Sedapnya Ayam Panggang BBQ ni. Kebiasaannya, ayam yang dihidangkan bersama set nasi ayam akan digoreng atau dikukus. Jangan tak tahu, selain dari itu ayam tersebut juga boleh dipanggang atau dibakar. Memang sangat sedap malah lebih sihat! Bagi yang terasa nak makan Nasi Ayam, Chef Sue M.Arukin berkongsi resipi Grilled Honey BBQ Chicken yang sangat mudah dan sedap. Selamat mencuba!
Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
Cara membuat
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.
foto : www.mygrocer.my
Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
200 gm brokoli
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata. 3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli. 5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sayur-sayuran Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar : 100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. 2. Kemudian goreng ayam separuh masak 3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati. 5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Bagi anda yang gemarkan masakan gaya India, menu Ayam Pakora yang mudah dan ringkas ini memang patut dicuba. Isi ayam yang diadun dengan rempah serta digoreng rangup ini pastinya memukau selera anda. Kena cuba!
AYAM PAKORA
BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi ayam | dicincang halus
1 labu bawang besar | dicincang
2 biji cili hijau | dicincang
1/2 inci halia | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu makan jus perahan lemon
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh minyak masak
1 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam di dalam bekas bersama bawang besar, cili hijau, garam ,jus lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya.
Gaulkan ayam tadi di dalam adunan tepung hingga rata.
Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing dan kekuningan.
Angkat, toskan minyak dan hidangkan panas-panas bersama sos.
INFO CHEF: Hidangan ini enak dihidangkan panas-panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi.