Kentang goreng atau french fries sedap dimakan petang-petang sebagai kudapan. Alangkah eloknya kalau kita boleh buat sendiri kentang goreng tanpa pengawet. Namun rasanya tetap sedap dan rangup. Jom cuba resipi daripada Hana Sukri yang dikongsikan dalam facebook group RASA Share Resipi.
BAHAN-BAHAN
2 cawan air
2 sudu besar gula
5 biji kentang (potong memanjang)
Sedikit gula
Sedikit garam (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Untuk sediakan air gula. Ambil besen. Masukkan air dan gula. Kacau dan ketepikan. Kegunaan air gula ini adalah sebagai rendaman.
2. Buang kulit kentang dan kemudian hiris jangan nipis sangat. Agak-agak saiznya seperti french fries yang kita biasa makan.
Belah begini dahulu.
Kemudian baru dihiris begini.
3. Setelah siap hiris kentang, masukkan kentang tersebut ke dalam air gula yang dibuat dalam langkah pertama tadi. Rendam kentang selama 30 minit, rasa manis gula tersebut akan meresap masuk ke dalam kentang.
4. Sejukkan kentang bersama air selama 30 minit dalam peti ais.
5. Sementara itu, panaskan air di atas api sederhana. Masukkan garam. Biarkan mendidih.
6. Rebus kentang yang sejuk tadi selama 5 minit.
7. Selepas direbus. matikan api dan toskan kentang. Biarkan kentang suam-suam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Seeloknya, biarkan selama lebih kurang 3 jam atau sehingga beku.
8. Panaskan minyak masak. Goreng kentang sehingga kekuningan. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Hana Sukri
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI JUGA
https://rasa.my/cara-buat-bancuhan-tepung-pisang-goreng-yang-rangup-dan-sedap/
https://rasa.my/nasi-serai-halia-bantu-buang-angin-dalam-badan/
VIDEO YOUTUBE
https://www.youtube.com/watch?v=0XB6t7I7-ZM