
Bahan yang leftover jangan pula dibuang. Boleh diolah menjadi menu yang mengenyangkan. Kalau korang ada nasi sejuk yang belum rosak tu, bolehla cuba resepi ni ya.
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
1 batang daun bawang
carot sagat halus
2 biji telur
garam
1 sudu tepung gandum
*kalau korang nak tambah lain-lain bahan contoh daun sup, kentang,isi udang silakan.
Cara membuat:
1.Campurkan semua, jangan tambah air ye. kacaukan bagi sebati semua.
2.Sudukan adunan dalam kuali, goreng dengan minyak yang sedikit,bukan macam kita goreng minyak yang banyak.
3.Hasilnya macam ni,terliur tak,hah bolehlah bancuh untuk minum petang ni atau buat sarapan pagi. Sedap dimakan panas-panas cicah dengan sos cili thai pun umph.
Kredit : Marina Abd Majid
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Kuih Bom Bijan Pandan Sedap & Mudah. Nak Cuba? Ni Resipinya.
https://www.rasa.my/minum-petang-berbeza-dengan-spring-roll-makaroni-berkeju/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikmati 6 Menu Warung Seperti Sarapan Pagi Di Terengganu!

Isi Kandungan
ToggleBerangan sarapan pagi di Terengganu! Admin kongsikan menu-menu ini yang merupakan masakan tradisional Terengganu yang menjadi pilihan masyarakat setempat, rasai keenakkan menu sarapan pagi seperti di Terengganu yang boleh dikatakan agak ‘berat’ dan mengenyangkan ini. Cubalah 6 resipi sarapan terpilih dari Terengganu.
ROTI BELUDA

BAHAN A:
- 500gm tepung gandum
- 1 liter air
- 1 pek yis mauripan
- 2 sudu makan gula pasir
BAHAN B:
- 7 – 8 biji telur
- 1kg tepung gandum
- 300gm gula pasir
- 1/3 tin susu cair
- 2 sudu makan mentega
- 4 sudu makan marjerin
- 2 sudu makan minyak sapi
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan A dan digaul sehingga rata. Biarkan adunan naik sekali ganda.
2. Apabila doh sudah naik, masukkan susu cair, mentega dan minyak sapi. Gaul rata dan sebati.
3. Seterusnya masukkan doh ke dalam tin pembakar seperti tin susu yang telah digris dengan minyak sapi. Pastikan adunan doh dimasukkan ¼ daripada ukuran tin dan biarkan ia naik sekali ganda.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
5. Apabila siap masak, keluarkan daripada tin pembakar dan sapukan dengan minyak sapi.
6. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sebaiknya bahan A digaul menggunakan tangan agar adunan menjadi sebati.
NASI KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras pulut
- 500ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GULAI DAGING:
- 1kg daging | dipotong kecil
- 240gm bawang goreng
- 3 biji ubi kentang | dipotong empat
- 1 paket rempah kurma
- 2 sudu makan bawang merah kisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 sudu makan cili kisar (cili boh)
- 2 liter air
- 250ml susu cair
- Sos tomato secukupnya
- Puri tomato secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 1 biji bawang besar |dipotong
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 4 kuntum cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kukus beras pulut di dalam kukusan yang telah dialas dengan daun pisang.
2. Apabila wap telah keluar, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang lebih besar.
3. Seterusnya masukkan santan yang telah digaul bersama garam dan gula. Kacau sebati.
4. Kukus pulut semula sehingga masak sempurna. Ketepikan.
5. Untuk membuat gulai daging pula, perap daging bersama rempah kurma, bawang kisar, cili kisar dan bawang goreng selama 30 minit.
6. Kemudian panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau.
7. Seterusnya masukkan daging perap dan biarkan sehingga keluar air daging.
8. Setelah itu masukkan air, susu cair, sos tomato dan puri tomato. Biarkan sehingga daging masak barulah dimasukkan ubi kentang. Didihkan sehingga daging dan ubi kentang menjadi betul-betul empuk.
9. Akhir sekali, masukkan garam dan biarkan kuah menjadi pekat.
10. Sedia dihidangkan bersama nasi kuning.
INFO CHEF: Beras pulut hendaklah direndam dengan asam keping dan serbuk kunyit selama lima jam
BEKANG TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tepung beras
- 1.5 liter air
- 4 biji telur
BAHAN KUAH LEMAK:
- 1 biji kelapa | diambil santannya
- 120gm tepung beras
- 10 ulas bawang merah | dimayang halus
- 2cm halia | dimayang halus
- 1 sudu teh halba
- Garam secukup rasa
BAHAN KUAH MANIS:
- 120gm tepung beras
- 1 keping gula Melaka
- 500ml air | boleh juga diganti dengan santan
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan bekang, sebatikan kesemua bahan dan masukkan ke dalam acuan bekang. Bakar sehingga bekang masak sempurna. Ketepikan.
2. Untuk bahan kuah lemak dan kuah manis, satukan kesemua bahan di dalam periuk berasingan. Didihkan sehingga menjadi kuah yang pekat.
3. Sedia dihidangkan bersama bekang telur.
INFO CHEF: Boleh juga tidak dimasukkan telur ke dalam bekang ini. Teksturnya lembut dan mudah dihadam.
NASI KAPIT SAMBAL IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 bungkus nasi impit segera
BAHAN SAMBAL IKAN:
- 1 biji kelapa parut | digoreng sehingga kekuningan
- 5 ekor ikan selayang | direbus dan diambil isinya
- 5 biji bawang merah }
- 1 ulas bawang putih } dihiris halus
- 2.5cm halia }
- 1 batang serai }
- 2 keping gula Melaka
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nasi impit segera sehingga masak. Tos dan dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
2. Untuk sambal ikan pula, kisar isi ikan selayang, bahan dihiris halus dan gula Melaka.
3. Kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan kelapa parut.
4. Goreng sekejap sehingga menjadi betul-betul kering. Sesuaikan rasa.
5. Akhir sekali, biarkan ia sejuk seketika barulah ditumbuk atau dikisar separuh lumat.
6. Sedia dihidangkan bersama nasi kapit.
INFO CHEF: Untuk sambal ikan, jika mahu rasa lebih pedas, boleh saja ditambah lada hitam mengikut suka.
KOPOK STING (KEROPOK STIM)
BAHAN-BAHAN:
- 2kg isi ikan selayang
- 1kg tepung ubi
- 500gm tepung sagu
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk isi ikan sehingga hancur dan gaulkan bersama tepung ubi, tepung sagu dan garam sehingga boleh digentel.
2. Seterusnya rebus ikan sehingga masak, angkat dan tos.
3. Akhir sekali, masukkan ke dalam pengukus dan kukuskan apabila hendak dimakan.
INFO CHEF: Keropok lekor ini enak dimakan panas-panas bersama sos pencicah. Rasa ikannya juga jelas terasa.
JEPUT UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 200gm udang segar | dipotong kecil
- 1 biji telur
- 4 biji bawang merah | dihiris nipis
- 1 biji cili merah | dihiris nipis
- Daun kucai secukupnya | dipotong pendek
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, udang segar, bawang merah, cili merah, kucai dan garam di dalam mangkuk.
2. Kemudian pecahkan telur dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sebati.
3. Bentukkan adunan doh menjadi bulat. Lakukan sehingga doh habis.
4. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sejukkan jemput-jemput sebelum dicucuk pada lidi sate.
INFO CHEF: Jeput atau juga dikenali sebagai jemput-jemput ini enak dimakan begitu sahaja. Ia juga digemari si kecil khasnya kerana rasa dan bentuk yang comel.
Kuih Serabai, Kuih Tradisi Orang Dulu Dulu

