Cita rasa orang Malaysia memang suka sambal. Bukan hanya orang Melayu, tapi masyarakat lain juga suka sambal. Sambal dikatakan sebagai pembuka selera.
Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Ads
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Ads
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Sos Thai adalah salah satu penyedap masakan dan juga bahan wajib ada di rumah kita. Segala makanan bergoreng memang sedap kalau dicicah dengan sos ni. Sebotol kecil, harganya dalam RM3-RM5 lebih bergantung pada jenama. Kalau sekali guna pun dah 1/2 botol. Sekejap je habis kan. Khas untuk puan-puan yang nak jimat, resipi Sos Thai homemade perkongsian saudari Rozmaliza Omarni anda boleh cuba.
BAHAN KISAR: 250gm cili padi merah (anggaran pedas) 125gm cili besar 5 biji tomato ranum 1 labu bawang putih – beli online disini 1 tangkai daun ketumbar
CARA MEMASAK: 1.Satukan bahan-bahan kisar kemudian kisar dengan sedikit air. Namun harus diingat, jangan kisar terlalu lumat. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masuk gula, cuka, garam dan akar ketumbar.
3. Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau. 4. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. 5. Masak hingga sos sederhana pekat. Tutup api. 6. Taburkan hirisan daun ketumbar.
7. Sejukkan sos terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
Membuat Air Asam Kerisik untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa.
Air Asam sebenarnya, jika tidak ditambah kerisik sudah sedap. Tapi jika ditambah, lagi pekat dan berasa. Jom kita tengok resipi yang dikongsi saudari Animas Nurjana Abdul Halim ni. Nampak memang sedap sangat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!