak untuk mendapat nasi yang cantik dan tidak patah. Apabila nasi telah masak dinasihatkan kacau menggunakan penyepit atau garpu dua mata.
Resipi Sambal Kicap ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ni. Oh ya, ada petua tau supaya Sambal Kicap ni tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.
CARA MEMASAK: 1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
INFO:
Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja. Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut . Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.
Sedapnya serbuk asam ni. Kalau beli buah potong seperti jambu, mangga atau tembikai, letak serbuk asam ni memang lagi sedap. Bagi anda yang nak buat stok serbuk asam dekat rumah, resipi perkongsian saudari Deeya Rostam ni boleh dicuba.
RESIPI SERBUK ASAM JAMBU SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5-6 tangkai cili kering
1 genggam udang kering
2 inci belacan
1 paket serbuk asam (kepala rimau) @ serbuk asam putih a1
6 sudu gula kasar
1 sudu garam
CARA MEMASAK: 1. Basuh cili kering dan biarkan dalam 20-30 minit untuk tos airnya. 2. Udang kering juga dibasuh. Toskan airnya. 3. Panaskan kuali, sangat belacan, udang kering dan cili kering hingga nampak kering dan berbau semerbak. Pastikan tidak hangit. 4. Bila siap sangai, masukkan ke dalam pengisar kering (blender kering). 5. Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam. Kisar hingga hancur. 6. Bila siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Campurkan serbuk asam dan 3-4 sudu gula supaya teksturnya nampak kasar.
7. Serbuk asam sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan bersama potongan mangga, jambu dan tembikai.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.