Untitled design - 2021-11-03T101315.539

Rasanya dah lama tidak merasa gulai sotong. Kalau makan sotong pun selalunya digoreng atau dibuat sambal tumis. Kali ini kita ikut resipi Kak Yan.
Rasa pedas dan lemak yang seimbang persis makan rendang sotong.Teknik memasak dengan menggoreng dahulu daun kunyit dan daun limau juga nampak sangat menarik. Ini semua menjadikan gulai sotong ini semerbak harum baunya. Warnanya juga amat cantik.

Gulai Sotong
Bahan-bahannya:
8 ekor sotong sederhana besar(dibersihkan)
2 batang serai(diketuk)
2 atau 3 sudu besar cili kering kisar
2 hirisan lengkuas
5 helai daun limau purut(dibuang urat tengahnya)
250gram santan pekat-BELI ONLINE DI SINI
1 keping asam gelugur-BELI ONLINE DI SINI
2 helai daun kunyit(dihiris halus)
4 sudu makan minyak-BELI ONLINE DI SINI
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
2 biji bawang merah bersaiz besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji buah keras

Ads

Cara memasak:
1.Panaskan minyak, masukkan serai kemudian daun kunyit dan daun limau.
2.Apabila sudah wangi, masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
3.Masukkan cili kisar, lengkuas dan asam keping.
4.Masak sehingga bahan garing dan kemudian masukkan santan.
5.Masukkan sotong, garam dan gula.
6.Apabila sotong sudah masak, tutup api dan hidangkan.
Kredit: azianhasan

Muruku Kacang Peas, Snek Istimewa Sempena Deepavali

Resipi Omapodi, Snek Homemade Sedap Boleh Buat Sempena Deepavali

Ads

11 Manisan & Kudapan Yang Selalu Ada Masa Deepavali.

Ads

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI