
Tidak susah untuk masak cumi atau sotong bakar yang enak tapi tidak liat. Bahan ramuannya menutup rasa hanyir sotong dan rasa pedas manis menaikkan selera ketika makan.

CUMI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm sotong ] buang kepala dan kulit arinya
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 2cm lengkuas ] ketuk
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Bakar
Jenis Masakan: Hidangan appetizer
Keistimewaan: Enak dicicah dengan sambal
Anggaran kos: RM20
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda

Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.

.
Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.

Untitled design (19).
“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.
Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.

Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.

Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.

RENDANG KERANG SEMADI

BAHAN-BAHAN :
- 2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
- 1 biji kelapa | dibuat santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 helai daun kunyit | diracik halus
- 3 helai daun limau purut
- 2 batang serai | diketuk
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
- Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
- 3 sudu makan cili kering
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1. 3sm halia
- 1.3 sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
- Masukkan air asam jawa.
- Masukkan kerisik, santan dan serai.
- Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
- Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA

.
BAHAN-BAHAN :
- 1kg udang saiz sederhana
- 3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
- ½ cawan tempoyak
- ½ cawan santan
- ½ cawan air
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 helai daun kunyit | diracik
- ½ sudu gula
- Garam secukup rasa
Bahan tumbuk :
- 1.3sm kunyit hidup
- 1.3sm halia
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
- Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
- Masukkan air, santan dan tempoyak
- Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
- Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit
SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN

BAHAN-BAHAN :
- 300gm sagu mata ikan
- Sedikit Pewarna merah
- Santan pekat secukupnya
- Secubit garam
- 3 ketul gula Melaka
CARA MEMASAK :
- Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
- Masukkan pewarna merah
- Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
- Masukkan santan pekat dan secubit garam
Cumi & Iga Bakar Ni Sedap Tak Terkata, Wajib Try!

Anda suka menu bakar atau grill tapi rasa mesti kena dengan tekak Melayu, ini ada dua menu yang terlajar laris di Indonesia. Anda semua wajib cuba sebab sedap tak terkata, pedas dan ada sedikit rasa manis. Anda yang suka daging boleh cuba Iga Bakar Kicap dan yang suka seafood boleh cuba Cumi Bakar. Dua-dua menu ini kalau kena dengan sambal pencicahnya memang menghabiskan nasi.

IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
- 10 sudu makan kicap
- 500ml santan
- 1 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1000ml air
- Garam secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 tangkai cili kering
- 3 biji buah keras
- 2cm lengkuas
- 5ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
- Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
- Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
- Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
- Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
- Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
- Seterus sediakan pemanggang.
- Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh perasa ayam
- 1 helai daun salam
- Garam secukup rasa
- 2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili merah
- 2cm kunyit hidup
- 3 biji buah keras
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
- Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
- Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
- Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
- Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas dengan sambal kicap.
Ringkas & Sedap, Udang Masak Macam Ni Dah Cukup Buka Selera

Resipi masakan udang yang ringkas namun mempunyai rasa yang sedap. Bagi anda yang belum ada idea nak masa kapa untuk keluarga, dan tercari-cari menu yang mudah dimasak, resipi udang ini salah satunya yang paling cepat dimasak. Tak suka udang? Boleh je gantikan dengan isi ayam. Sedap! Saudari Mazlina Haji Ismail kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESIPI UDANG YANG SEDAP, RINGKAS & MUDAH DISEDIAKAN

BAHAN-BAHAN:
1kg udang – bersihkan
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
2 biji bawang besar – potong bulat
20 biji cili padi @ cabai burung – potong serong
1 mangkuk kecil sos cili – beli online disini
1 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan udang dan gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.

3. Tumis sos cili menggunakan lebihan minyak gorengan udang. Jika nak kuahnya lebih, hanya tambahkan sos dan kicap sahaja.

4. Kemudian masukkan kicap lemak manis.
5. Kacau campuran sos seketika hingga sebati.
6. Seterusnya masukkan hirisan bawang dan cabai burung.

7. Kacau sebentar hingga semua bahan sekata.
8. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap. Tidak perlu tambah garam kerana semua rasa sudah seimbang.


INFO: Selain udang, boleh juga gunakan ayam yang telah dipotong kecil.
Kredit resipi & foto: Mazlina Haji Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih. Sedap & Rangup Berlemak
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

