Kalau makan mi, nasi atau kuey teow goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni.
Ada cara yang mudah dan cepat untuk buat cili jeruk tanpa masak. Cara yang dikongsikan saudari Aisyah Humaira ini hanyalah potong dan gaul, dah siap! Rasanya memang sedap!
Bila Ramadan semakin hampir ke penghujung, apa kata anda sediakan pula lauk pauk kampung yang ringkas tapi sedap sebagai hidangan berbuka. Atau boleh je dijadikan juadah raya nanti. Rugi kalau tak cuba, sebab resipinya RASA kongsikan bersama ni ye.
UDANG MASAK LEMAK BERSAMA UMBUT KELAPA
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL | bersihdan tos
500gm umbut kelapa
300 gm santan pekat
200gm santan cair
2 batang serai | ketuk
2 keping gelugor
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
10 biji cili api
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Paskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukan santan cair,serai dan asam gelugor.
Setalah meneh dan umbut kelapa.
Setelah umbut lembut, masukkan udang, diikuti santan pekat.
Setelah mereneh dan udang bertukar kemerahan, perasakan dengan garam secukup rasa.
Kecilkan api, biar mereneh seketika.
Tutup api, gulai udang sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS TENGGIRI & BENDI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan tenggiri | anggaran 2-3 keping
1 batang serai | dititik
Sedikit belacan
4 sudu makan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air biasa
8-10 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji bendi
1 biji tomato | belah empat
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau lagi hingga mereneh.
Tambahkan air, masukkan ikan dan biarkan kuah mereneh.
Setelah mereneh, masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan kacang bendi dan tomato dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
SAMBAL CILI IKAN KELI WARISAN TOK WAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan keli saiz sederhana| bersihkan dan tos
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 batang serai | titik
1 sudu makan air asam jawa
Serbuk kunyit secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
4 Ulas bawang putih
2 biji bawang besar
7 biji cili merah
5 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan keli dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus dan sedikit tepung.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisardengan serai hingga wangi dan pecah minyak.
Jom kita try buat puding triffle. Sedap sungguh rasa dia. Sesuai dijadikan pemanis mulut selepas makan hidangan utama. Boleh juga dijadikan hidangan minum petang.
Puding triffle ni, selain warnanya yang menarik, rasanya juga lemak manis yang sangat memikat cita rasa. Resipi yang sedap ini dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam facebook group Rasa Share Resepi.
PUDING TRIFFLE
BAHAN-BAHAN
1 tin koktail buah-buahan
1 bungkus kek gulung
4 sudu besar tepung kastard
2 cawan susu cair
1 cawan air koktail
3 sudu besar gula (kurangkan jika mahu kurang manis)
1 peket serbuk kristal jeli
CARA MEMBUAT
1. Tapis dan asingkan isi buah buahan koktail dan airnya.
2. Simpan air kerana akan guna di lapisan kastard nanti.
3. Potong kek gulung dan susun pada dasar loyang. Guna bekas empat segi lebih senang daripada bekas bulat.
4. Isi celah ruang dengan baki kek gulung, tekan dan padatkan.
5. Lembapkan kek dengan sedikit air koktail. Ketepikan seketika .
6. Di dalam periuk, satukan tepung kastard, susu cair dan air koktail .
7. Kacau sehingga sebati dan tiada tepung kastard yang berketul.
8. Kemudian barulah masukkan gula.
9. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
10. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat dan meletup-letup. Tutup api.
11. Tuangkan adunan kastard di atas lapisan kek gulung yang di dalam loyang tadi.
12. Letakkan buah buahan koktail. Boleh tambah buah lain jika suka. Simpan seketika di dalam peti sejuk.
13. Seterusnya masa untuk memasak kristal jeli. Ikut arahan penyediaan di belakang kotak.
14. Sejukkan dahulu di luar sebelum masukkan ke dalam peti ais.
15. Biarkan puding sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Siap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nama Ifa Raziah memang begitu terkenal dalam industri seni hiburan. Bukan sahaja kerana bakat nyanyian dan lakonan, namun Ifa turut handal memasak. Walaupun suka masak dan suka makan, potongan badan Ifa tetap cantik sesuai dengan gelarannya Miss Diva.
Dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan yang bersiaran pada jam 5 petang tadi, Ifa Raziah adalah tetamu jemputan yang dijemput oleh Chef Selebriti, Chef Wan. Chef Wan akui Ifa kelihatan sangat cantik pada usianya sekarang. Kata Ifa, dia tidak amalkan senaman sebaliknya menjaga pemakanan.
“Saya suka makan hidangan sup. Kurang berminyak, kurang masin dan kurangkan manis dalam hidangan. Itu saja yang saya amalkan untuk jaga badan,” cerita Ifa.
Justeru, dalam episod kali ini, Ifa memasak Mihun Sup Utara Miss Diva. Ini adalah kegemaran Ifa Raziah tiap kali tibanya bulan Ramadan.
“Mihun sup utara tidak dimakan dengan sambal kicap. Tapi dimakan dengan sambal cili merah. Itu bezanya antara utara dan selatan. Mihun pula dimasak kuning kerana dicelur dengan air kunyit. Kalau mihun lain, biasanya warna putih saja,” cerita Ifa lagi.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Ifa menyediakan Kuih Jala Emas. Korang nak tahu apa sejarah kuih ni?
“Kuih jalan emas ni asal-usulnya daripada orang Portugis. Ketika mereka tu menjajah Siam dulu, mereka selalu buat kuih ni. Kemudian dibuat pula oleh orang Golok dan orang Kelantan. Sebab itulah kuih ni popular di Kelantan. Manis rasanya, orang Kelantan suka,” kata Ifa mengenai asal-usul Kuih Jala Emas.
DIPERHEBAT DENGAN COWAY
Sesi memasak oleh Ifa Raziah dan Chef Wan sangat santai. Maklumlah mereka masak ditemani dengan penapis udara dan penapis air daripada Coway. Memasak dengan udara yang bersih. Dipermudahkan pula dengan penapis air yang ada ciri-ciri hebat. Memang semakin lincah kerja di dapur!
Nak tahu resipi yang dimasak oleh Ifa Raziah dan Chef Wan tadi? Nah, RASA kongsikan resipinya. Korang try buat tau.
MIHUN SUP UTARA
BAHAN MI
1 peket bihun
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUAT
1. Rebus seketika bihun dengan air bercampur serbuk kunyit.
2. Angkat dan toskan.
BAHAN SUP
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
Rempah 3 sekawan
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 jag air panas
1 kg daging (potong dan direbus dulu)
1 batang lobak merah (dipotong besar)
3 biji kentang (dipotong besar)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT SUP
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi bersama rempah tiga sekawan.
3. Tumis sampai agak kering. Masukkan rempah sup dan lada hitam. Kacau.
4. Masukkan air panas. Masukkan juga daging dan air rebusan daging.
5. Masukkan lobak merah dan kentang. Perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih.
KUIH JALA EMAS
BAHAN-BAHAN
2 biji kuning telur itik
1 jag air
2 cawan gula
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur itik. Ambil kuningnya sahaja.
2. Tapis kuning telur dengan kain kasa.
3. Masukkan kuning telur dalam botol yang selalu orang buat roti jala. Ketepikan.
4. Di dalam kuali, panaskan air.
5. Masukkan gula. Biarkan gula larut.
6. Kiraikan kuning telur di atas air gula. Biarkan dia terbentuk cantik.
7. Gunakan kayu penyepit, simpulkan biar cantik. Angkat.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.
Cuba resipi popia roti sedap dan rangup ini! Resipi mudah guna lebihan roti sandwic – sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal. Klik untuk langkah penuh.