Kalau sebelum ini kita biasa makan ikan bakar yang disalut garam dan kunyit sahaja, kali ini kita buat ikan bakar yang diperap sambal pula. Kemudian, dibalut dengan daun kunyit ataupun daun pisang lalu dibakar. Memang enak betul rasanya.
Dapat pula ikan bakar sambal perap ini dicicah dengan air asam. Memang makan dah tak pandang kiri dan kanan. Makin menambah nasinya. Seronok juga kalau dapat buat semasa perjumpaan keluarga. Buat ramai-ramai, bakar ramai-ramai, dan makan pun ramai-ramai.
Jom cuba buat Ikan Bakar Sambal Perap yang enak ini hasil perkongsian resipi daripada Nasriah Ramli. Memang terangkat habis!
Sedapnya resipi Ikan Talang Masin Masak Asam. Musim panas begini kadang-kadang selera makan kita berkurang. Terasa pula hendak makan yang rasa masam-masam. Menu yang ringkas tapi mampu membuka selera. Jom kita cuba resepi Ikan Masin Masak Asam yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat. – tomato dipotong enam. – air perahan asam jawa. – ikan talang dibersihkan dan dipotong. – cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus, senang dan sedap. Tak payah dan kupas kulit, nak celur dan silap-silap masam rasanya. Jagi guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentik kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.
Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya:-
AYAM NANAS MERAH MADU
BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam | hiris nipis
1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
3 sudu makana madu
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.
DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
5cm halia muda | hiris halus memanjang
1/2 bawnag Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan daun bawang
3-4 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!