
Bukan hanya untuk breakfast, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan. Dihidangkan pula dengan buah-buahan, madu dan aiskrim, memang sedap tak terkata. Tak perlu lagi beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah. Hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Nor Asiah.
WAFFLE RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum – beli online DISINI
- 2 1/2 cawan air
- 3/4 cawan minyak masak
- 2 biji telur
- Esen vanila – beli online DISINI
- 2 sudu besar susu tepung
- 3 sudu besar gula – beli online DISINI
- 1/2 sudu teh garam – beli online DISINI
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 1/4 sudu besar baking soda
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Biarkan adunan selama 10 hingga 15 minit.
3. Masukkan ke dalam waffle maker dan tunggu hingga masak.
4. Boleh sapu dengan flavour yang anda suka. Siap!


Kredit resipi & foto: Nor Asiah
Anda sedang mencari NUTELLA? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Maruku Rangup Kudapan Kesukaan Rakyat Malaysia. Makanlah Bila Masa Pun
Pai Cendawan Paling Mudah Tanpa Pastri, Guna Roti Paratha Aje.
Cara Buat Kerepek Batang Pisang Rangup. Tak Rasa Kelat , Buat Ralit Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Tomyam Bersantan, Pedas Masam Berlemak Memang Sedap, Tak Muak Dihirup

Resipi tomyam ayam dari Nurhayati Abd Malek menggunakan memasukkan santan. Walau pun begitu ia tidak muak walau dihirup banyak kerana rasa masam tomyam ini. Ada pula sayur dan isi ayam yang banyak, memang makan berulang-ulang.
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam sederhana (potong kecil)
- 4 sudu besar pes tomyam – beli online DI SINI
- 4 batang serai (dititik)
- 6 helai daun limau purut (buang urat tengah)
- 10- 15 batang cili api (diketuk) – beli online DI SINI
- 2 batang karot
- ½ biji kobis bunga
- 6- 7 keping asam gelugor – beli online DI SINI
- 1 biji bawang Holland – beli online DI SINI
- ½ inch halia
- ½ inch lengkuas
- Gula dan garam secukupnya
- 1 kotak santan/ 1 biji santan kelapa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula masukkan ayam dan air dalam periuk, agak-agak paras tenggelam ayam.
2. Kemudian masukkan serai, halia dan lengkuas tadi. Biarkan mendidih sekejap. Kalau tiada lengkus boleh halia.
3. Selepas mendidih bolehlah masukkan pes tomyam.
4. Gaul dan masuk cili. Nak pedas masukkan lebih. Ini kerana bila sudah dimasukkan santan rasa pedas akan kurang.

5. Masukkan daun limau purut.
6. Masukkan pula sayur sayuran.

7. Masukkan bawang Holland.
8. Bila sudah mendidih masukkan santan. Guna santan kotak pun boleh, kacau sekejap.
9. Kemudian masukkan asam gelugor dituruti cili padi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

11.Siap! Senang sangat kan masak tomyam ni. Rasa pun sungguh sedap
Kredit foto & resipi : FB Nurhahayati Abd Malek
Bihun Goreng Tom Yam Ikut Aje Langkah ini, 15 Minit Dah Siap
Menu Popular! Cuba Rasa Tom Yam Goon, Sup Paling Mantap Dan Luar Biasa.
Aneka Resipi Hidangan Berasaskan Ubi Keledek Untuk Berbuka

Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan berbuka, boleh lah cuba resipi-resipi ni..
BEBOLA UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN
- 2 cawan ubi keledek-rebus & mashed
- 1 biji telur
- 1/2 sudu baking powder
- tepung secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- sedikit garam
- 3 tsb gula
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
- Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
- Sedap dimakan panas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
KUIH GERODAK UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN
- 600 gm keledek (resipi ni guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sebab nak kurangkan manis)
- 7 biji telur (gred A)
- 5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (resipi ni guna 4 keping je sebab taknak manis sangat)
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan ~ disimpul
- 10 kuntum bunga cengkih
- 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
- Keledek dikupas kulitnya & cuci bersih. Potong/mayang memanjang.
- Masak gula nisse/gula kerek bersama-sama dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat. Keluarkan daun pandan dan mengkuang yang balut nisse. Tapis air gula tadi.
- Pecahkan telur, kacau-kacau sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
- Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yang tebal lebih baik kerana tidak cepat hangus). Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit. Masak dengan api paling perlahan dengan periuk tertutup. (Jika guna pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api. Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: MaDiHaA aka Ratna
BERGEDIL KELEDEK

BAHAN-BAHAN
- 6-7 ketul keledek (kentang pon boleh)
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit isi ayam/daging
- Hirisan daun sup/bawang
- Sedikit bawang goreng
- Kobis-hiris
- Cili merah-potong bulat
- Secubit garam
- Lobak merah-potong dadu
- 2 biji telur-pecahkan
CARA PENYEDIAAN
- Rebus keledek hingga empuk. Kemudian toskan.
- Kemudian lenyek/tumbuk hingga lumat.
- Campurkan dengan tepung gandum dan semua bahan-bahan di atas.
- Gaul sebati adunan itu.
- Bila dah sebati, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong . Leperkan sedikit.
- Bila dah siap, golekkan dalam telur yang dipecahkan tadi.
- Sedia untuk digoreng. Goreng hingga garing/masak.
- Siap!
INFO: Lebihkan ayam, daging tu atau udang untuk lebih sedap
Kredit resipi & foto: Ryna Hakimi
KUIH TALAM UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN (LAPISAN BAWAH)
- 300 gm keledek merah – rebus dan lecek
- 75 gm tepung beras
- 75 gm tepung ubi
- 150 gm santan kotak
- 150 gm air
- 250 gm gula pasir – (guna 200 gm)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN-BAHAN (LAPISAN ATAS)
- 100 gm tepung ubi
- 200 gm santan pekat
- 200 gm air
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN BAWAH)
- Kisar semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
- Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN ATAS)
- Kisar semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
- Kukus semula selama 10 minit.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
PAI CRUMBLE KELEDEK

BAHAN-BAHAN (PASTRI PAI)
- 200 gm tepung gandum
- Secubit garam halus
- 100 gm mentega/margerin
- 2-3 sudu besar air ais
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan mentega. Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.
- Isikan ke dalam plastik atau balut dengan ‘cling wrap’. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.
BAHAN-BAHAN (KASTARD)
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.
- Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.
CARA MEMASAK PASTRI
- Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.
- Panaskan oven pada suhu 180 C. Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
BAHAN-BAHAN INTI PAI
- 150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
- 50 gm gula perang
- 1 biji telur
- 20 gm mentega
- 60 ml susu segar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh garam
BAHAN CRUMBLE
- 50 gm gula perang
- 20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
- 15 gm mentega
- 3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.
- Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.
- Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.
- Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40 minit lagi. Sejukkan sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Raihan Shaari
Selamat mencuba!
Spiral Mantao Sedap & Gebu. Mudah Saja Cara Buatnya

Sedapnya Spiral Mantao ni. Cantik rupanya. Teksturnya pun gebu sangat sesuai dinikmati bersama keluarga. Makan pagi, minum petang atau makan malam. Semuanya sesuai. Jika nak dijadikan kudapan waktu senggang, memang terbaik. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuan. Pasti puas hati tengok hasilnya.
CARA MASAK SPIRAL MANTAO SEDAP

BAHAN-BAHAN:
350gm tepung gandum – beli online disini
35gm gula kastor – beli online disini
1/2 sudu besar yis segera – beli online disini
180ml air suam
30ml minyak masak – beli online disini
Perasa kesukaan
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1. Masukkan yis, gula dan minyak dalam air suam.
2. Bila yis sudah berbuih, masukkan ke dalam tepung. Uli sampai licin dan adunan tidak melekat di tangan.
(empunya resipi buat dua adunan. Satu adunan putih & satu adunan perisa strawberi)

3. Tutup doh dan biar sejam. Bila doh sudah naik dua kali ganda, boleh canai, lapiskan doh pink dan putih kemudian bentukkan spiral macam dalam gambar.


4. Potong doh mengikut saiz yang digemari.

5. Sediakan air kukusan. Kukus dalam 5-8 minit dengan api sederhana.
6. Angkat dan Mantao Spiral sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Maizura Ridzuan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat
Resipi Kebab Daging 5 Minit. Sedap Macam Beli Dekat Pasar Malam
Goreng Guna Api Sederhana. Ini Rahsia Buat Karipap Kentang Sedap & Rangup
Resipi Cakoi Sedap Untuk Minum Petang. Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

