Buah kurma atau juga dipanggil tamar adalah makanan sunah yang paling popular. Walaupun kurma bukan makanan ruji di tanah air kita, namun buah ini mendapat perhatian apabila tibanya bukan Ramadan. Khasiat kurma bukan calang-calang. Dalam sebiji kurma terdapat 2 peratus protein, 2 peratus serat dan lebih 57 glukosa. Ini menunjukkan kurma mengandungi kandungan gula semula jadi yang tinggi. Kandungan gula dalam kurma akan ditukar menjadi tenaga serta merta apabila kita memakannya.
Inilah beza gula dalam kurma dengan gula dalam buah lain. Misalnya gula dalam tebu. Gula dalam tebu dikenali sebagao fraktosa yang bermaksud gula itu perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk diserap oleh tubuh sebagai tenaga.
PENTINGNYA TENAGA SEGERA
Atas sebab itulah, seseorang individu yang berpuasa disunatkan berbuka puasa dengan kurma sebelum mengambil makanan lain. Ini kerana selepas tidak makan dan minum selama 12 jam, seseorang itu memerlukan makanan yang menyumbang tenaga segera kepada tubuh untuk terus beribadat menunaikan solat maghrib dan tarawih yang mempunyai fadilatnya tersendiri.
Selain itu, sumbangan tenaga serta merta pada tubuh melalui buah kurma juga boleh membantu menghalang seseorang itu makan mengikut hawa nafsu yang lapar dan dahaga. Hal ini sekali gus mengelakkan kita makan berlebihan yang boleh menyebabkan tubuh lesu. Selalu berlaku kita makan banyak ketika berbuka puasa namun badan tetap lesu dan tidak bertenaga. Ini kerana kebanyakan makanan yang diambil ketika berbuka puasa adalah karbohidrat. Makanan yang mengandungi karbohidrat memerlukan masa untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi tanpa tenaga segera, memang badan akan terus lesu dan mengantuk.
Ads
MAKAN DENGAN KULITNYA
Potasium diperlukan untuk membantu sistem saraf. Selain kurma, potasium juga boleh diperoleh melalui susu dan yogurt. Namun jumlah potasium dalam susu dan yogurt tidak setinggi dalam kurma. Jadi, jika anda perlukan potasium dalam jumlah banyak, kurma adalah sumber terbaik.
Kurma perlu diambil dengan kulitnya untuk memperoleh serat yang diperlukan oleh tubuh. Kurma mengandungi serat yang tinggi. Khasiat daripada hal ini adalah untuk membantu proses pelawasan. Tanpa serat, badan tidak dapat memproses makanan yang dimakan dan membantu melawaskan. Selain itu, kurma mengandungi vitamin A dan C yang bagus untuk kesihatan badan.
BANTU MASALAH KESIHATAN
Ads
Individu yang mempunyai masalah hipertensi atau darah tinggi, elok makan kurma setiap hari. Dalam perubatan homeopati, ada yang menghasilkan serbuk daripada biji kurma untuk direndam dan diminum bagi membantu meredakan masalah kesihatan.
Kurma juga dikatakan boleh membantu masalah kesuburan sebagaimana buah tin yang juga tergolong dalam makanan sunah. Kurma boleh dimakan bersama madu, buah badam, gajus atau diolah menjadi pelbagai resipi enak. RASA berikan dua resipi enak daripada buah kurma untuk anda cuba.
KEPINGAN KURMA DAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN
300 gram kurma dan kekacang (buang biji dan cencang halus)
1 cawan air
50 gram gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
185 gram mentega (dadu kecil)
125 gram gula perang
1 biji telur
175 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikabonat
120 rolled oats
1 cawan kacang pistachio (cencang kasar)
Ads
CARA MEMASAK
1. Letakkan parchment paper di dalam loyang empat segi berukuran 2½cm x 16cm x 35cm dan minyakkan di sekeliling loyang.
2. Panaskan ketuhar kepada 195 darjah celcius.
3. Masukkan kurma, air, gula dan esen vanila ke dalam periuk kecil dan kacau di atas api serdehana untuk 10 -12 minit atau sehingga kurma menyerap cecair.
4. Sejukkan sebentar di bawah suhu bilik.
5. Putarkan mentega dan gula perang sehingga gebu. Pukul di dalam telur.
6. Gaulkan tepung naik sendiri, soda bikabonat, rolled oats dan kacang pistachio sehingga rata.
7. Campurkan separuh daripada adunan ke dalam loyang, kemudian gunakan bahagian belakang sudu besi dan tekan adunan perlahan sehingga adunan padat dan menjadi sama rata.
