Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging, sambal ikan atau telur . Jadi korang hanya perlu kreatif sedikit cipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini boleh dimanfaatkan. Secara tidak langsung, ia menggelakkan pembaziran dan menjimatkan masa memasak di dapur. Berikut cadangannya:-
Kuah Rendang
Lebihan kuah rendang ayam atau daging, anda boleh jadikan pes untuk nasi goreng. Anda hanya perlu tumiskan semula kuah ini dan masukkan nasi di dalamnya, gaul rata dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Boleh juga tambah sedikit sayur dan hirisan cili jika suka. Atau kuah rendang juga sedap dimasukkan dalam telur goreng hancur, ia menjadikan telur yang digoreng lebih sedap.
Ads
Sambal Merah
Kalau masak sambal ikan, tapi ikannya sudah habis tapi sambal masih ada, jangan buang ye.Anda boleh olah sedikit untuk buat telur goreng atau rebus dengan citarasa tiga rasa. Apa perlu anda lakukan, panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar dengan serai titik, tomato yang dipotong dadu dan hirisan daun limau purut. Kemudian tambahkan dengan lebihan kuah sambal tadi serta sedikit sos cili dan plum, gaul rata dan masukkan telur yang siap di goreng atau rebus. Jika kurang masin boleh tambah secubit garam. Maka jadilah menu baru Telur Berlada Tiga Rasa.
Kuah Kari Daging /Ayam
Sayang kalau anda buang lebihan kuah kari daging atau ayam. Sebenarnya anda boleh gunakan kuah ini untuk campuran dalam penyediaan inti kentang karipap. Caranya mudah saja, anda hanya perlu sediakan kentang yang dipotong dadu kecil, sedikit bawang besar cincang, bawang putih cincang halus dan daun kari. Kemudian tumis, bawang besar dan putih serta daun kari hingga wangi. Masukkan kentang dan kacau rata, diikuti dengan kuah kari tadi. Kacau rata hingga kentang empuk dan kuah kering. Tambahkan perasa seperti garam dan gula jika perlu. Tak perlu tambah ayam atau daging lagi, sebab kuah tadi sudah ada rasa ayam atau daging.
Sambal Hijau
Ikan Sambal Hijau, ikan sudah habis, tapi lebihan sambalnya masih ada. Jangan buang, jadikan ia Tukar je dengan udang. . Anda hanya perlu goreng udang, kemudian tumiskan hirisan bawang besar dan sedikit kacang pis. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang tadi hingga wangi kemudian masukkan udang goreng dan kacang pis dan lebihan sambal hijau tadi, kacau rata supaya sebati, jika kurang rasa tambahkan perasa dengan sedikit garam dan gula. Akhir sekali tutup dan hidangkan.
Ads
Kuah Pecal
Jika sayur-sayuran untuk pecal sudah habis tapi kuahnya masih berbaki, jangan buang. Anda boleh gunakan untuk jadikan sambal pencicah cucur udang dan cucur sayur. Caranya Anda hanya perlukan sedikit bawang merah dan putih yang di kisar, kemudian tumis hingga wangi. Kemudian masukkan kuah kacang tadi dan tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ads
Kuah Spageti Balognes
Percaya atau tidak lebihan kuah balognes boleh digunakan sebagai perencah untuk Nasi Tomato. Anda yang perlu tambah satu atau dua biji tomato cincang, sedikit bawang Holland, halia dan mentega. Caranya mudah sahaja, panaskan mentega dan tumis bawang Holland dan halia. Kemudian masukkan lebihan kuah balognes, kacau rata dan masukkan beras yang telah direndam, seterusnya tambahkan air, tomato cincang serta garam secukupnya. Biarkana nasi masak seperti biasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minyak masak terpakai bekas gorengan ikan, ayam dan sebagainya ada yang akan menyimpannya dalam botol dan menjualnya kembali. Tapi ada juga yang tak berapa rajin, terus bungkus dan buang dalam tong sampah.
Selain buat perkara di atas, sebenarnya minyak masak terpakai ini masih berguna. Terutama jika ada menanam pokok buah-buahan di sekitar rumah.
Mungkin ramai tak tahu minyak masak terpakai ini adalah baja terbaik untuk menggalakkan pokok berbuah lebat.
Dipraktikkan oleh Kak Chah kata wanita ini, ia memang menjadi. Pokok mangga yang diletakkan minyak masak terpakai ini cukup lebat berbuah hingga patah dahan.
Ujar beliau, kaedah ini diperoleh hasil bacaan satu artikel dari luar negara dan dipraktikkan. Beliau turut berkongsi caranya.
Tuang minyak masak terpakai petua supaya pokok berbuah lebat
– Sediakan minyak terpakai bekas gorengan ikan, ikan bilis, ayam dan sebagainya.
– Tuang pada sekitar 2 atau 3 kaki dari batang pokok itu. Penggunaan minyak masak terpakai hanya sedikit, satu senduk masak saja.
– Buat sebulan 3 atau 4 kali, bukan tiap tiap hari. Tuang minyak jauh dari batang bukan curah pada pangkal pokok.
– Petua ini hanya dipraktikkan untuk pokok yang ditanam atas tanah bukan dalam pasu.
– Boleh juga lakukan pada pokok buah-buahan selain mangga.
Bubur pulut hitam yang anda masak tidak sempurna seperti diharapkan walaupun sudah menggunakan beras pulut yang baik dan santan yang segar. Jangan risau ini ada tip mudah yang boleh membantu menyelesaikan masalah Bubur Pulut Hitam yang masih berjelatah (keras) dan cair.
Diharapkan dengan tip mudah Bubur Pulut Hitam anda menjadi lebih lembut, pekat dan lemak manis seperti yang diharapkan:-
1.Pilih Beras Pulut Hitam Kualiti.
Beras pulut hitam yang keras, halus dan bewarna hitam pekat adalah yang terbaik. Semakin keras dan hitam pulut, semakin tinggi kandungan kanjinya. Sebaiknya, cuci bersih beras pulut hitam sebelum direbus.
2 Rendam Pulut Semalaman
Agar pulut hitam masak sempurna dan tidak tidak berjelatah semasa di rebus, anda perlu rendam dahulu pulut hitam sekurang-kurangnya enam jam atau semalaman sebaik-baiknya. Dengan cara ini tekstur pulut lebih mudah lembut dan proses memasak menjadi cepat dari biasa..
3. Sentiasa Kacau Bubur Semasa Di Masak
Setelah pulut yang anda rebus kembang sekata, masukkan bahan campuran seperti santan, gula, daun pandan dan sedikit garam. Anda perlu sentiasa kacau bubur untuk mengelakkan ia berkerak atau melekat pada periuk. Jika terlalu pekat tambah santan jika terlalu pekat
4. Tambahkan Tepung Jagung Jika Terlalu Cair
Selepas santan dimasukkan dalam bubur masih cair, anda boleh tambahkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kecilkan api dan masukkan dalam bubur dan terus kacau rata hingga kuah menjadi pekat seperti diinginkan.
Bila nak dekat puasa ni, ramai yang suka buat makanan yang menaikkan selera masa berbuka. Salah satunya ialah telur masin. Kalau nak tahu, untuk memastikan telur masin ni tahan lama, tidak mudah busuk dan rosak, ada petua yang boleh dicuba tau.
CARA BUAT TELUR ITIK MASIN YANG TAHAN LAMA & TIDAK MUDAH ROSAK
1. Masak sebungkus garam kasar sehingga larut dan air mendidih. Bila agak air dah cukup masak, matikan api dan sejukkan air garam. ( Air biar masin sikit kerana jika kurang garam, telur lambat nak masin)
2. Basuh telur itik bersih-bersih supaya segala kotoran yang melekat hilang.
3. Kemudian jemur telur di tengah panas selama 2-3 jam. Ia bertujuan supaya telur masin menjadi gebu. Barulah ia susah nak busuk dan tahan berbulan-bulan.
4. Susun telur di dalam balang, tuang air garam dan tutup rapat. Tulis tarikh di balang supaya senang nak tahu jangka masa telur diasinkan.
5. Telur akan diasin sempurna dalam tempoh 14 hari. Jadi bolehlah direbus dan dinikmati.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira