Karipap telur sangat enak dihidangkan panas-panas. Biasanya letak telur rebus di dalamnya. Boleh cuba cara yang mudah ini menggunakan kulit paratha sebagai kulit karipap dan pecahkan telur di dalamnya. Letakkan daun sup dan cili serta bawang dan kelim macam karipap bentuknya. Rasanya memang rangup.
Karipap Telur
Bahan-bahan:
Paratha (jenama Kawan)
Cili merah
Bawang besar
Telur
Daun sup
Garam secukupnya
Cara membuat:
Ads
1.Letakkan paratha di dalam pinggan berlekuk supaya telur tidak meleleh keluar.
2.Taburkan cili dan bawang besar yang dihiris.
3.Pecahkan sebiji telur, taburkan garam dan daun sup.
Ads
4.Kelim bentuk macam mana pun tak kisah janji lekat.Tekstur paratha lembik,memang cabaran nak kelim.
5.Goreng minyak sederhana panas.Jangan api besar nanti luar hangus dalam mentah lagi.
6.Lepas goreng akan berminyak sangat, jadi masuk dalam air fryer.Nanti minyak turun atau tos dengan tisu.
Sedapnya Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin. Pasti puas hati.
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.
Siapa tak suka makan cheesy wedges, lagi banyak curah soo cheezy lagi sedap weii. Resipi perkongsian dari Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni boleh dicuba, siap dengan resipi sos cheezy wedges.
Sos ni memang sedaplah makan dengan cheezy wedges garing dan lembut di dalam… Selamat menggoreng.
CHEEZY WEDGES MAMA SOFEA
Bahan Bahan Untuk Batter :
Kentang secukupnya
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu makan membukit tepung jagung
1 biji telur
1 sudu makan herba campuran ( optional )
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
2 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Basuh kentang bersih bersih dan kupaskan kulitnya .
2. Kemudian sebiji kentang potong kepada enam bahagian .
ketepikan .
3. Di dalam bekas lain , satukan bahan bahan batter tadi dan aduk rata .
adunan memang cair ya , kalau suka pekat boleh kurangkan kuantiti air .
4. Celupkan kentang tadi ke dalam adunan batter dan goreng sehingga garing .
ulang sehingga habis .
5. Kemudian angkat dan toskan .
6. Sedia dimakan bersama sos cheezy , sos cili dan juga mayonis .
SOS CHEEZY
Bahan Bahan Sos Cheezy :
2 sudu makan mentega
1 1/2 sudu makan tepung gandum
2 cawan susu segar / susu penuh krim
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk cili ( suka pedas letak lebih )
Pewarna kuning telur
garam / serbuk perasa secukupnya
5 keping keju
CARA MEMASAK :
1. Panaskan periuk dan cairkan mentega .
2. Masukkan tepung gandum , kacau sebati .
3. Masukkan pula susu segar.Kacau rata .
4. Kemudian masukkan bahan serbuk , garam / serbuk perasa dan pewarna . kacau sebati .
5. Masukkan pula kepingan keju sekeping demi sekeping sambil dikacau hingga keju mencair .
masak sehingga adunan pekat .
6. Jika adunan terlalu pekat tambahkan sedikit susu .
7. Siap sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara