
Resipi Daging Hitam kali ini cukup istimewa. Mengikut perkongsian dari Rose Misymuchy, resipi ini diberikan oleh ibu mertuanya yang biasa dimasak bila tiba hari raya. Kalau dah sedap tak payah tunggu raya, sekarang pun boleh masak. Sesuai jer dimakan bila-bila masa, cuma banyak sikit rencahnya bergantung pada jumlah daging yang hendak dimasak. Bolehlah cuba sediakan untuk keluarga. Pasti puas hati.
RESIPI DAGING MASAK HITAM IBU MERTUA
BAHAN-BAHAN:
- Daging (lagi sedap kalau daging batang pinang) – anggaran 1 kg
- Jintan kasar (*)
- Jintan halus (*) – jumlah kurang sedikit dari jintan kasar
- 5-6 kuntum bunga lawang (*)
- 1 keping kulit kayu manis (*)
- 9 biji buah pelaga (*)
- Cili kering (*) – jumlah ikut kepedasan yang diingini
- Kicap lemak manis secukupnya – ikut jumlah daging
- Kicap pekat – jika ada
- Gula secukup rasa
- 2-3 tangkai daun kari

BAHAN TUMIS:
- 2-3 biji bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- 2 inci halia

CARA MEMASAK:
1. Sangai bahan bertanda (*) sampai bau harum. Kemudian sangai dengan cili kering sedikit, ikut kepedasan masing-masing.

2. Kisar kering hingga halus bahan-bahan yang disangai tu dan gaul dengan daging yang dah dibasuh. Kemudian perap dalam setengah jam.

3. Hiris nipis semua bahan tumis (bawang merah, bawang putih dan halia).
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris. Bila dah garing, masukkan daging yang diperap tadi.
5. Sambil kacau, masukkan kicap kipas udang dan gula dengan secukup rasa. Nak pekat, tambah sikit kicap pekat. Kemudian masak dalam preasure cooker lagi cepat empuk.
6. Masak daging sampai kering dan bersalut rempah. Masukkan daun kari. Siap. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Nota: Daging boleh juga digantikan dengan ayam yang telah digoreng sekejap. Tabur daun kari.
Kredit resipi & foto: Rose Misymuchy
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nekbat Ori Pantai Timur, Abam Kongsi Cara Membuatnya.

Bila sebut Nekbat ni meleleh air liur dibuatnya. Nekbat ni cukup popular di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.
Menurut Khairul Hasrol yang membahasakan dirinya Abam,katanya,” Bahan-bahannya ringkas tetapi memerlukan skil untuk membuatnya. Ringkasnya nekbat adalah bahulu tanpa gula yang disira dengan air gula dan disimpan dalam peti sejuk. Sejuk aje bila lalu ditekak.”
Jom kita ikut resipi yang dikongsikan Abam dalam laman FBnya.
NEKBAT

.
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk nekbat :
- 5 biji telur (gred A)
- 150gm tepung beras – beli online DI SINI
- Pewarna kuning secukupnya – beli online DI SINI
- Sedikit esen vanilla (optional) – beli online DI SINI
CARA MEMASAKNYA :
1. Sangai tepung beras di atas api sederhana kemudian sejukkan. Tujuannya adalah supaya tepung menjadi ringan

.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur sehingga betul-betul kembang (warna putih)

.
3. Gunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau secara kaup balik shj

.
4. Masukkan esen vanilla & pewarna kuning

.
5. Panaskan acuan bahulu, sapukan minyak pada acuan

6. Tuang adunan tepung tadi dalam acuan

7. Bakar dengan oven pd suhu 180 darjah celcius menggunakan api atas bawah selama 10-15 minit/sehingga nekbat masak
8. Siap!
Bahan untuk air gula :
- Gula pasir secukupnya (ikut citarasa) – eloknya dibuat manis sedikit kerana nekbat rasanya tawar – beli online DI SINI
- 3 helai daun pandan (disiat-siat & disimpulkan)
- 5 biji bunga cengkih – beli online DI SINI
- Air secukupnya (mengikut kuantiti yg diperlukan)
CARA MEMASAKNYA :
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

2. Masukkan nekbat. Tunggu sehingga nekbat menyerap air gula

3. Angkat dan sejukkan
4. Siap!
TIP BUAT NEKBAT DARI ABAM:
1. Uji adunan nekbat terlebih dahulu dengan membakar sedikit adunan tersebut. Sekiranya terlalu rapuh, boleh tambah sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana nekbat akan mengeras/bantat.
2. Konsistensi tepung adunan lebih kurang sama macam bancuhan membuat bahulu
2. Di Terengganu, tepung gandum digunakan bagi menggantikan tepung beras
3. Nekbat yang dibuat menggunakan tepung beras, teksturnya lebih kesat/kasar
4. Sira nekbat ketika hendak makan. Sekiranya terlalu awal, nekbat akan menjadi terlalu lembik nanti
Kredit foto dan resipi : FB Khairul Hasrol
INGIN MEMBELI OVEN TERBARU DAN TERBAIK, BOLEH BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI:
Cara Masak Kuih Tradisional Melayu Paling Sedap & Mudah Untuk Minum Petang.
https://www.rasa.my/resipi-femes-kelantan-tak-sah-kalau-tak-makan-sedak-boh/
6 Cara Masak Kek Dari Krim Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

Kek kalau bahannya dari krim keju, memang sedap tak terkata. Penggemar keju lagi lah pula. Biasanya kek keju asli yang menggunakan bahan asas krim keju dimasak menggunakan teknik ‘water bath’, iaitu tin pembakar kek dialas dengan bekas berisi air semasa membakarnya.
Tetapi jika digunakan sebagai sapuan atau krim lapisan kek seperti Kek Red Velvet dan Kek Lobak Merah, boleh dibakar seperti kek biasa aje.
Hujung minggu ni ceriakan mood anak-anak dengan kek keju yang cair di mulut ini…yummy.
1.RED VELVET CAKE

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span:
- 200 gm mentega
- 660 gm gula halus
- 7 biji telur
- 30 gm esen vanila
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 100 gm tepung jagung
- 20 gm serbuk koko
- 400 ml minyak masak
- 350 ml susu + air lemon 50 ml
- Beberapa titik pewarna merah
Bahan krim :
- 500 gm krim keju
- 200 gm gula halus
- 2 sudu makan air lemon
- 200 gm krim manis (pukul hingga kembang)
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit, dikaup balikkan.
3. Setelah sebati masukkan tepung, soda bikarbonat, tepung jagung dan tepung koko sehingga sebati.
4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan campurkan campuran susu dan lemon dan kacau hingga sebati.
5. Titikkan pewarna merah. Dan asingkan adunan kepada bekas loyang pembakar, berasingan, ikut berapa lapisan kek yang ingin dibuat.
6. Akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak.
Cara memasak bahan krim :
1. Campurkan semua bahan krim dan kacau sehingga tidak berketul.
2. Kemudian masukkan krim manis dan kacau hingga sebati.
Cara membuat lapisan kek:
1. Buang kulit lapisan atas kek dan bersihkan permukaannya.
2. Sapu rata-rata air suam atas kek tadir.
3. Sapu adunan krim keju di atas kek
4. Ulangi langkah tadi sehingga lapisan teratas.
5. Setelah selesai, hiaskan kek ikut citarasa anda.
INFO CHEF :Bagi mendapatkan kek yang gebu gunakan susu segar penuh krim (full cream). Jangan gunakan susu rendah lemak jika mahukan kek yang berlemak, gebu dan lembut
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa kek gebu dan lembut dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa krim.
2. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
- 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
- 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
- 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
- 240 gm gula halus
- 180 gm minyak jagung
- 2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising
- 10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
3. KEK KEJU OREO

Bahan-bahan:
Bahan dasar kerak :
- 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
- 50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
- 250 gm krim keju @ cream cheese
- 200 gm non dairy whipping cream
- 150 gm yogurt biasa
- 50gm gula kastor
- 15 gm gelatin
- 60 ml air panas
- 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
4. KEK VANILA KEJU LELEH

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
- 150gm tepung superfine
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping keju leleh :
- 250 gm keju krim
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan non dairy whipping cream
- Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
5. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
7. Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju :
1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
3. Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikkan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
5. KEK KEJU BLUEBERI

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream.
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu makan pai blueberi filling | boleh didapati dari kedai kek/bakeri
Bahan dasar kerak :
- 250 gm biskut marie
- 125 gm mentega | dicairkan
CARA MEMASAK:
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan.
3. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm .
4. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yang padat
Krim keju :
1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan.
2. Putar krim keju, susu dan krim putar hingga sebati.
3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan.
4. Tuangkan adunan dalam tin pembakar yang berisi biskut tadi.
5. Panaskan oven dan bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin pembakar.
7. Hias kek dengan inti/filling blueberi di atasnya jika suka.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm
Waktu memasak: 3-4 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air)
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk dari peti ais.
6. KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
- 250gm biskut marie | dihancurkan
- 125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
- 1 sudu teh serbuk gelatin
- 30 ml air
- 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10.Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
Buat Sendiri Telur Itik Masin Dalam Balang. Senang, Jimat & Puas Hati!

Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT TELUR ITIK MASIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur itik
- 1 cawan garam
- 4-5 cawan air
CARA MEMBUAT TELUR ITIK MASIN:
1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.

2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk).
4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).

NOTA:
- Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
- Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Kredit resipi & foto: Nor Azimah Udin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

