
Nyaman tekak jika dapat nikmati yang dapat sejukkan tekak seperti dadih. Rasanya lemak berkrim , laju jer menyuap. Mudah jer pun buat dadih kesukaan ramai. Hari ni jom kita buat dadih mangga, boleh makan lepas dinner nanti . Sambil tengok televisyen tak sedar habis satu bekas.
Bahan-bahan :
1 pek serbuk dadih perasa mangga
1 tin susu cair – BELI ONLINE DI SINI
Gula pasir secukup rasa
Air Kosong – Jika ikut sukatan di pek 3000ml. Saya hanya gunakan 2700ml. Tak nak terlalu cair sebab akan letak topping.
Cara membuat :
1.Didihkan air.
2. Masukkan serbuk dadih.
3. Masukkan susu cair.
4. Masukkan gula.
5. Biarkan mendidih seketika.
6. Tuang ke dalam bekas.
7. Biarkan sehingga sejuk & beku.
8. Masukkan ke dalam peti sejuk.
Topping :
1. Potong buah mangga (potong dadu).
2. Taburkan atas permukaan dadih.
3. Siramkan sedikit susu cair / susu UHT.
Kredit : Syafi Syaffiya
Buat Cendol Sedap Guna Tepung Beras. Mudah & Tak Banyak Bahan
Puding Jagung Filipina, Dapat Seloyang Puas Nikmati Bersama Keluarga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Nyaman Dan Inovatif KDU. Santan, Kopi & Strawberi Melazatkan Rasa

Usai menjamu selera puding manis lemak berkrim pastinya melengkapkan sajian makan tengahari atau makan malam anda.
Enak dimakan sejuk dari peti ais, dua puding hasil idea tenaga pengajar dari KDU University College , Chef Fame Taufiq Fakarudin memang istimewa. Lembut dan cair di mulut…aahhh nyaman di tekak. Selamat mencuba.

PUDING SANTAN DAN MOUSSE SANTAN
BAHAN-BAHAN ;
- 300 gm susu segar @ penuh krim
- 200gm krim cair
- 3gm garam @ secukup rasa
- 100gm gula kastor
- 15gm serbuk gelatin
- 30gm air
- 50gm daun pandan | dikisar bersama susu
Bahan mousse santan :
- 120gm santan pekat
- 300gm coklat putih
- 15gm serbuk gelatin
- 35gm air
- 400gm krim putar manis
- 3gm gula
CARA MEMASAK :
Puding Pandan
- Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
- Kisar daun pandan bersama susu, tapis dan buang serat pandan
- Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
- Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
- Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
- Tuangkan adunan pandan ke dalam loyang atau gelas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga kental
- Potong puding mengikut kehendak hidangan
Mousse Santan
- Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
- Cairkan coklat putih di atas air panas yang mendidih
- Panaskan santan dan garam bahan tersebut di atas api yang sederhana sehingga suam
- Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
- Campurkan coklat puti yang cari kedalam adunan tadi
- Pukul krim putar sehingga kembang
- Masukkan krim putar tadi kedalam adunan santan, gaulkan sehingga sebati
- Masukkan kedalam beg piping bersama star nozzle
- Paipkan mousse santan ke atas puding pandan
SAIZ HIDANGAN : 6- 8 orang
INFO CHEF :
2. Garam akan menaikkan rasa lemak di dalam setiap hidangan yang mengandungi santan, susu dan krim
PUDING STRAWBERI & KOPI ITALI
Untitled design (21).
BAHAN-BAHAN :
- 200gm susu segar @ susu penuh krim
- 500gm krim cair
- 4gm garam @ secukup rasa
- 120gm gula kastor
- 20gm serbuk gelatin
- 60gm air
- 10gm pes strawberi
- 10gm pes kopi
CARA MEMASAK :
- Taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia kembang (5 – 10 minit)
- Campurkan krim, susu, garam dan gula ke dalam periuk
- Panaskan kesemua bahan tersebut diatas api yang sederhana dan masak sehingga suam
- Campurkan gelatin yang kembang ke dalam adunan yang masih suam dan kacau sehingga sebati
- Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian dan masukkan pes starwberi kedalam satu bahagian dan pes kopi ke dalam bahgian yang lain
- Tuangkan adunan strawberi ke dalam gelas yang disengetkan di dalam peti sejuk
- Sejukkan sehingga kental dan tuang adunan kopi kedalam gelas yang sama dan sejukan sehinggan kental
- Boleh dihindangkan bersama krim putar yang diletakkan hirisan strawberi, daun pegaga dan coklat ‘shaving’
INFO CHEF :Untuk memberi keenakan yang unik, puding ini boleh dihidangkan bersama sos strawberi
Resipi : Chef Fame Taufiq Fakarudin
Terima kasih : KDU University College, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Kuih Berasaskan Pulut Yang Tetap Ramai Peminat Sampai Sekarang