8. Taburkan kacang pistachio di atas adunan dan lapiskan pula di atas adunan kacang pistachio dengan campuran kurma dengan berhati-hati.
9. Kemdian taburkan baki kacang pistachio, dan akhiri dengan meletakkan baki adunan diatas campuran kurma dan kacang sehingga ditutupi sepenuhnya.
10. Bakar di dalam ketuhar pada 175 darjah celcius untuk 35 minit. Sejukkan di dalam loyang. Potong empat segi dan hidang panas atau sejuk.
KEK KURMA LEMBAP
BAHAN-BAHAN
21 biji kurma (dibuang biji, dihiris/dadu dan digaul dengan sesudu tepung untuk elak melekat)
300 gram tepung gandum
**1 sudu kecil soda bikarbonat
**150 gram gula perang
3/4 cawan gula putih
1/2 sk garam
250 gram mentega
1/4 cawan air
4 biji telur saiz B
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMASAK
1. Ayak bahan ** dan ketepikan.
2. Panaskan gula putih, gula perang dan air sehingga gula cair dan keperangan. Masukkan mentega dan garam. Kacau hingga semua cair sepenuhnya kemudian masukkan kurma. Kacau sebati. Biarkan didih seketika (sehingga naik bau karamel), kemudian tutup api.
3. Sementara itu, bolehlah panaskan pengukus.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan gula tadi (masih panas suam) sedikit demi sedikit sambil kaup balik.
5. Dalam bekas lain, pukul telur dan masukkan esen vanila. Tuang ke dalam adunan tadi. Kaup balik lagi sehingga semua sebati. Jangan putar atau pukul dengan kuat. Cukup sekadar adunan sebati.
6. Tuang dalam loyang yang sudah digris dengan mentega.
7. Pastikan air pengukus sudah mendidih, barulah masuk dalam pengukus. Kukus selama sejam (api besar) atau sehingga masak. Jangan kerap buka penutup kukus untuk elak air jatuh atas kek. Buka selepas 1 jam. Kek pun akan naik elok dan cukup masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Penggemar pai pasti dapat membayangkan rasa kulit pai yang rangup dengan pelbagai jenis inti ikut kreativiti si pembuat pai sesuai dengan cita rasa semasa. Tidak kira inti manis atau savory, pai bertutup sepenuhnya atau terbuka, ia tetap menjadi dessert pilihan paling sedap untuk minum petang keluarga korang. Nak cuba ini tiga resipi yang dikongsikan:-
PAI LABU: BAHAN-BAHAN: BAHAN PASTRI:
325gm tepung gandum
210gm mentega|dipotong dadu dan di létak dalam sejuk beku
8 sudu makan air sejuk
Sedikit garam
INTI PAI LABU Bahan A
400 gram labu | dibuang kulit
Bahan B
110 gm gula merah
120ml whipping cream
3 biji telur gred B
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan kulit pai: Kisar tepung dan mentega beku menggunakan food processor.
2. Masukkan campuran tepung dengan mentega ke dalam bekas dan tambahkan garam. Gaul rata.
3. Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Gaul sehingga menjadi doh.
4. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Setelah sejuk, canai dan terap doh dalam acuan pai.
6. Bakar 180C selama 15 minit. Sejukkan pastri.
7. Untuk menyediakan inti: Kukus labu sampai lembut, kemudian lenyek atau kisar halus tanpa air dan ketepikan.
8. Campurkan semua bahan B dan pukul hingga sebati.
9. Kemudian campurkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan B, kacau sebati dan tapiskan.
10. Tuangkan dalam acuan pastri dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 40 min atau sehingga inti pai di bahagian tengah mengeras.
11. Hiaskan dengan whipped cream di sekeliling permukaan pai.
12. Pai sedia dihidangkan.
PAI LIMAU NIPIS BAHAN CRUST :
200gm biskut Marie atau Digestive
1/4 cawan serbuk serbuk badam
1 sudu makan gula kastor
100gm mentega cair
BAHAN INTI PAI:
4 biji telur
395gm susu pekat manis
160ml whipped cream
5 biji limau nipis | parut kulit dan ambil jusnya.
CARA MEMASAK:
1. Dengan menggunakan food processor, hancurkan biskut .
2. Kemudian masukkan serbuk badam dan gula.
3. Setelah hancur sekata, masukkan mentega cair dan kisar sekali lagi sampai sebati.
4. Tuang dalam acuan pai siz 10inci atau 20cm springform tin , padatkan ke dinding dan dasar acuan.
5. Bakar sekejap dengan suhu 150C selama 10-15 minit atau sehingga sedikit coklat keemasan.
6. Keluarkan curst dari ketuhar dan sejukkan.
7. Untuk inti: Campurkan semua bahan inti dan whisk sampai gebu dan lembut.
8. kemudian tuang adunan dalam acuan pai.
9. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
9. Sejukkan, kemudian hiaskan dengan whipped cream dan hirisan limau nipis.
10. Pai sedia dihidangkan. COKLAT MUD PAI BAHAN CRUST
300gm serbuk biskut Oreo
75gm mentega
INTI MUD PAI:
85gm dark coklat
85gm mentega
2 biji telur
85gm gula kastor
100ml whipped cream
SOS FUDGE:
150gm dark chocolate
150gm whipped cream
3 sudu makan golden sirap
175gm gula asing| diayak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan crust hingga sebati, kemudian tuang dan padatkan ke dalam acuan pai.
2. Masukkan acuan pai ke dalam peti sejuk selama 30 minit -1 jam.
3. Untuk sediakan inti: Cairkan mentega dan coklat
4. Pukul telur dan gula sampai kembang.
5. Campurkan adunan telur dengan coklat, kacau perlahan.
6. Seterusnya campurkan pula whipped cream dan kacau sebati.
7.Tuang ke dalam acuan pai dan bakar dengan suhu 180C selama 40 minit.
8. Untuk sediakan sos: Satukan semua bahan sos dan cairkan, kacau sampai sebati.
9. Tuang di atas ínti mud pai yang telah sejuk tadi.
10.. Masukkan pai dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum sedia dihidang.
Sebelum ini, menu cheesekut dan juga cheesecake popular di kalangan penggemar pencuci mulut. Nah, muncul pula menu baru iaitu Sandwich Cheesecake daripada saudara Muhammad Ali.
Cara buat pun mudah saja. Bolehlah mak-mak lakukan aktiviti memasak bersama dengan anak-anak di rumah.
RESEPI SANDWICH CHEESECAKE MR.ALI
*Guna loyang 6 inci : dapat 4 bahagian
BAHAN-BAHAN
8 keping biskut (Saya pakai Jacobs. Kalau pakai biskut yang lagi kecil, akan dapat lebih dari 4 bahagian) – beli online DI SINI 250 gram cream cheese 150 gram dairy whipping cream 50 gram gula icing – beli online DI SINI 1 sudu kecil essen vanilla – beli online DI SINI 25 gram oreo yang dihancurkan @ 125gm coklat yang dicairkan
TONTON Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips:Kek Butter
CARA- CARA:
1.Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas. 2. Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller/peti sementara buat lapisan mousse.
*ada 2 perisa, boleh pilih mana-mana
PERISA OREO
CARA-CARA:
1.Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit, henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul beat sampai sebati. 2. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental. 3. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
CHEESE 5
4. Masukkan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai perisa sahaja. 5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
PERISA CHOCOLATE
CARA-CARA:
1. Pukul 250 gram cream cheesepada suhu bilik. Lepas pukul dalam 2 minit. Henti sekejap. Masukkan gula icing dan essen vanila. Sambung pukul sampai sebati. 2. Dah sebati, masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Pukul sebati. Dah sebati, berhenti.
3. Dalam bekas lain, pukul 150 gram dairy whipping cream sehingga kental. 4. Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair. 5. Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan, letak lagi 4 keping dekat atas. Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
*gula atas tu pakai dusting sugar, baru dia tak menyerap, kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.
Biasanya bila buat coklat cip pastilah rasa coklat atau koko. Tapi Orange Chocolate Chip Cookies @ Biskut Oren Coklat Cip ni beraroma dan kaya dengan rasa oren .
Bagi mereka yang inginkan kelainan rasa bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Farisha Sofea dalam FB Rasa Share Resipi ini. Untuk menyedapkan lagi biskut ini coklat cip, hirisan badam dan cornflakes menjadikan ia rangup dan nikmat dikunyah. Berbaloi dicuba.
ORANGE CHOCOLATE CHIP COOKIES
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
250gm mentega
160gm gula kastor
1 biji telur gred A
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen oren
pewarna oren
Bahan B ( diayak ) :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil emplex
Bahan C :
150gm coklat cip
100gm hirisan badam
50gm cornflakes ( diramas halus )
.
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati . 2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul rata . 3. Masukkan pula esen oren dan juga pewarna . 4. Kemudian satukan Bahan B ke dalam Bahan A . 5. Kacau sebati . 6. Akhir sekali masukkan Bahan C . 7. Kaup balik adunan sehingga semua adunan mesra . 8. Ambil sedikit adunan dan letakkan di dalam loyang pembakar . 9. Pastikan dijarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang ketika dibakar . 10.Ulang proses sehingga selesai . 11. Panaskan oven, bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing . 12. Setelah masak , sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara .
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.