Selain daging yang dimasak rendang, daging goreng juga sedap dimakan dengan nasi himpit. Boleh try masak resipi yang RASA kongsikan ini. Rasanya pedas-pedas. Ditambah terung untuk menyedapkan lagi rasanya.
Bahan A
3 sudu makan minyak masak
10 biji cili api (dihiris)
500 gram daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 pokok daun bawang
2 biji tomato
2 biji terung pendek (hiris lebar)
Bahan B (dikisar)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan cili api dan daging yang sudah digaul dengan serbuk kunyit. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan air dan garam. Kemudian masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan terung. Kacau rata.
Selamat mencuba!