Isi Kandungan
Toggle
Ada peminat pulut ke kat sini? Walaupun dunia semakin moden dan muncul kuih versi baru yang hipster, kuih berasaskan pulut ini tetap ada peminatnya yang tersendiri. Korang tengoklah tiga kuih ni pasti jadi buruan ketika sarapan atau minum petang. Kuih tradisi macam ni kita kena belajar buat sendiri. Bukan apa. Jangan sampai resipi ni hilang.
PULUT INTI
Bahan-bahan
Bahan pulut:
4 cawan pulut
100 ml santan pekat
Secubit garam
Bahan inti:
1/2 biji kelapa diparut
2 sudu besar gula Melaka
secubit garam
Cara memasak:
1) Penyediaannya Basuh beras pulut dan rendam semalaman.
2) Kukus pulut setengah masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan santan dan garam, gaul rata.
4) Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya
5) Untuk menyediakan inti, masukkan semua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
6) Setelah inti pekat dan melekat, tutup api.
7) Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.
8) Bentangkan sehelai daun pisang yang telah dipotong dan dibersihkan terlebih dahulu.
8) Menggunakan scope aiskrim, letakkan pulut di atas daun pisang, diikuti sesudu kecil inti.
9) Bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak. Ulang sehingga habis.
PULUT PANGGANG
Bahan-bahan
1 kg beras pulut (direndam semalaman)
1 liter santan cair
Secubit garam
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering (direndam dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan manis (disangai dan dikisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (disangai dan dikisar)
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125 gm cili boh
125 ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang
Cara memasak
1) Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
2) Kukus pulut setengah masak.
3) Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
4) Kukus sekali lagi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
5) Untuk intinya, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
6) Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
7) Seterusnya masukkan serai, halia, lengkuas, kunyit, serbuk jintan manis dan putih. Kacau rata.
8) Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula secukup rasa.
9) Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
10) Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak.
11) Letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
12) Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
13) Akhir sekali panggang sehingga masak dan garing.
PULUT SERONDENG KELAPA
Bahan pulut
250 gm
150 ml santan pekat
150 ml air
1 sudu teh garam
Bahan serondeng
200 gm kelapa parut (putih sahaja)
2 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1-2 sudu makan udang kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1) Basuh pulut kemudian dan kukus sehingga masak.
2) Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
3) Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
4) Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serondeng. Jangan terlalu garing.
5) Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut cita rasa.
6) Gaulkan pulut atas serondeng.
7) Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Rendang Udang Paling Sedap, Tak Tau Nak Kata Apa Dah

Tengok resipi rendang udang ni, terus rasa lapar. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi yang dibuat oleh Valli Kitchen. Resipi ini ada dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sedap sungguh.
Jadi, kalau korang selalu buat rendang ayam atau daging, kali ini bolehlah cuba buat rendang udang pula. Bahannya pun tak banyak. Cuma waktu menumis tu memang lama sikit. Kena betul-betul masak dan naik minyak. Barulah sedap rendang udang korang nanti.
RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN
400 gram udang
Minyak masak untuk menumis
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula melaka
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 cawan santan
BAHAN KISAR
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 sudu besar pes cili kering kisar
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Ketepikan.
2. Bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas, kunyit dan halia dihiris kecil-kecil.
3. Kisarkan bahan tadi dengan pes cili kering kisar. Ketepikan.
4. Sediakan kerisik. Kelapa parut disangai atas kuali. Ketepikan.
5. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sampai naik minyak.
6. Masukkan garam. Kacau lagi.
7. Masukkan udang. Kacau lagi dan biarkan udang masak.
8. Masukkan sedikit air.
9. Masukkan gula melaka dan daun limau purut. Masukkan juga daun kunyit yang dihiris kasar.
10. Masukkan santan. Masukkan kerisik. Kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Matikan api.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi: Valli Kitchen
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni – Salman Nasi Kandar