Corn Dog Snek Mudah Dan Ringkas

Share

Menu apa yang mudah buat dan anak-anak suka? Corn dog ni menu asal dari Korea. Bahan-bahan membuatnya tidak sukar mendapatkannya. Ternyata ia menjadi menu anak-anak kini.

Bahan-bahan
Sosej ayam
Keju Mozzarella
2 cawan tepung gandum
200ml susu segar/susu cair
Gula
Garam
Telur
1 sudu kecil baking powder
Serbuk roti/oat
Lidi

100ml air sejuk

Cara memasak
1. Potong keju dan sosej, cucuk pada lidi.
2. Setelah selesai, simpan dalam peti sejuk pada bahagian atas selama 20 ke 30 minit.
3. Bancuh bahan untuk disalut iaitu tepung gandum, baking powder,telur, susu dan air sejuk.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau kesemua bahan sehingga sebati dan pekat
6.. Celup sosej dan keju tadi dengan bahan yang telah dibancuh kemudian salutkan dengan serbuk roti atau oat.
7. Akhir sekali goreng dengan minyak yang panas dan api yang perlahan

Kredit: Cik Yam

Published by
Putri