Sedapnya Kuih Serabai. Ia merupakan salah satu dari kuih tradisional orang dulu-dulu dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Berbentuk seakan apam, Kuih Serabai ini biasanya yang dinikmati bersama kuah manis atau jika masih bermusim, boleh dimakan bersama kuah durian. Teringin nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaty Hashim ni. Memang sedap.
CARA MASAK KUIH SERABAI KUAH DURIAN YANG SEDAP
BAHAN KUIH SERABAI:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan tepung beras – beli online disini
4 sudu makan gula pasir – beli online disini
1 sudu teh garam halus
1 sudu makan yis segera – beli online disini
4 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan adun hinga sebati.
2. Peram adunan sehingga naik sekali ganda dan berbuih. Adunan siap untuk dibakar.
3. Oles minyak pada pan acuan dan pastikan pan betul-betul panas sebelum diletakkan adunan.
4. Sukatan 1 adunan ini akan dapat dalam 88 keping serabai.
BAHAN KUAH DURIAN:
1 kg isi durian frozen
1 mangkuk santan pekat – beli online disini
½ mangkuk gula merah basah – beli online disini
¼ mangkuk gula pasir – beli online disini
Garam secukup rasa
5 sudu makan tepung gandum + air
Daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan reneh hingga masak. Hidangkan bersama kuih serabai tadi.
PETUA UNTUK ELAK ACUAN MELEKAT
1. Panaskan pan serabai hingga betul-betul panas baru oleskan minyak dan letak adunan..
2. Api jangan kuat. Kalau melekat juga, goreng telur dalam pan dan angkat. Kemudian boleh guna pan macam biasa. Insyaallah tak melekat.
Kredit resipi & foto: Zaty Hashim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Korean Japchae. Resipi Mi Kaca Korea Sangat Sedap & Mudah Masak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kaswi Pandan Lemak Manis Bergedik. Memang Sedap.

Sedapnya Kuih Kaswi Pandan ni. Cukup rasa lemak manisnya. Lembutnya tak usah cakap, memang bergedik-gedik. Kalau buat untuk minum petang, memang sedap. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Kaswi Pandan yang mudah, sedap dan tak renyah, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang terbaik. Cubalah.
CARA MASAK KASWI PANDAN LEMAK MANIS BERGEDIK
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan)
- 4 cawan air
- 1 1/4 cawan gula
- 1 sudu teh air kapur
- 1/2 sudu teh pewarna hijau
CARA MEMASAK:
1. Sediakan loyang bersaiz 10×10. Sapu sedikit minyak dan ketepikan.
2. Panaskan periuk kukusan.
3. Untuk membuat Kuih Kaswi, satukan semua bahan, sebatikan. Tapis jika perlu. (Opah kisar sahaja)
4. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.
5. Buka penutup periuk kukusan. Biarkan selama 10 minit lagi. Ia bertujuan nak bagi air pada permukaan Kuih Kaswi jadi kering. Jika masih basah, boleh lap guna tisu dapur.
6. Padamkan api dan keluarkan kuih dari periuk kukusan.
7. Biarkan kuih hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.
8. Golekkan kepingan Kuih Kaswi Pandan ke dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official