Siapa sangka di sebalik kecantikan bentuk yang membulat dan warna merah bak kristal, buah delima memiliki khasiat yang sangat luar biasa. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan buah delima bagus untuk diamalkan.
Buah delima merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dan menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit. Malah, kebaikan buah delima ini juga terlalu banyak untuk kesihatan dan kecantikan.
Firman Allah di dalam al Quran, yang bermaksud:
“Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebat penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Buah delima diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Sumber asid folat dan antioksidan pada buah delima dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima pula mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati. Kekayaan antioksidan dalam buah delima adalah tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren.
Antioksidan ini berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.Justeru, ia layak digelar ’superfruit’ kerana kandungan antioksidan yang diterajui oleh asid ellagik berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Berikut antara khasiat tersembunyi buah delima:
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, kedutan dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.
Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”
Amalan makan buah delima atau minum jus delima asli setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya. Pabila mengambil jus delima, pastikan tiada tambahan gula, pengawet, penstabil, pewarna dan perasa tiruan. Ketika memilih buah delima, pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merekah. Buah delima tahan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
RESIPI
LAICI PANNA COTTA DENGAN DELIMA
BAHAN A
BAHAN B
CARA MEMASAK
Info chef: Jika tidak ada air kotak laici, anda boleh kisar laici dalam tin bersama airnya dan tapis.
Saiz hidangan: 4-6 cawan
Tempoh memasak: 20 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : kaya rasa delima dan laici
Cara memasak : Didih
Anggaran kos: RM25
MUFFIN DELIMA OATMEAL
BAHAN-BAHAN
BAHAN TOPPING
CARA MEMASAK
CARA MEMBUAT TOPPING
Info chef: Jika anda mahu muffin yang lebih manis, boleh tambah sukatan gula dalam bahan.
Saiz hidangan:14 biji
Tempoh memasak: 60 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Muffin sihat dengan oat dan delima
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM30