Cendawan enoki selalu kita masukkan dalam masakan, malah kalau goreng celup tepung pun lagi sedap.
Biasanya kalau beli cendawan ini kita hanya melihatnya secara kasar. Nampak elok terus ambil.
Tak ramai yang arif tentang cara memilih cendawan enoki yang segar dan terbaik untuk dimasak. Dikongsi oleh Chef Deedee Mansor, boleh guna penjelasan beliau ini sebagai panduan sebelum membeli cendawan ini.
Ads
Tip dari seorang chef
Dua hari lepas pergi pasar raya, nampak seorang akak nak ambil enoki yang sebelah kiri, tak sampai hati jadi kita tegur dan kongsi ilmu dengan dia.
1) Nak pilih enoki, pilih yang macam yang sebelah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan sudah kembang masuk angin serta air.
2) Bila picit rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.
Ads
3) Tengok warna cendawan sebelah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.
4) Periksa pek vacum dan pastikan tak masuk angin lagi.
“ Uwan saya pesan, kalau nak bersihkan ikan keli, selain menggunakan limau untuk buang lendir dan kekotoran, kelar juga di bahagian ‘leher’ ikan untuk buang darah beku.
Hasilnya ikan tak terasa hanyir setelah dimasak..siapa buat perkara yang sama kita geng”.
Daun pegaga memang banyak khasiatnya, untuk kesihatan dan juga untuk penjagaan kecantikan wanita. Tak rugi jika anda tanam sendiri daun ini di rumah. Bila-bila masa sahaja anda boleh menikmatinya. Salah satunya adalah dengan menyediakan air rebusan pegaga yang sangat baik untuk kesihatan dalaman. Cara menanam dan penjagaan daun pegaga yang dikongsi oleh Suhaili Baharudin ini memang sangat bermanfaat.
CARA MENANAM PEGAGA
LANGKAH 1
Cari bekas atau pasu kosong. Letakkan separuh tanah kompos (boleh dibeli di nursery) dan separuh lagi pasir.
LANGKAH 2 Gaulkan tanah dan pasir tadi. Kenapa guna pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
LANGKAH 3 Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak, ada belahan di tengah daunnya. Kemudian, cucuk pegaga tadi ke dalam bekas atau pasu. Siram dan letak di tempat teduh. Pegaga tidak perlu cahaya matahari secara terus. Sedikit cahaya pun tak apa.
LANGKAH 4 Selepas 2 minggu, hasilnya memang subur dan gemuk. Anak daun pun sudah mula tumbuh disana sini. Daun yang besar dah mula terjuntai.
CARA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN PEGAGA
Air rebusan pegaga memang ada banyak khasiat dan boleh menjana kecerdasan otak. Manfaatkan pokok daun pegaga yang ada di rumah dengan membuat air rebusan pegaga. Tak rugi kalau diamalkan. Malah, boleh kekal awet muda. Ini resipi air rebusan pegaga untuk anda.
Sinki ‘stainless steel’yang bersih dan cantik sebenarnya membantu memberikan ‘mood’ yang elok serta menaikkan semangat memasak geng mak-mak. Bila nampak kemas, barulah bersemangat nak cuba menu yang sedap-sedap. Sinki ni pun bukan jenis yang boleh pakai buang. Lama kelamaan, ia akan kelihatan pudar dan kusam. Untuk kilatkan sinki ni, tak susah mana. Ada cara yang boleh dicuba. Guna tepung gandum je. Jom tengok cara-cara yang anda kena buat.
CARA KILATKAN SINKI GUNA TEPUNG GANDUM
(Image credit: Joe Lingeman)
BAHAN-BAHAN:
Air sabun panas – sabun bancuh dengan air panas
Tuala kecil
Tepung gandum
Span cuci pinggan
CARA-CARA:
1. Basahkan sinki dan cuci menggunakan air sabun panas.
2. Lap sinki menggunakan tuala hingga betul-betul kering.
3. Tabur tepung gandum di permukaan sink. Jika kurang yakin, boleh je tabur tepung di separuh bahagian sinki terlebih dahulu untuk lihat perbezaannya.
4. Gosok permukaan sinki menggunakan span basuh pinggan yang kering. Lakukan seperti anda kilatkan kereta. Hasilnya, sisa makanan yang melekat akan tertanggal dan permukaan sinki anda akan lebih berkilat.
5. Ulang cara ini sebulan sekali untuk hasil yang sempurna dan berpanjangan.