Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada isterinya yang tinggal di Perancis dimana pangsapurinya dikunjungi polis selepas jirannya mengadu tentang bau aneh yang datang dari rumah terbabit. Lebih parah lagi apabila bau tersebut dianggap seperti bau mayat. Sebenarnya bau tersebut adalah bau belacan bakar untuk buat Sambal belacan.
Pengguna Twitter Zulfo Mahadi (@thezulfo) tweeted:
Pengalaman kawan wife aku yg tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau mayat 😂 https://t.co/b8srO3LKVu
Let me clarify, sebenarnya kejiranan tu report pasal bau busuk yg pelik, yang tak pernah dieorg bau selama ni. So dieorg report kt polis as “bau busuk, could be mayat yg lama ditinggalkan” lebih kurang macam tu la.
Macam-macam kan? Tapi itulah uniknya makanan yang ada di seluruh dunia ni. Ada yang pelik, biasa-biasa dan ada juga yang luar biasa. Apa-apa pun, kena hormati dan ‘respect’ walaupun makanan tersebut ada yang kita tak suka dan tidak boleh makan. Barulah aman dan tak ada sengketa. Betul tak?
Nak cuba buat Sambal Belacan sedap untuk puasa nanti? Ini resipinya. Jom cuba!
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 genggam cili padi merah
1 genggam cili padi hijau
3 biji cili merah
7 biji limau kasturi (buang biji)
1 biji lemon (untuk diperah)
Sedikit air
BAHAN BAKAR:
1 ulas bawang merah
1/4 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan ( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)
BAHAN PERASA:
8 sudu makan Gula merah
1 sudu teh Perencah hilal/knorr
2 sudu teh Garam bukit
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
Ads
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Sambal yang sedap diratah adalah sambal tempe ikan bilis. Caranya kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Sos pencicah thai merupakan antara sos yang digemari ramai. Rasanya yang masam manis memang sedap apatah lagi jika dimakan bersama keropok lekor. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sos thai sendiri. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Nurul Mansor. Menariknya, resipi ini tida menggunakan banyak bahan. Jom cuba!
SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili besar
Segenggam cili padi merah dan hijau
6 ulas bawang putih
Secawan gula
Secawan cuka
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung ubi
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung ubi.
4. Siap!
TIPS:
Gunakan hanya 1 sudu tepung ubi. Air boleh letak berapa banyak yang anda mahu, janji sebati. Jangan masuk serbuk tepung selepas sos masak, nanti ia akan berketul.
Biasanya bila buat Sambal Tempoyak, anda akan guna cili padi. Tapi menerusi perkongsian saudari Fairuz Abu Hassan beliau menunjukkan cara-cara membuat Sambal Tempoyak Petai Bilis yang sedap menggunakan cili besar. Ha…Walaupun stok cili padi tiada di rumah, masih boleh masak sambal sedap ni tau. Bolehlah cuba. Pasti makan nasi bertambah-tambah.
CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN: Tempoyak 8 biji cili besar – dikisar 7 biji bawang merah – dikisar – beli online disini 4 ulas bawang putih (ambil yang kecil sahaja untuk elak lebih rasa bawang putih) – dikisar – beli online disini Petai yang siap dikupas Ikan bilis yang telah digoreng – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.
2. Masak sampai agak-agak kering. 3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
5. Masak sambal hingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidang.
6. Jika mahukan sambal yang kelihatan berminyak, boleh masukkan lebih sedikit minyak masak sewaktu menumis.
Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!