Petang-petang sebegini, memang sedap jika dapat makan kuih muih. Salah satu resipi yang RASA nak kongsi hari ni ialah resipi Apam Puri perkongsian saudara Faizal Iqmal. Lembut, gebu dan nampak sedap. Kelim guna acuan karipap je. Mudah kan? Nak cuba? Ini resipinya.
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan sampai sebati, perap lima minit. 2. Panaskan kuali, sendukkan adunan secukupnya. Biarkan masak.
Ads
3. Angkat, letak pada acuan karipap dan sudukan inti kastard secukupnya. 4. Tutup acuan dan biarkan kulit apam melekat sempurna. Jika tiada acuan, boleh picit hujung kulut menggunakan jari sahaja.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan diatas ked ala periuk bersesuaian. Kacau sampai sebati 2. Hidupkan api kecil dan masak hingga likat. 3. Sejukkan dan sedia untuk digunakan untuk membuat Apam Puri.
Bergedel adalah satu jenis masakan yang dibuat untuk dijadikan pelengkap hidangan. Selalunya bergedel menjadi hidangan sampingan dalam soto. Memang bertambah sedap apabila soto itu apatah lagi dengan adanya sambal kicap.
Kali ini RASA kongsikan resipi buat bergedel menggunakan 10 biji kentang. Boleh dapat lebih kurang 40 biji bergedel. Berbaloi kan? Puas makan!
BERGEDEL KENTANG BERDAGING
BAHAN-BAHAN
10 biji kentang saiz besar (kupas dan potong setebal 1/2 inci)
20 biji bawang merah (dimayang)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)
3 tangkai daun sup (ambil daunnya sahaja dan hiris nipis)
Garam secukup rasa
500 gram daging (dikisar atau cencang halus)
Minyak masak untuk menggoreng
Telur ayam untuk mencelup adunan
CARA MEMBUAT
1. Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan toskan. Kemudian kentang ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah yang telah dimayang. Masukkan ke dalam bekas berisi kentang.
3. Masukkan lada hitam, daun sup dan garam.
4. Masukkan daging.
5. Gaul adunan ini sehingga sebati.
6. Ambil sejemput adunan. Bentukkan menjadi bulat dan sedikit leper. Ulang sehingga adunan habis.
Beginilah rupanya bergedel yang siap dibentuk. Sedia untuk dicelup telur dan digoreng.
7. Panaskan minyak masak dalam kuali. Dalam bekas lain, pukul telur ayam.
8. Celupkan adunan ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.
Sedapnya bila menikmati semangkuk Mee Suppanas-panas. Bila waktu begini, menu simple sahaja sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Andai ibu-ibu baru pulang dari pejabat, lagilah kalua boleh nak elak masak menu yang susah. Sebab sudah penat seharian.
Menu Mee Sup begini digemari ramai tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Jika tak gemar mee, boleh digantikan dengan bihun, kuetiau, pasta malah kalau nak makan dengan nasi pun boleh.
Andai tak habis dan ada lebihan, boleh simpan dan panaskan kembali untuk sarapan. Jimat masa dan wang kan?
Jom cuba resipi perkongsian saudari Zur Ain Salim. Pasti anda sekeluarga juga sukakan rasanya.
Bagi yang inginkan kelainan, boleh cuba buat pankek ini sebagai juadah minum petang. Siti Hajar Masran melalui facebook berkongsi resipi membuat pankek. Menariknya resipi pankek ini dibuat ala pankek dari restoran makanan segera terkenal. Bolehlah cuba. Mana tahu boleh tambat selera anak-anak.
PANKEK GEBU GEBAS
BAHAN A
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar minyak
Secubit garam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN B
2 biji putih telur ayam
1 sudu besar gula
CARA MEMBUAT
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Campurkan semua BAHAN A kecuali tepung gandum dan serbuk penaik. Whisk.
3. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Campurkan pada bahan yang dipukul tadi dan gaul sebati.
4. Pukul BAHAN B sehingga menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, aduan tak jatuh)
5. Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A sedikit demi sedikit dengan menggunakan teknik kaup balik sehingga sebati.
6. Panaskan non stick pan, sapu sedikit butter.
7. Tuangkan adunan dan terbalikkan bila nampak keperangan.
8. Angkat apabila sudah masak dan hidangkan dengan favourite topping. Misalnya madu, butter, maple syrup atau coklat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!