Kalau selalu makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Rupanya ikan masak tiga rasa kalau di kedai Siam, dipanggil Pla Rad Prik.
Menurut lelaki yang berkongsi resipi istimewa ini, Kamarul Ariffin Nor Sadan, bahan-bahan yang digunakan pun mudah dan rasanya memang seperti yang dihidangkan di kedai siam.
1. Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak. 2. Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
3. Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan. 4. Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
5. Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan? 6. Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel. 7. Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam. 8. Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa.
Ads
9. Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu! 10. Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi! 11. Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Selain buat gulai, rendang, lauk daging juga sedap kalau dibuat goreng kunyit. Lebih mudah olahannya dan sedap, makan dengan nasi panas dan sambal pun dah cukup.
Cuma bila nak buat daging goreng kunyit ini ramai yang merungut kerana bila dah digoreng dagingnya jadi liat. Memang terbantut selera kalau makan daging begini.
Sebenarnya kalau betul cara masak, daging goreng kunyit tak akan jadi liat, tetap lembut walaupun bukan daging batang pinang. Nak tahu caranya, boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Ummi Syuhada.
Tip daging goreng kunyit lembut walaupun bukan daging batang pinang
Paling penting ikut tip ini :-
1. Jangan masak daging waktu masih beku & sejuk
2. Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi
3. Kalau nak buat goreng-goreng / masak kicap. Kena perap dulu dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama rempah sup, rempah kurma serta serbuk kunyit.
4. Selepas diperap, goreng daging perap sekejap dalam 5 minit supaya keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.
5. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup api dan tutup kuali. Biarkan beberapa jam. Jika nak buat makan tengah hari, lakukan proses ini pagi.
Info: Selama terperap dalam kuali dagung melalui proses melembutkan urat-uratnya. Selain lembut, isi daging lebih ‘juicy’ & manis.
6. Selepas beberapa jam boleh sambung masak. Tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur (sebaiknya sayur seperti kentang dan lobak digoreng dulu supaya masak. Goreng kentang dengan lobak dulu baru masukkan bawang besar).
Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok. Ni dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh sedap. Lembut dan mengenyangkan.
Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya. Wah boleh guna takoyaki pan ya, cantik aje hasilnya kan.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti daging :
100gm daging cincang
1/2 biji bawang Holland | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dipotong dadu
1 sudu makan rempah kari daging | dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
Daun sup secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan kuih cara :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air
1 sudu makan kunyit atau sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti daging :
Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak Bila dah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam.
Masak sehingga daging kering airnya
Cara masak kuih :
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul
2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil
3. Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara 4, Kemudian letak daging , daun sup , daun bawang dan cili
5. Masak atas api kecil. Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak
Hidangan stew memang sangat sedap dan mudah nak dimasak. Lauk ini boleh dikatakan lengkap dengan daging dan sayur kerana kita boleh letak banyak sayur dalam masakannya. Antaranya boleh masukkan kentang, saleri dan juga lobak merah. Jadi, andai kata anda tak sempat nak masak banyak lauk, boleh cuba stew daging ini.
STEW DAGING DAN SAYUR CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
300 gram daging batang pinang | hiris nipis
2 cm halia
2 ulas bawang putih | diketuk
1 biji ubi kentang | potong dadu
Lobak merah | potong dadu
Saleri | potong kecil
3 cawan air
Sedikit kiub pati daging
5 biji lada putih | tumbuk
Secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan daging dan masak sekejap. Kacau selalu.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah dan saleri.
3. Masukkan air, kiub pati daging, lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
5. Masukkan garam jika suka. Biarkan seketika dan matikan api.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!