
Ikan kering selain digoreng dengan bawang dan cili enak juga dibuat gulai. Ikan talang dengan isi yang padat serta tulang enak dimakan dengan nasi panas-panas. Digabung pula dengan sambal belacan dan ulam. Memang tak pandang kiri dan kanan.
Gulai Ikan Kering Tumis Darat
Bahan-bahan:
Ikan kering talang@tulang ikan talang
1/2 kg santan
1 pek serbuk kari ikan masin
1 keping asam keping
Sayuran – terung @ nenas
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis:
1 sudu besar halba campur
5-6 biji bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 tangkai cili kering (potong kecil)
1/2 inci halia
1 pelepah daun kari
Cara masak:
1.Di dalam periuk, masukkan ikan kering, air, pes kari dan nenas. Masak sehingga nenas separuh masak.
(ikan kering direndam seketika)
2.Setelah mendidih, masukkan santan dan terung. Masak sehingga mendidih sekali lagi.
3.Masukkan asam keping dan sedikit gula. Rasakan dulu sebelum dimasukkan garam kerana ikan kering telah masin. Kecilkan api dan biarkan mereneh.
4.Sementara itu dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, daun kari dan halba campur hingga agak garing dan naik bau dengan api perlahan.
5.Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas-panas semua sekali dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung periuk bagi memerangkap aroma tumisan dan tutup api.
Kredit: zaqyah saneey
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak

Ikan Siakap Stim Limau memang sangat sedap. Kombinasi rasa pedas, masam dan masinnya memang sekata & sempurna. Biasanya hidangan ni dimasak dengan cara kukus atau stim. Namun bagi yang tak ada periuk kukusan, anda boleh masak dengan menggunakan kuali je. Lebih mudah, sama sedap malah jus rebusan ikannya juga banyak. Sesuai sangat bagi anda yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zafirah Zawawi ni. Mudah sangat dan sebijik sama macam yang kita makan di restoran Thailand. Ratah macam tu je pun dah sedap.
RESIPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU MASAK GUNA KUALI

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap – beli online disini
- 3-4 ulas bawang putih – cincang / dadu – beli online disini
- 1 inci halia – hiris – beli online disini
- 1 batang serai – hiris – beli online disini
- 2 batang serai – ketuk
- 1 kiub pati ayam – beli online disini
- Cili padi merah dan hijau – hiris – beli online disini
- 1-2 biji limau nipis – beli online disini
- Daun ketumbar – hiris
- Akar ketumbar – dibersihkan
- Garam secukup rasa – beli online disini
- Sos ikan secukupnya – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan basuh menggunakan limau nipis atau lemon bagi membuang bau hanyir.
2. Masukkan serai yang diketuk ke dalam perut ikan. Kemudian lumurkan kiub pati ayam hingga rata.

3. Masukkan ikan, air secukupnya, akar dan hirisan daun ketumbar ke dalam kuali. Rebus sekitar 10 minit.

4. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Kacau sebati. Untuk rasa yang tidak terlalu pedas, masukkan cili padi di akhir sekali.
5. Perasakan dengan sos ikan atau garam dengan secukupnya.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zafirah Zawawi
Nak beli PERIUK KUKUS yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mi Kari Sedap Penuh Lauk. Kuah Tak Muak, Memang Puas Hati.
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Masakan Menggunakan Santan. Rasa Asli, Sedap & Mudah!

Sajian bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam hidangan boleh disediakan menggunakan perahan isi kelapa ni. Oleh itu, bagi yang memang suka sangat lauk ni, RASA kongsikan beberapa masakan menggunakan santan yang anda cuba masak sendiri di rumah. Memang layan habis beb!
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam }potong kecil
- 2 biji ubi kentang }potong dadu
- 500ml santan
- 10 biji cili padi hijau
- 4cm kunyit hidup
- 1 batang serai } ketuk
- 1 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Sediakan sebuah periuk, masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan hingga cili masak.
- Setelah itu, masukkan ayam, separuh daripada santan, serai dan ubi kentang yang dipotong dadu. Didihkan hingga semua bahan empuk.
- Masukkan separuh lagi santan, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit dua lagi.
- Kemudian angkat dan sedia dihidangkan.
2. GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG

BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan merah
- 3 biji terung bulat} potong dua atau empat
- 1 liter santan
- 3 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 1 batang serai – ketuk
- 3 keping asam keping/gelugur
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama separuh santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
- Masukkan ikan, terung, asam keping dan separuh lagi santan. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh ganti ikan merah dengan ikan senangin, kurau atau kembung.
3. KETAM LEMAK NANAS

BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ketam } bersihkan dan potong dua
- ½ biji nenas } potong kecil
- 1 liter santan pekat
- 3 biji cili merah}kisar
- 4 ulas bawang merah }kisar
- 3 ulas bawang putih } kisar
- 1 batang serai }titik
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 biji cili merah}hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan separuh santan bersama bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
- Masukkan ketam, nanas dan separuh lagi santan. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan cili merah dan tutup api.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
4. LEMAK KUNING DAGING SALAI

BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging salai } hiris nipis
- 600ml santan pekat
- 10 biji cili padi }tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah } tumbuk lumat
- 3 biji bawang putih }tumbuk lumat
- 1 batang serai }ketuk
- 2 keping asam gelugur
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
- Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika suka boleh tambah belimbing buluh atau terung pipit.
5. MASAK LEMAK LABU DAN TAHAI

BAHAN-BAHAN:
- ½ biji labu kuning } bersihkan dan potong dadu
- 100gm tahai/tamban masin } bersihkan dan tumbuk kasar
- 400ml santan
- 4 biji cili padi
- 2 biji cili hijau
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi, cili hijau, bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat.
- Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk bersama secawan air dan tahai/tamban lalu didihkan hingga cili masak.
- Masukkan separuh santan dan labu. Didihkan hingga labu empuk.
- Masukkan separuh lagi santan, garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan beberapa minit dengan api yang kecil.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
6. PAIS IKAN BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ekor ikan kembung sederhana besar
- 500ml santan pekat
- 5biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 4 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 1 batang serai
- 1 batang bunga kantan }hiris halus
- 2-3 helai daun limau purut } mayang halus
- 3cm kunyit hidup
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Separuh santan didihkan bersama sedikit garam dan lada sulah di dalam periuk hingga pekat. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan kunyit hidup dikisar/tumbuk lumat.
- Tambah separuh lagi santan ke dalam bahan kisar dan gaul sebati.
- Taburkan sedikit garam dan lada sulah ke atas ikan. Ratakan bahan-bahan tumbuk ke atas ikan.
- Letak ikan di dalam daun pisang. Tabur daun limau purut dan bunga kantan di atas ikan.
- Kemaskan balutan daun pisang dan bakar atas api/ketuhar hingga masak (15-20 minit).
- Setelah ikan masak, tuang santan yang dididihkan pekat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain seperti tenggiri dan sebagainya.
7. PARI BAKAR BERKUAH PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 1-2 ketul ikan pari
- 400ml santan pekat
- 10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah } tumbuk halus
- 3 biji bawang putih } tumbuk halus
- 3cm cekur } tumbuk halus
- 1 batang serai }ketuk
- 2 helai daun limau purut}siat
- 5 keping asam aur-aur (boleh ganti dengan 2 keping asam gelugur)
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan pari di tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Bakar hingga masak. Ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
- Tuang santan, tambah daun limau purut dan asam aur-aur. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Tuang kuah santan ke atas ikan pari bakar dan hidangkan.
8. TOMYAM BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 300ml stok ayam/air
- 200ml santan
- 100gm isi ayam
- 100gm isi ikan
- 5-6 ekor udang
- 2 ekor sotong }potong kecil
- 1 batang lobak merah }hiris kecil
- 1 batang serai } ketuk
- 2 helai daun limau purut siat-siat
- 1 biji bawang besar } belah empat
- 2 biji bawang putih } ketuk
- 5 biji cili padi } ketuk
- 2 sudu makan pes tomyam
- 2 sudu makan air perahan limau
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan stok ayam/air bersama bawang putih, serai, daun limau purut dan pes tomyam.
- Masukkan santan, ayam, isi ikan, udang, sotong, bawang besar dan lobak merah.
- Didihkan lagi dengan api kecil hingga semua bahan masak
- Masukkan cili padi, air perahan limau, garam dan gula secukup rasa.
Info chef: Perlu sentiasa dikacau supaya santan tak pecah.
Resipi Sambal Bilis Goreng Bersama Terung Telunjuk. Ringkas & Terlajak Sedap!

Ikan bilis kini bukan lagi makanan dikala hujung bulan kerana harganya boleh tahan juga mahal. Jika tiada selera, hidangan berasaskan ikan bilis ni adalah salah satu pilihan yang mempu menaikkan selera. Nak masak pun mudah. Jom cuba hidangan Sambal Bilis Goreng Bersama Terung Telunjuk ni. Memang best!
BAHAN-BAHAN:
- 150gm Ikan bilis
- 4 biji Terung Telunjuk
- 1 biiji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6-7 biji cili padi merah
- Garam dan gula
- Minyak masak
ANDA MUNGKIN SUKA:
8 Makanan Tradisional Kedah & Johor Yang Wajib Anda Cuba Bila Berkunjung Ke Selatan & Utara.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.
- Goreng pula terung telunjuk.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili.
- Masukkan ikan bilis dan terung telunjuk yang telah digoreng.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Angat dan hidangkan.

