Hanya Jarak Yang Memisah, Kerinduan Terubat Dengan Masak Resipi Mak.

Share

Esok seluruh umat Islam di seluruh dunia akan mula menjalani ibadah puasa. Biasanya pada saat-saat begini, ramai yang mengadakan kenduri kecil-kecilan atau majlis Mantai bagi meraikan kedatangan Ramadan. Meriahnya seakan raya dengan hidangan seperti lemang, ketupat dan rendang.

Saat ini jugalah sang anak yang jauh di rantauan akan mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman untuk ‘menyambut puasa’ bersama ibu bapa tercinta. Memang meriah dan menyeronokkan. Terukir senyuman manis di bibir emak dan ayah yang tua, melihat anak dan cucu di depan mata.

Bau wangi masakan di dapur, aktiviti bertukar juadah bersama jiran-jiran menjadikan saat ini sangat menghiburkan.

Namun apakan daya, tahun ini suasananya agak berbeza dan tentunya tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Penularan wabak Covid-19, memberi impak yang sangat mendalam. Siapa sangka, hanya dalam beberapa waktu sahaja, masyarakat terpaksa menjalani kehidupan yang luar dari kebiasaan.

“Luangkan masa bersama anak-anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlulah kemana-mana. Just stay at home” – TSMY

Rasa sayu dan sedih bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan perhubungan fizikal. Namun kita juga harus selalu bersyukur kerana adanya kemudahan teknologi seperti telefon pintar dan internet untuk terus berhubung.

Manfaatkan kemudahan yang ada. Jika sebelum ini kita sibuk dengan urusan kerja dan tiada masa untuk memasak, gunakan waktu PKP ni untuk buat ‘’video call’ dengan ibu di kampung. Belajar terus secara ‘online’ ni lagi mudah dan pasti jadi berbanding ikut resipi bertulis.

Ramai juga yang sedih kerana puasa tahun ini tiada bazar Ramadan. Terasa kurang meriah kan? Namun jangan risau kerana RASA awal-awal lagi telah sediakan pelbagai resipi menarik istimewa buat anda.

30 Hari 30 Resipi Sahur, 30 Hari 30 Resipi Bazar

, 30 Hari 30 Resipi Berbuka & 30 Hari 30 Resipi Bubur & Kuih Muih adalah antara pengisian dan himpunan resipi yang akan memudahkan anda memasak sajian buat keluarga setiap hari di bulan Ramadan ini. Pilih sahaja sajian mana yang berkenan di hati. Pastinya mudah dan sedap untuk dinikmati.

Masa masak tu, bolehlah buat panggilan video dengan mak, adik beradik dan sahabat handai. Kadang-kadang, kita tak sangka boleh masak sajian yang hebat. Tapi sebenarnya boleh je. Inilah masa nak tunjuk bakat!

InsyaAllah Ramadan kali ini boleh dirasai ‘kemanisannya’ jika kita sentiasa bersyukur. Walau insan tercinta jauh dimata, tapi sekurangnya kita masih boleh berhubung. Diharap dengan pengorbanan ini boleh memutuskan rantaian Covid-19 dan supaya kita semua boleh bersama kembali dengan keluarga dan menyambut Syawal dengan gembira seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

JOM CUBA!

Published by
Nur