Tidak perlu bahan yang rumit untuk dapatkan hidangan yang penuh dengan rasa. Cili kering yang digoreng mengeluarkan bau yang harum dan ayam diperap dengan dengan bahan-bahan yang mudah melazatkan lagi hidangan ini.
AYAM ‘KUNG PAO’ KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz hidangan:
5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 400gm ayam dibuang tulang dan di potong menjadi kiub bersaiz 2cm
- 10 biji cili kering, dipotong sepanjang 3cm
- 3 sudu besar minyak masak
- 2cm halia dihiris halus
- 3 labu bawang putih, dilenyek
- 100gm kacang panggang
- 2 tangkai daun bawang, dipotong sepanjang 4cm
- 1 biji bawang besar bersaiz sederhana dipotong bulat
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar garam
- 1/2 sudu besar lada putih
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar tepung jagung
CARA MEMASAK:
- Gaulkan cebisan ayam dengan perapan sehingga rata dan biarkan selama 10 minit
- Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana dan tumis cili kering selama 2 minit kemudian ketepikan.
- Tumis bawang putih bersama halia dalam lebihan minyak sehingga keemasan.
- Masukkan perapan ayam tadi. Gaulkan ayam dan masukkan bawang besar dan tumiskan selama 2 minit.
- Tumis menggunakan api yang kuat selama 8-10 minit. Tambahkan kacang panggang, cili kering dan daun bawang. Tumiskan selama 1 minit. Hidangkan dengan nasi panas.