Roti puri ni sangat sedap sebenarnya di jadikan snek petang ataupun kalau teringin nak makan sesuatu yang tak terlalu berat di cicah dengan sambal pun sedap! Resipi yang dikongsikan di Facebook oleh Aienz’s Ismail ni sangat mudah untuk dicuba. Bahan dari resipi ni boleh hasilkan banyak roti puri, jomlah kita cuba resipi ni.
Sekali sekala, tak salah rasanya kalau tukar selera. Jemu juga kalau asyik makan nasi kan? Jom kita cuba resipi meatball bolognese cheese yang dikongsi oleh Hidayati Hana menerusi grup Rasa Kongsi Resipi. Nampak sedap, lagi-lagi kalau makan panas-panas. Memang terangkat!
RESIPI MEATBALL BOLOGNESE CHEESE
BAHAN-BAHAN:
1 paket meatball/ chickenball (brand marina/ayamas pun sedap)
1 tin sos bolognese prego (brand kimball)
1/2 cwn susu segar
1 biji bwg holland (potong dadu)
I biji capsicum merah/hijau (dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar)
Sedikit garam
Mozarella cheese
CARA PENYEDIAAN MEATBALL & SOS BOLOGNESE:
Gorengkan meatball dengan sedikit minyak/butter
Bila dah masak masukkan bawang dan capsicum
Tutup api ketepikan
Dalam periuk lain, masakkan sos bolognese
Masukkan sos prego, susu, sedikit garam dan lada hitam
Masak hingga mendidih dan pekat
Dah siap tutup api
CARA MASAKAN MEATBALL BOLOGNESE CHEESE:
Masukkan meatball tadi dalam bekas/loyang
Letakkn sos bolognese hingga menutupi meatball
Taburkan cheese mozarella
Bakar dalam suhu 170 selama 10-15 minit
Dah siappp!
Jika anda sedang mencari barangan dapur yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.
Rendang ayam, sememangnya antara menu yang menjadi kegemaran ramai.
Rasanya yang memang sangat sedap, kuahnya wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar serta dikisar halus, menjadikan tekstur rendang lembut.
Resipi yang dikongsikan Azza Ahsani ini, diambil dari youtube dan diolah sedikit mengikut cara yang dimasak ibunya. Jom kita masak!
RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam 2 biji bawang besar (kalau guna bawang kecil, dalam 6-7 biji)* – beli online di sini 2 labu bawang putih* – beli online di sini 7 batang serai* – beli online di sini 2 biji cili besar merah* – beli online di sini 10 biji cili padi* (nak pedas, boleh tambah lagi ikut suka) – beli online di sini 3 inci halia* – beli online di sini 3 inci lengkuas* 3 inci kunyit hidup* Asam keping (saya letak sekeping je) Daun limau purut 3 sudu besar cili kering kisar Santan (saya guna 1 kotak santan + 2 cawan air biasa, kalau nak lebih rasa lemak, boleh guna lebih santan) – beli online di sini Kerisik (kena pandai pilih kerisik yang sedap & wangi, ada sesetengah kerisik, bau hangus & tengik) Bahan perasa (garam, gula, ajinomoto) (kisar semua bahan bertanda *)
NOTA: Sebelum kisar semua bahan, hiris serai, halia, lengkuas dan kunyit. Potong kecil cili dan bawang. Cara ini memudahkan kerja mengisar dan mengelakkan pengisar cepat rosak.
CARA MEMASAK:
1. Saya goreng separuh masak dulu ayam sebab tak nak ambil masa lama bila proses masak nanti.
2. Tapi ada juga yang suka masuk ayam mentah terus dalam kuah rendang sebab rasa rendang tu meresap dalam daging ayam buat rasa rendang lagi sedap. Ikut selera masing-masing. 3. Santan yang dah dicampurkan dengan air.
4. Mula-mula, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
5. Bila dah pecah minyak, masukkan cili kering yang dah dikisar. Masak lagi hingga bahan kering sedikit. 6. Kacau-kacau. Masukkan daun limau purut dan asam keping. Ada sesetengah orang suka masukkan sekali daun kunyit tapi saya tak letak sebab orang dalam rumah tak suka ada daun-daun ni.
9. Kemudian masukkan kerisik. 10. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
11. Kacau-kacau hingga rendang kita masak dan nampak kering sedikit. 12. Rendang ini boleh dimakan dengan nasi impit, ketupat dan sebagainya, mengikut cita rasa masing-masing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!