Ikan tongkol masak goreng kicap pedas ini sesuai sama ada untuk berbuka atau sahur. Selalunya ikan tongkol atau ikan aya ni dimasak kari kan? Boleh cuba masakan ini juga.
Panaskan minyak, goreng ikan tongkol. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan pula air asam Jawa, biarkan sekejap. Kemudian masukkan bawang yang dipotong bulat-bulat tadi, kicap, garam sedikit, ajinamoto dan gula.
Biarkan ia pekat dan bolehlah masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Semak rasa apakah sudah cukup masam, masin dan manis secukup rasa. Biarkan agak kering sikit.
Ads
Tutup api dan angkat. Tambah lada potong. Siap. Mudah je kan?
Jemu menghadap rendang dan lemang? Sudah pasti aneka lauk pauk mudah menjadi pilihan. Salah satu yang paling mudah nak masak ialah menu menggunakan ikan bilis. Macam-macam menu boleh dihasilkan. Nikmati dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan. 3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar. 4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak. 5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata. 6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing. 8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan. 2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan. 3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit. 5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi. 6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. 8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | hiris melintang
200gm ikan bilis | kopek
1 biji bawang besar | hiris
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
3-4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan. 2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan. 3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. 4.Kacau hingga pecah minyak. 5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi. 6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit. 7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api. 9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. 2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya. 5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat. 6.Masukkan pula hirisan bawang besar. 7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api. 8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus. 4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi. 5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. 6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Cuci ikan bilis dan toskan. 2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar. 3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk. 4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu. 5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan. 6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar . 2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering. 3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing. 4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula. 5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis. 6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
Perkongsian resipi gulai dari Makcik Ratu iaitu gulai ikan tenggiri pedas resipi bondanya wajib hidangkan dengan air asam dan kangkung rebus.
GULAI IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
6 keping ikan tenggiri
2 sudu besar cili kering
6 sudu besar serbuk kari
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
BAHAN TUMIS;
Daun kari
1 sudu besar halba campur
BAHAN KISAR (DENGAN 1 CAWAN AIR):
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.
CARA MEMASAK:
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit.
Selapas itu masukkan halba campur, perlahankan api supaya halba tak meletup-letup.
Kemudian baru masukkan bahan-bahan kisar. Masak smpi wangi n air sedikit menyusut.
Masukkan pula 2 sudu besar cili kering kisar, masak lagi 15 minit, tambah sedikit air jika kering.
Boleh masukkan 6 sudu besar serbuk kari pedas yang dicampur dengan sedikit air dulu untuk jadikan pes.
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok, lagi lama lagi elok karinya. Masak kari agak lama dengan menggunakan api perlahan. Masak biar sampai pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tidak hangit.
Masukkan air asam jawa sebanyak segenggam asam.
Tambah air untuk lebih berkuah, masak lagi sehingga mendidih.
Tambah 1/2 -1 kotak kecil santan kotak.
Perasakam garam/serbuk secukup rasa.
Masuk bendi dan ikan. Biar ikan masak.
Akhir sekali tambah tomato dan cili hijau masak supaya tomato tak lembik. Terung bulat ditambah jika suka.
Macam-macam cara orang masak pindang atau dikenali juga di sesetengah tempat sebagai asam rebus. Namun apapun nama rasanya lebih kurang. Ia mesti ada rasa masam dan pedas. Sebahagiannya di tambah dengan aroma serai atau daun kunyit. Kali ini RASA ingin kongsikan salah satu cara masak pindang iaitu Pindang Ikan Kerisi dengan Kacang Bendi. Teringin boleh cubalah ye.
PINDANG IKAN KERISI BERSAMA BENDI BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR :
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
2. Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
3. Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.