Ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mantah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata salah satu dari empat sambal bilis ni…
SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
Ads
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Tutup api angkat dan hidangkan.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menu pasar malam untuk hidangan di bulan Ramadan sememangnya menjadi fenomena. Semua akan berpusu-pusu ke bazar untuk membeli makanan. Apa kata kali ini kita buat sendiri terutama untuk berbuka di hujung minggu bersama keluarga. Makan ramai-ramai mesti lebih meriah, sedap dan dapat berjimat. Cubalah 8 resipi menu pasar malam ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.
1. NASI KERABU
NASI BIRU
BAHAN-BAHAN:
1 gengam bunga telang
2 1/2 cawan beras
3 cawan air rendaman bunga telang
5 helai daun limau purut ~ di koyak-koyak
1 batang serai ~ di titik
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bunga telang, cuci bersih. Masukkan dalam bekas berisi air dan ramas-ramas. Biar seketika.
Kemudian tapis, beras di cuci bersih. Toskan. Tuangkan air rendaman bunga telang
Biar sebentar hingga warna serap pada beras.
Masukkan serai, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa.
DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging batang pinang | cuci bersih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
Bahan kisar
3 tangkai cili kering | potong, rendam lembut dan cuci bersih
5 ulas bawang merah
3 cm halia
1 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 batang serai
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Daging dicuci bersih dan toskan
Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat lumurkan pada daging
Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman. Esoknya, bolehlah bakar.
Anda boleh bakar dengan ketuhar atau menggunakan dapur arang. Kalau nak bakar dalam magik pan pun boleh.
GULAI TUMIS ATAU KUAH TUMIS BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
1 cm halia
1 batang serai | dititik
1 keping asam keping
3 sudu makan budu
sedikit gula Melaka
gula secukup rasa
garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili kering, potong kecil dan rendam hingga lembut.
Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian kisar dengan sedikit air
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar dan serai yang di titik hingga garing
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Kemudian masukkan santan. Biarkan ia merenih sebentar sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak
Kemudian masukkan asam keping, budu dan gula melaka
Akhir sekali perasakan gula dan garamnya secukup rasa. Biarkan kuah pekat.
SAMBAL KELAPA ATAU SERUNDING KELAPA IKAN BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kembung
1/2 biji kelapa parut ambil putih sahaja
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ikan kembung, disiang, cuci bersih dan rebus. Letak asam keping dan garam sedikit ketika merebus ikan.
Bila ikan dah empuk, angkat dan asingkan isinya.
Kelapa parut pula disangai dalam kuali tanpa minyak. Sentiasa kacau supaya kelapa tidak hangus. Bila sudah masak, angkat.
Bawang merah dan serai ditumbuk lumat
Isi ikan kembung juga ditumbuk lumat
Masukkan kelapa sangai dalam lesung dan tumbuk lumat juga
Gaulkan semua bahan yang ditumbuk. Perasakan dengan garam dan gula.
AIR LADA BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili padi
2 biji limau kasturi
Sedikit gula Melaka
Sedikit garam
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan kisar
Atau jika suka kasar boleh tumbuk lumat
Perahkan asam limau
SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau
CARA MEMASAK:
Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya.
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut disangai.
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi. Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam.
Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya. Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk, tuangkan santan, rebus hingga masak.
Boleh juga di kukus
ULAM ULAMAN BAHAN-BAHAN:
1 biji timun | potong bulat kemudian hiris halus
1 kuntum bunga kamtan | belah 4 dan hiris halus
5 batang kacang panjang | hiris halus
2 kelopak kubis | buang batang tengah dan hiris halus
Daun kesum | hiris rampai
3 biji kacang botol | potong 2 hiris halus
1 mangkuk taugeh
CARA MEMASAK:
Semua sayur-sayur di cuci besih dahulu, kemudian keringkan.
2. Potong atau hiris halus sayur-sayuran dan ulam-ulaman kecuali taugeh
3. Satukan dan gaul rata.
INFO CHEF: Jika nak enak lagi boleh lah tambahkan budu. Mudah aje buatnya, tuang budu dalam mangkuk, hiris bawang merah dan cili padi, perahkan asam limau dan boleh di nikmati.
Tambahan lauk goreng keropok ikan dan telur masin. Bahan ini kita sediakan 1 hari awal supaya persedian kita untuk memasak esok hari lebih mudah dan ringkas.
….…………………………
2. CENCARU SAMBAL KELAPA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru
100gm kelapa parut
5 biji cili padi | ditumbuk lumat
1 biji cili merah | ditumbuk lumat
2 ulas bawang merah | ditumbuk lumat
2 batang serai | ditumbuk lumat
2cm kunyit | ditumbuk lumat
Sedikit belacan bakar | ditumbuk lumat
BAHAN AIR ASAM:
1 sudu teh asam jawa
1 biji limau nipis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan belah belakangnya. Ketepikan.
Gaul bahan tumbuk bersama kelapa parut. Sumbat ke dalam perut ikan.
Bakar ikan lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
Bagi menyediakan air asam, satukan kesemua bahan dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam serta gula.
Sedia untuk dihidangkan bersama cencaru bakar tadi.
Info chef: Selain dibakar, ia juga boleh digoreng.
….…………………………
3. KUETIAU GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN:
500gm kuetiau
3 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang putih | diketuk
2 sudu makan cili kisar
4 sudu makan kicap manis
2 tauhu goreng | dipotong kecil
300gm udang
1 mangkuk daun kucai | dipotong 1 inci
1 mangkuk taugeh
1 biji tomato | dipotong kecil
Garam secukup rasa | jika perlu
CARA MEMASAK:
Panas minyak masak dan tumis bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan udangdan kuetiau. Kacau rata.
4. Masukkan tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan cili jeruk
INFO CHEF:Untuk lebih pedas nikmati bersama cili api jeruk.
Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Ayam lebih sedap dibakar menggunakan dapur arang atau dapur kayu.
….…………………………………
5. LAKSAM KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
6 sudu makan tepung jagung
1500ml air
½ sudu teh garam
BAHAN LAIN:
3 biji telur rebus | dihiris
Daun salad secukupnya | dihiris
½ batang timun | dihiris
4 tangkai kacang panjang | dihiris
Sambal belacan secukupnya
BAHAN KUAH:
3 ekor ikan sardin
250ml santan
4 ulas bawang putih | dikisar
1/2 biji bawang besar | dikisar
2.5cm halia | dikisar
2.5cm lengkuas
1 batang serai | dikisar
2 sudu makan kerisik
2 kiub pati ayam
Lada sulah secukupnya
Asam keping secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan.Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.
Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.
Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.
Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.
Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. Kacau sebati. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak laksam, boleh gantikan dengan laksa beras atau laksa kering yang direbus.
….………………….
6. ROTI JALA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak
2 1/2 cawan susu segar
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan di atas menggunakan blender. Sedia untuk dijala.
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam secukupnya
1 1/2 biji bawang besar | hiris
6 biji bawang putih | hiris
2 inci halia | hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak
4 kotak air
2 biji kentang | dipotong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah 3 sekawan | kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris.
Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.
Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.
Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula. Sesuaikan rasa dan boleh ditutup api.
INFO CHEF: Kuah kari ayam untuk dimakan dengan roti jala mestilah sedikit pekat. Guna serbuk kari dan bawang yang agak banyak. Ubi kentang juga membantu memekatkan kuah kari.
….…………………………..
7. ROJAK AYAM GORENG KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
10 ulas bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
100 gm cili kering | rendam air panas hingga lembut dan kisar
1/2 cawan air asam jawa
300 gm kacang tanah
2 sudu makan kicap manis
2 senduk gula
1 buku gula melaka
1 kiub ikan bilis
2 sudu makan Planta
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
Masukkan lada kering dan tumis hingga naik minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub ikan, garam dan gula. Masak hingga kuah pekat.
Masukkan kicap dan tambah air jika terlalu pekat.
Bila kuah dah didih masukkan kacang tanah kacau rata. Tambahkan planta supaya kuah kelihatan sedikit berkilat.
Bahan-bahan yang dimakan bersama rojak ayam:
Timun | diracik halus
Tauhu | digoreng
Ayam | digoreng dan dipotong atau disiat2
Ubi kentang | digoreng
Telur | direbus
Cucur Udang
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg tepung gandum
1 cawan air mendidih
1 3/4 cawan air biasa
15 ekor udang
1 biji bawang besar | potong dadu
Taugeh secukup rasa
Daun kucai | kerat 1 inci
1 biji cili merah | hiris halus
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Satukan bahan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul-ketul sedikit).
Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.
INFO CHEF: Mee kuning juga sesuai dimakan bersama-sama dengan rojak ayam.
….…………………………..
8. MIHUN SUP UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang dan daging.
1 bungkus bihun
Bahan untuk rempah tumis:
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 tangkai cengkih
Bahan untuk dikisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
Dipotong dadu besar:
1/2 biji lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
2 biji tomato (potong 4)
Bahan untuk sambal cili:
4 sudu makan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
3 biji bawang merah |dikisar.
3 ulas bawang putih| dikisar.
1/2 biji bawang besar |dikisar.
garam dan gula secukup rasa.
Bahan untuk hiasan:
200 gram lobak masin |dicelur
2 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
Bawang goreng secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
CARA MEMASAK SAMBAL:
Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
Sementara itu, rendam bihun di dalam air yang dicampur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,
Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!
INFO CHEF: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan anda merebus tulang selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.
Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik. Ha..Jangan tak tahu, guna telur ayam pun boleh tau. Hasilnya memang sama macam telur itik. Sedap! Tengoklah kuning telur tu. Berminyak je.
Menurut empunya resipi, untuk 30 biji telur masin telur ayam gred B ni, kos yang digunakan hanyalah lebih kurang RM10. jimat! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR AYAM MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur ayam gred B
1kg garam kasar
Air secukupnya (anggaran hingga telur tenggelam)
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.Masak hingga garam larut.
2. Padamkan api dan biarkan air garam tadi sejuk sepenuhnya.
3. Masukkan telur ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian tuang air garam hingga menenggelamkan telur.
4. Tutup bekas dan biarkan di tempat gelap selama 14 hari.
5. Bila dah cukup tempoh, tukar air rendaman dengan air biasa. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, baru keluarkan dan rebus seperti biasa.
INFO: Petua nak bagi telur kuning jadi warna oren. Masa peram pastikan simpan bekas telur di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Empunya resipi simpan dalam kabinet dapur.
Korang pernah makan kuih Mochi, kuih berasal dari Jepun yang berwarana warni dan berinti manis ini mula digemari oleh masyrakat Malaysia. Namun tahu tak korang yang kuih ini sangat senang disediakan kerana ia diperbuat dari tepung pulutn yang memberikan tekstur kulit Mochi berasa kenyal dan intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa korang semua. Bagi memudahkan ini RASA kongsi resipi dan cara membuat kuih Mochi Inti Kacang Tanah yang sangat sedap.
.
KUIH MOCHI INTI KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
Kulit Mochi:
400gm tepung beras pulut | sangai sekejap
40gm tepung beras | sangai sekejap
70gm tepung jagung | sangai sekejap
200gm gula pasir
3500ml air
150ml susu penuh krim
4 sudu makan mentega
1 sudu teh garam halus
Pewarna kuning dan merah
.
BAHAN INTI:
160gm kacang tanah
60gm gula pasir
6 sudu makan air masask
CARA MEMASAK:
Untuk Menyediakan Kulit Mochi:
.
masukkan tepung pulut di dalam mangkuk adunan bersama tepung beras dan mentega.
Adun rata.Campurkan gula garam, susu dan air, larutkan bersama.
Kemudian tuangkan dalam mangukuk berisi campuran tepung tadi.
Gaul rata hingga menjadi doh lembut (tidak terlalu cair atau keras).
Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
Setiap satu bahagian warna dengan warna hijau, kuning dan merah.
Gaul rata supaya adunan sebati.
Kemudian kukus antara 25-30 minit dalam pengukus yang sudah sedia dipanaskan.
Setelah masak biarkan sejuk sedikit.
.
Untuk Menyediakan Inti:
Goreng sangai kacang tanah yang telah dibuang kulit.
Kemudian tumbuk atau kisar kasar.
Larutkan gula bersama air suam. Kemudian tuang air gula dalam mangkuk kacang tadi.
Gaul rata hingga sebati. Ketepikan.
Cara Masukkan Inti:
.
Ambil tiga sudu makaan adunan kulit Mochi lalu leperkan di atas tangan dengan yang telah disapukan dengan tepung jagung tadi.
Kemudian letakkan 1 sudu makan inti kacang ditengahnya.
Kemudiaan balut inti hingga menjadi bentuk bulat.
Kemudiaan golekkannya di atas tepung jagung yang telah disangai.
Kuih Mochi sedia dihidangkan.
Senangkan? Harap percubaan korang menjadi dengan jayanya ye…