Ikan masin boleh dipelbagaikan gaya masakan bagi menjadikan rasanya lebih enak.Kepada yang kurang berselera makan tu, kalau terbau masakan ikan masin, pasti dapat membuka selera. Ni satu lagi sambal ikan masin yang boleh dibuat. Jangan terkejut habis nasi seperiuk dengan satu lauk ni je.

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
  • 100gm isi petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

Ads

1.    Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.

2.    Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.

3.    Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.

4.    Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.

5.    Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.

Ads

6.    Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.

7.    Tutup api dan hidangkan.

Ads

 

INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI