Sambil mengajar murid sekolah, cikgu ini turut jadikan hobi memasak sebagai sumber pendapatan. Manakan tidak, selalu sangat rakan sekerja dan ibu bapa murid sekolahnya menempah kek pisang yang sedap sangat ni.
RASA kongsikan resipi seorang guru, Izwahani Zainal yang membuat kek pisang terlajak sedap dan gebu. Senang je nak buat kek pisang ni rupa-rupanya. Hanya 4 langkah je. Sempoi! Cubalah.
BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur ayam
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
5 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung
Esen vanila secukupnya
Secubit garam
BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Izwahani Zainal