Pelbagai nostalgia Ramadan boleh diimbau bila tibanya bulan puasa. Ada suka, ada duka. Paling diingat, tentulah juadah berbuka. Begitu jugalah dengan dramatis popular tanah air, Liza Abdullah. Menurut beliau, antara juadah yang mengimbau memori dan nostalgia Ramadan adalah hidangan Gulai Udang Tempoyak dan Lengkong Merah yang menjadi kegemaran beliau sehingga kini.
Menurut beliau, keistimewaan serta rahsia keenakan menu warisan ini ialah terletak pada kuah lemak cili apinya yang pekat dan berperisa. Lain dari yang lain. Wow…Mendengarnya sahaja sudah membuka kita kecur liur kan?
Istimewa dalam episod kedua Rasa Nostalgia Ramadan musim terbaru ini, Chef Wan dan Liza Abdullah telah berkongsi resipi-resipi istimewa untuk anda cuba di bulan puasa ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
1. GULAI UDANG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama-sama dengan udang.
2. Masukkan santan, asam keping, daun kunyit, serai yang diketuk dan 3 cawan tempoyak. Kacau semua bahan hingga sekata dan mendidih.
3. Selepas mendidih, masukkan pula sedikit garam dan gula bagi menyedapkan rasa.
4. Gulai Udang Tempoyak sedia untuk dihidangkan.
2. LENGKONG MERAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula secukupnya dan kacau sebati
3. Setelah itu, masukkan pati sirap dan daun pandan. Biarkan sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas agar-agar.
5. Biarkan agar-agar tadi sejuk dan mengeras sebelum sedia untuk dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka.
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).