Tak tahu nak makan apa untuk lunch hari ni? Min sarankan anda cuba Nasi Paka. Kenapa? Kalau nak tahu, Nasi Paka ni memang tengah jadi kegilaan ramai sekarang terutamanya bagi yang berada disekitar Shah Alam.
Nasi putih, ayam goreng panas-panas dan sambal. Nampak simple kan? Tapi percayalah, menu ni bakal buat anda ketagih. Sambalnya memang pedas, sedap dan terangkat! Bagi anda yang ‘gila’ makan lauk bercili, cubalah. Pasti berpeluh tak henti. Air pun memang kena order lebih.
Ads
Tak makan pedas tapi nak cuba? Ha…Jangan risau. Nasi Paka ni disediakan setelah anda ‘order’, jadi masa nak pesan tu bolehlah minta letak sambal sikit je. Malah kicap pun ada disediakan untuk redakan kepedasan nasi anda. Tapi percayalah, anda tak akan mintak sikit punya. Lagi minta tambah sambal lagi ada.
Menurut Yusliza Mohd Noor selaku empunya Nasi Paka, setiap hari beliau menggunakan 3kg cili padi untuk menyediakan sambal berhantunya ni. Dihidangkan pula dengan ayam yang digoreng panas-panas, tentunya padanan ini sangatlah sepadan dan memikat selera. Patutlah setiap hari, gerai Nasi Paka ni penuh dengan pelanggan!
Ads
Orang ramai sangat dan tak ada tempat duduk? Ha..Anda boleh beli bungkus dan makan je di rumah atau pejabat. Malah boleh juga pesan secara ‘delivery’ dengan minimum pesanan hanya 5 pax dan cas delivery mengikut kawasan. Wow…Mudah kan? Ownernya pun sempoi. Jadi kalau rasa seketul ayam tu tak cukup, jangan segan-segan nak minta dua ya.
Ads
Bagi anda yang nak cuba, bolehlah berkunjung ke Amboi Kafe yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Nasi Paka dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula jam 11.30 pagi hingga 5 petang. Kebiasaannya Nasi Paka akan sold out sebelum waktu itu. Maka datanglah awal sekitar jam 12.00-2.30 agar tidak kecewa. Selamat menjamu selera!
Hari minggu rasa malas nak masak? Kalau masih takut nak dine in jomlah kita tapau makanan kesukaan. Boleh cuba menu terbaru dari Restoran Temerloh Catering ini.
Menurut pemiliknya, Khairul Izwandy Abdul Jazam sudah berada dalam industri pemakanan lebih 10 tahun.Temerloh Catering Express adalah pilihan yang tepat untuk semua yang memerlukan sesuatu yang cepat dan homemade yang boleh memenuhi keinginan anda.
Temerloh Catering Express tercetus dengan adanya pelanggan yang Work From Home ketika PKP dan kami ingin menyediakan makanan yang tidak terlalu mahal untuk dibeli hari-hari.
Antara menunya ialah Super Express (Rice & Tumeric Chicken), Marvellous Express (Rice & Salted Egg Chicken), Power Express (Rice & Butter Chicken) Glorious Express (Rice & Blackpepper Chicken),Spaghetti Bolognese (Beef / Chicken),Spaghetti Carbonara, Nasi Lemak Biasa, Nasi Lemak Ayam Butter Nasi Lemak Ayam Salted Egg, Nasi Lemak Ayam Blackpepper dan pelbagai lagi.
Kami bermula seawal 8:30 pagi dan antara menu yang menjadi kesukaan ramai ialah Marvellous Express (Rice & Salted Egg Chicken) dan Power Express (Rice & Butter Chicken). Manakala untuk minuman pula Corny Fresh Milk dan Dalgona Fresh Milk. .Rasa jagung dia pergh, padu!
Jadi kalau nak menu yang simple dengan harga mampu milik, boleh order di Temerloh Catering Express. Makanan akan dihantar menerusi platform seperti MAYNUU , GRABFOOD & FOODPANDA.
Pesan sekarang untuk penghantaran dan bungkus! Restoran Temerloh Catering 2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Perjalanan menuju ke kedai makan Nurul Sate Batang Pinang, memang nyaman dan menenangkan. Suasana desa penuh kehijauan menyambut pelanggan yang berkunjung ke sini.
Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.
Suasana desa penuh kehijauan
Suasana sebelum PKP.
Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang,Mi Kari Mama,Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.
.
Nasi ayam hailam Pak Anyang.
Soto Mak Siti.
Menu yang disediakan adalah idea bersama dua keluarga mereka berdua. Lain -lain menu yang mendapat sambutan hangat pelanggan sudah tentunya sate yang dibuat dari bahagian batang pinang yang sangat lembut dan berjus.
“Biasanya di KL dan Selangor sate biasanya dijual pada waktu malam. Tetapi di Johor seperti Muar dan Batu Pahat menikmati sate pada waktu sarapan adalah menu kegemaran ramai. Ibu saya berasal dari Batu Pahat, jadi idea ini adalah inspirasi darinya.
.
Alhamdulillah, apabila kami memperkenalkan menu ini ia mendapat permintaan ramai dan cukup laris. Selain sate premium yang dibuat dari daging batang pinang yang lembut, pelanggan juga sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya.
Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.
Nasi impit yang lembut dan beraroma daun pisang menambat selera. Selain sate daging, sate ayam dan set sate campur (ayam & daging) juga turut dihidangkan bersama lontong”, cerita Nurul Izzah kepada RASA.
.
.
Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Namun Nurul Izzah dan suaminya Firdouz bukannya orang baru dalam bidang makanan,sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini memberi lebih tumpuan kepada kedai makanan Nurul Sate Batang Pinang.
Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah
Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus.Menurut Nurul Izzah nasi yang dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Penulis tertarik dengan Menu Nasi Minyak Kahwin Laridengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.
Ditanya kisah disebalik menu ini,”Ia sebenarnya menu katering Nurul Izzah yang kini dibawa ‘lari’ ke Nurul Sate Batang Pinang. Ia adalah resipi kepakaran ayah saya dan menu ini cukup laris sekali,” ujarnya tertawa kecil. Di samping itu terdapat juga menu laksa Johor dan Mi Rebus stail Johor.
.
Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman. Kedai makan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Disebabkan pandemik kini ia hanya mengambil tempahan melalui talian 016 359 5358 dan 019 9568944 dan beli bungkus. Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.
INGIN MEMBELI BAHAN MASAKAN, JOM BELI ONLINE DI SINI
Santa Grand Signature Kuala Lumpur memperkenalkan “Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya”.
Menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Menu Nyonya ini merangkumi kesegaran, kemanisan, masam dan pedas iaitu Assam Laksa, Mee Kari dan Peranakan Nyonya Laksa.
Selain hidangan istimewa ini, pengunjung juga boleh menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk Cucur Udang, Nasi Goreng Nyonya dan banyak lagi.
Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar. Inilah yang benar-benar membezakan hotel ini daripada yang lain.Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi atau e-mel reservation@santagrandhotels.com.my.