Daging salai masak lemak cili padi ini memang kegemaran ramai.Daging salainya penuh aroma asap dan dagingnya juga tak kering. Masih lembut di dalam.
Selain rebung, daging Salai ini boleh digabungkan dengan sayuran lain seperti ubi kentang, pisang muda dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.
Tak susah pun nak masak daging salai masak lemak cili padi dengan rebung ni. Cubalah.
Cara Membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung:
Mula-mula bersihkan rebung dan rebus kira-kira 10 minit, kemudian tutup api dan toskan. Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili padi dan cili merah besar hingga hancur.
Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk (tak perlu tumis guna minyak). Masukkan rebung yang sudah direbus. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air jika perlu.
Setelah itu, masukkan pula daging salai yang sudah dipotong.
Gaul rata rebung dan daging salai. Kemudian, masukkan air secukupnya untuk kuah. Masak rebung dan daging salai itu lagi.
Ads
Setelah itu, masukkan santan pekat dan kacau sebati.
Masukkan pula daun salam, asam gelugur dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.
Biarkan kuah masak dan pekat. Tambah garam secukup rasa. Masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata. Perlahankan api, biar ia mereneh seketika.
Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.
RENDANG CILI PADI REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | rebus dan tos
150gm daging kisar
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Idea masakan ringkas dan mudah yang anda boleh cuba tengah hari. Resipi Daging Masak Merah ni perkongsian dari saudari Zetty Azikin. Cubalah! Pasti anda sukakan rasanya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. ( jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
3 sudu makan cili kisar
3 sudu mkakan sos cili
3 sudu makan sos tiram
6 ulas abwang putih – diketuk
8 biji cili padi merah
5 helai daun limau purut
1 biji bawang holland
1 batang lobak merah
1 biji lada benggala merah
Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
1 biji tomato
1 cawan air
Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.
3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.
4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.
7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan bagi bawang sedikit lembut.
Siapa yang suka sangat makan bebola daging tu mentega keju, boleh cuba buat sendiri. Selain jimat, sudah pastinya dapat menjaga kebersihan makanan dan dijamin halas. Anda juga boleh menambah bahan-bahan sampingan yang digemari.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola daging
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 keping keju
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1/2 biji cili benggala | hiris memanjang
6 biji cili padi | hiris
4 biji cendawan shitake |dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng bebola daging
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala, daun kari.
Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.
Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.