Kalau teringin nak makan steak, mesti korang makan kat luar dan makan pun sekali sekala, maklum jelah harga sepinggan steak pun boleh tahan. Kalau selalu sangat makan kat luar parah dibuatnya. Apa kata korang cuba buat steak sendiri di rumah dan sos boleh dipelbagaikan. Nak tahu macam mana cara buat sos steak, Ini RASA kongsikan cara buat sos steak, bukan satu ye, tapi lima jenis sos sekali. Senang dan jimat banyak kalau buat sendiri.
SOS CENDAWAN
Kalau suka sos yang creamy dengan tekstur pekat, korang boleh buat sos cendawan yang sedap seperti disediakan oleh kebanyakan restoran western. Caranya mudah je, dan ikut resipi ini:-
Bahan-Bahan:
200gm cendawan butang (dihiris)
50gm mentega
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu makan mustard
2 sudu makan whipping cream
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak, korang panaskan mentega, kemudian tumis bawang putih, hingga wangi kemudian masukkaan cendawan, kacau rata hingga layu. Kemudian tambah mustard dan whipping cream, terus kacau hingga pekat. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan memasukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Tak sampai lima dah siap, dan siram pada steak yang telah siap digrill.
SOS LADA HITAM
Sos ini adalah sos wajib ada di kebanyakan restoran western yang menyediakan menu steak dan paling disukai ramai. Rasanya yang sedap creamy dan sedikit pedas lada hitam memang boleh ketagih dibuatnya. Jangan risau ye, ini caranya kalau korang nak cuba.
Ads
Bahan-Bahan:
1 sudu makan mentega
1 ulas bawang putih |cincang
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1/2cawan air stok ayam
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos lada hitam
1/2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan susu makan susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak mudah je, korang panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang putih, apabila wangi, tambahkan kicap, sos lada hitam. Kacau rata dan masukkan air stok ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan tambahkan susu cair dan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa, Memang terbaik rasanya.
SOS TOMATO
Sos ini sangat mudah dan bahannya memang sedia ada di dapur kebanyakan rumah korang semua. Cuma rasanya sedikit pedas dan masam. Untuk menyediakan sos ini anda perlu ada:-
Ads
Bahan-Bahan:
50gm mentega
2 biji tomato segar | dadu halus
2 sudu makan sos tomato
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan daun ketumar | cincang halus
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air stok ayam
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Keju parmesan secukupnya atau ikut cita rasa
Cara memasaknya, korang panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan pes cili, kacau rata, diikuti oleh sos tomato. Seterusnya masukkan air stok ayam, kacau rata dan tambahkan tomato cincang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api, masukkan tepung jagung dan terus kacau hingga pekat. Tutup api dan tuangkan atas steak dan taburkan keju parmesan di atasnya. Memang mantap sedapnya.
SOS SALSA VERDE
Sos berasal dari Itali ini berwarna hijau, sangat sedap dan sedikit rasa masam, sangat sesuai di makan dengan steak medium rare. Aromanya yang kuat boleh menghilangkan rasa hanyir steak. Macam mana nak buat, ini caranya:-
Ads
Bahan-Bahan:
2 sudu makan daun peterseli | hiris halus
2 sudu makan daun bawang | hiris halus
2 sudu makan daun pudina | hiris halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh capers
Sedikit hirisan ikan masin
1 biji lemon | ambil jusnya
3 sudu makan minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya, semua bahan hirisan daun peterseli, bawang dan pudina dimasukkan dalam mangkuk, kemudian tambahkan cepers hirisan ikan masin dan bawang putih yang telah dicincang. Gaul rata dan tambahkan jus lemon dan minyak zaiton. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Gaul rata. Sos sedia dihidangkan bersama steak yang baru saja dipanggang.
SOS TERIYAKI
Jika ingin steak dengan sos cita rasa Jepun, korang boleh cuba dengan sos teriyaki. Sos ini kaya dengan rasa manis dan masin, sesuai untuk yang tidak suka pedas. Cara menyediakannya juga senang. Korang hanya perlu sediakan:-
Bahan-Bahan:
5 sudu makan kicap masin
5 sudu makan air sejuk
1 ulas bawang putih |cincang
2 cm halia | hiris halus
1 sudu makan madu
1/2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Untuk menyediakannya, campurkan semua bahan kecuali tepung jagung, garam dan gula.Gaul rata, kemudian renehkan atas dapur menggunakan api sederhana setelah mendidih, kecilkan api dan tambahkan tepung jagung, kacau rata kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah siap, boleh tuangkan sos di atas steak bakar dan untuk penambah rasa boleh taburkan sedikit bijan yang telah digoreng sangai.
Wau korang pasti hebat menyediakan steak dalam pelbagai rasa dan paling penting sangat menjimatkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biasa buat sagu melaka saja. Kali ini kita buat untuk dua versi sama ada nak makan dengan sos kastard ataupun kelapa. Dua-dua memang enak , simpan dalam peti sejuk lagi nikmat rasanya.
Bahan-bahan: 3 cawan sagu 3 keping nise atau gula Melaka Sedikit gula pasir 1 liter air Daun pandan Cara membuat: 1Sagu direbus separuh masak dan di lalu bawah air mengalir untuk buang kanji ketepikan. 2.Dalam periuk masukkan nise atau pun gula Melaka, sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul. 3.Dah menggelegak masukkan sagu tadi kacau sampai masak. Dah tak ada biji putih-putih angkat dan bolehlah masukkan ke dalam loyang.Betul-betul sejuk baru potong.
Sos kastard
1 tin susu cair 1 sudu besar tepung kastard Sedikit garam dan daun pandan (Masak di atas api sampai menggelegak)
Cara membuat: 1.Kelapa ambil yang putih sahaja dan dikukus sekejap. 2.Gaul garam.potong kuih sagu yang disejukkan terlebih dahulu golek-golekkan dengan kelapa Siap untuk dihidang.
Kredit: Noriza awang hamat
INGIN MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi ayam kicap bersantan ini boleh ganti ayam kicap biasa kalau datang rasa jemu. Masakan versi Jawa ini tak seperti ayam kicap biasa, ia kaya aroma, ada rasa lemak dari penggunaan santan dan buah keras menjadikan ia enak.
Menurut Syalfarina yang berkongsi resipi ini, setiap kali masak lauk ayam kicap bersantan atau ayam semur ini memang tak pernah tak habis malah anak-anak akan minta makan awal kerana baunya yang cukup menggoda.
Resipi Ayam Masak Kicap Bersantan
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam / 15 ketul drumnet– dilumur kunyit & garam
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji buah keras – ditumbuk bersama bawang
1 inci halia – dihiris atau diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
Air asam jawa (setengah sudu asam campur sedikit air)
Kicap manis (disyorkan guna cap Kipas Udang)
5 sudu bear santan
Gula dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Goreng ayam separuh masak saja. Jangan sampai garing untuk kekalkan tekstur lembut.
2. Kisar bawang merah dan putih, tumbuk sekali dengan buah keras untuk rasa lemak padu.
3. minyak gorengan ayam yang sama, tumis bahan 4 sekawan, halia dan bahan kisar. Tumis sampai wangi.
4. air asam jawa untuk bagi rasa masam-masam sikit dan jadikan kuah lebih berperisa.
5. Masukkan ayam, kacau dan biar reneh perlahan supaya ayam serap semua rasa tumisan.
6. kicap manis secukupnya – warna dan rasa ikut citarasa, tapi jangan kedekut kalau nak nampak ‘glossy’.
7. Tambah santan dan biar kuah mendidih perlahan sehingga pekat dan likat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat, kicap pun dah ada manis dan masin.
TIP EKSTRA
Buah keras penting untuk rasa lemak pekat. Boleh ganti dengan badam kisar atau sedikit susu cair, tapi rasa asli takkan sama.
Untuk lebih aroma, tambahkan daun limau purut di akhir masakan.
Kalau suka lebih kuah, boleh tambah sedikit air selepas masukkan santan.
Ayam Bakar Kicap yang juicy dan sedap. Resipi ini cukup mudah kerana ia tidak perlu diperap. Tahap kepedasannya juga boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Sangat sedap dinikmati bersama dengan Sambal Tomato. Bagi anda yang gemar mencuba resepi baru, bolehlah mencuba resipi perkongsian saudari Khadijah Jaafar ini. Pasti puas hati.
BAHAN KISAR: 4 biji bawang putih – beli online disini 2 biji cili merah 2 biji cili api 1/2 sudu makan ketumbar 3cm lengkuas 3cm kunyit 3cm halia
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan-bahan kisar. Pada masa yang sama, panaskan minyak bersama mentega. 2. Tumiskan bahan kisar, cili kisar dan daun bay sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa.
4. Masukkan kicap manis. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan juga gula perang dan garam. Kuantitinya mengikut citarasa masing-masing. Jika suka manis, boleh lebihkan.
6. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan hingga rempahnya menyaluti ayam dengan rata.
7. Tambahkan air. Biarkan sehingga kuahnya agak kering. Lebih kurang dalam 15 – 25 minit. Masa bergantung pada saiz ayam, jika guna ayam saiz kecil dalam 15 minit sahaja. Jika ayam bersaiz besar perlu dimasak lebih lama.
8. Keluarkan ayam kemudian bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170 C. Pastikan ketuhar telah dipanaskan dahulu dalam 15 minit.
9. Letakkan ayam di rak paras kedua dan bakar guna api api atas bawah. 10. Ayam paling bagus dibakar atas jaring. Jika di atas dulang nanti bahagian bawahnya jadi basah. Di rak paling bawah letakkan tray yang di alas aluminium foil supaya air ayam menitik di atas tray. 11. Setelah ayam dibakar selama 10 minit, sapukan ayam dengan kuahnya supaya ayam nampak lebih cantik dan berkilat. Sambung bakar selama 10 minit lagi. 12. Ayam Bakar Kicap siap disediakan dan boleh dihidang bersama nasi panas dan Sambal Tomato.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.