Kabinet dapurni memang penting. Selain menjadikan ruang dapur lebih kemas, ia juga menaikkan seri dapur supaya lebih sedap mata memandang. Menerusi perkongsian Puan Nasibah Ramly, beliau tunjukkan cara-cara membuat kabinet dapur secara DIY yang dilakukan oleh suaminya dengan bajet hanya RM250.
CARA-CARA BUAT KABINET DAPUR DENGAN KOS RM250
“Kat sini saya nak share cara-cara #diykabinetdapur by suami Mat’in Ali. Ramai yang pm tanya, memang kami tak ambik tempahan pon.
Buat sekadar suka-suka & untuk rumah sendiri je, Mintak maaf banyak-banyak ye.
Mana-mana yang ade masa & kurang bajet untuk tempah kabinet dapur cam kami ni boleh try buat sendiri ikut selera masing-masing.
Saya just share macam mana nak bagi pintu kabinet tu jadi berkilat macam yang tempah tu jer, sebab saya tau, semua lelaki pandai bertukang..cume ade masa & tak ada masa jer kan.”
TOTAL COST : RM250
Beli barang-barang sahaja seperti :
Kayu 1×2
Kayu bingkai (halus)
Plywood
Cat
Skincoat
Undercoat
Skru
Paku
Magnet
Engsel
TEMPOH: 2 minggu siap (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan).
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding, anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.
Ads
2. Untuk pintu kabinet, buat frame dulu. Lepas tu tampal plywood nipis belah belakang depan. Yang bingkai depan tu guna kayu halus, rm1 sebatang untuk hiasan.
3. Ni kayu 1×2 untuk buat kerangka dan frame pintu dan kayu halus untuk bikar rm1 je sebatang.
4. Dah siap buat pintu, try la pasang dulu untuk tengok ukuran padan ke tidak. Mana-mana nak adjust, buat masa ni. Lepas tu pasangkan engsel dan magnet.
5. Yang ni step untuk mengecat yer.
Ads
6. Skincoat dulu untuk tutup lubang-lubang kayu, jemur sampai kering pastu gosok dengan kertas pasir sampai licin semua sekali.
7. Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.
8. Cat color. Ni kod color purple kabinet saya. Dah siap cat, keringkan & boleh pasang. Siap.. Selamat mencuba!
9. Tadaa… Dah siap kemas pon.
Ads
10. Cat putih bahagian dalam.
11. Penyangkut periuk, beli di kedai rm2. suami bengkokkan penyangkut tu, untuk dapatkan kedudukan macam tu.
Biarpun sudah penat bekerja seharian, sekembalinya di rumah terpaksa pula membuat persiapan untuk menyediakan hidangan makan malam. Kebiasaannya ia memerlukan masa yang agak lama. Rutin harian seperti ini pasti memenatkan anda. Namun tahukah anda, ada tip dan teknik yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan proses penyediaan hidangan lebih cepat dan mudah.Boleh ikut langkah berikut untuk manfaat bersama.
1. Kisar ramuan
Pastikan kisar terlebih dahulu lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia secara berasingan. Kemudian simpan di dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda ingin menyediakan hidangan, anda hanya perlu mengambil bahan tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penyediaan hidangan.
2. Siang ikan dan ayam terlebih dahulu
Pastikan ikan dan ayam yang telah dibeli daripada pasar raya di siang terlebih dahulu dan dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ini dapat membantu anda mempercepatkan proses penyediaan hidangan tanpa perlu membuang masa untuk melakukan pelbagai perkara sebelum memasak.
3. Rancang menu
Selalu fikirkan masakan yang hendak disediakan untuk keluarga lebih awal. Perancangan menu yang berjadual dapat mengelakkan anda daripada membuang masa terlalu lama untuk memikirkan menu yang ingin dimasak. Jika anda mempunyai jadual menu harian, pasti setibanya di rumah anda terus dapat menyediakan hidangan dengan serta-merta.
4. Kupas kulit
Jika anda tidak gemar mengisar bahan-bahan seperti bawang merah dan bawang putih terlalu awal untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi anda hanya perlu kupas terlebih dahulu kulit bawang dan cuci bersih. Kemudian toskan dan simpan di dalam bekas berpenutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
5. Ketumbar biji dan jintan biji siap disangai
Bila hari minggu, ada baiknya ketumbar biji dan jintan biji disangai (digoreng tanpa minyak). Kemudian kisar dan simpan di dalam bekas berpenutup. Cara ini akan dapat mengekalkan aroma dan paling utama cara ini dapat membantu anda menyediakan hidangan istimewa dengan lebih cepat proses penyediaannya.
6. Adakan stok makanan dingin beku Nugget, kentang, tempura isi ikan burger, karipap dan sebagainya perlu ada di dalam peti sejuk. Menyediakan hidangan ini lebih mudah dan cepat.
7. Perapan ayam
Jika anda telah merancang untuk menyediakan menu ayam goreng pada esok hari. Sebaiknya pada malam itu anda telah gaulkan serbuk kunyit dan garam terlebih dahulu. Kemudian jangan disimpan di dalam freezer, tetapi letakkan ayam tersebut di dalam peti sejuk sahaja. Jadi setelah pulang ke rumah anda boleh terus menggoreng ayam tersebut dan ia cukup.
Sumber gambar: 123 royalty free
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Tip ini sesuai sangat bagi yang suka buat acara makan-makan di luar bersama keluarga sama ada berkelah, barbeku, berkhemah dan sebagainya.
Jika suka bawa aiskrim sebagai hidangan untuk memastikan ia tak cair dan kekal beku boleh gunakan tip yang dikongsi oleh penjual aiskrim sendiri, @abamaiskriem.
Caranya cukup mudah cuma gunakan ais dan garam saja untuk memastikan aiskrim tahan lama tak cair. Berikut adalah cara yang beliau tunjukkan.
1. Sediakan termos/ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.
2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.
3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.
4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais.
5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.
Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.
Kalau makan mi goreng atau mi rebus, memang sedap kalau ada cili jeruk. Nak buat cili jeruk, biarlah masih ada rangupnya. Jangan sampai terlalu lembik. Nanti kurang sedapnya.
Melalui facebook Rafidah Zainul, ibu ini kongsi cara membuat cili jeruk yang sedap dan tidak lembik. Jom tengok.
CILI JERUK
BAHAN-BAHAN
5 tangkai cili besar hijau
4 tangkai cili padi
1 sudu besar gula pasir
Cuka
CARA MEMBUAT
1. Cili besar hijau dibasuh dan dihiris. Masukkan cili hijau besar dan cili padi ke dalam bekas kaca.
.
2. Masukkan gula pasir.
.
3. Masukkan cuka makan sampai tenggelam cili tadi.
.
4. Kacau dan biarkan selama 2 jam. Sedia dimakan.
PESANAN PENTING!
Jangan tambah air dalam rendaman cili jeruk. Ini akan menyebabkan cili jadi lembik dan rasanya tidak sedap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!