Ramai menggemari muffin dan sangat sedap dan sangat comel bila disediakan dalam acuan atau cawan kertas yang cantik dan pelbagai bentuk dan sesuai sebagai kudapan. Cukup dengan mengambil sebiji muffin bersama secawan kopi sarapan atau minum petang korang menjadi sempurna. Sebenarnya untuk menyediakan muffin juga sangat mudah. Ini ada lima tip perlu korang perhatikan semasa membuat muffin bagi mengelakkannya dari bantat atau tidak menjadi sempurna.
SUKAT BAHAN DENGAN BETUL
Salah satu punca muffin tak menjadi adalah sukatan bahan tidak sama dengan resipi. Oleh itu, korang perlu sukat bahan dengan betul ikut resipi. Jika menggunakan ukuran cawan, sebaliknya korang gunakan pisau untuk meratakan permukaan cawan yang berisi bahan.
ASINGKAN BAHAN KERING DAN BASAH
Walaupun akhirnya semua bahan muffin akan dicampurkan, tapi sebelum mengadun korang perlu asingkan bahan kering dan basah dalam bekas berbeza. Mencampurkan semua bahan dari awal akan menyebabkan muffin bantat. Oleh itu, adaun bahan basah dahulu, kemudian campurkan sedikit demi sedikit bahan kering dan adun hingga sebati.
Ads
ELAKKAN MENCAMPUR BAHAN TERLALU LAMA
Memang betul anda perlu pastikan semua bahan adunan diadun sebati tetapi bukan bermakna korang boleh mengadunnya terlalu lama, kerana cara ini juga boleh mengundang muffin korang bantat. Sebenarnya, cara mengadun bahan muffin yang betul ialah, asalkan semua bahan bercampur rata saja sudah memadai untuk terus dibakar.
MASUKKAN BAHAN TAMBAHAN LAIN SETELAH BAHAN DIADUN
Jika korang nak tambah bahan lain seperti kekacang, choco chips, parutan keju atau kismis, pastikan korang masukkan selepas adunan muffin siap, Gaulkan sekejap asalkan bahan campuran rata dalam adunan sudah memadai dan adunan sedia dimasukkan dalam acuan.
Ads
SAPUKAN MENTEGA PADA ACUAN
Agar Muffin tidak melekat, sebaiknya korang sapukan acuannya dengan mentega. Jika menggunakan cup atau cawan kertas sebaiknya lapiskan cawan kertas itu menjadi dua untuk memastikan bentuk cawan kertas tidak kembang dan muffin lebih cantik. Bila sudah masak, boleh tanggalkan lapisan luarnya itu.
Ads
MASUKKAN ADUNAN 3/4 ACUAN SAJA
Sebaiknya isikan adunan muffin dalam acuan pada paras 3/4 saja kerana muffin akan berkembang cantik dan merekah sempurna. Untuk memastikan setiap isian sama, korang boleh gunakan sudu atau skop aiskrim semasa memasukkan adunan ke dalam aduan. Jangan sesekali mengisi adunan sehingga penuh acuan, ia akan menadikan muffin keras dan bantat.
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
125 gm tepung gandum
7 gm baking powder
75 gm mentega yang telah dicairkan
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
1/2 sudu teh vanila
Sedikit chocolate chips | tabur
CARA MEMASAK:
Kacau sebati mentega yang dicairkan bersama susu, gula, telur dan vanilla.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama baking powder.
Kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Seterusnya masukkan chocolate chips di dalamnya dan gaul asal rata.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.
Tabur chocolate chips di atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dalam suasana perayaan yang masih lagi terasa, tentu ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim. Tidak kira sama ada menggunakan khidmat katering mahu pun masak sendiri, namun pasti tuan rumah ingin menyediakan hidangan lengkap untuk santapan para tetamu yang berkunjung. Jadi, sudah pasti hidangan tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Terdapat pelbagai jenis pemanis mulut termasuklah aneka puding yang bukan sahaja cantik dipandang, bahkan sedap dimakan. Kami kongsi 10 jenis puding yang boleh mungkin boleh anda pertimbangkan sebagai sajian di majlis rumah terbuka anda nanti.
1. PUDING KELAPA DAN RASPBERI
BAHAN-BAHAN A (PUDING SANTAN):
210ml santan
90gm gula
1 sudu teh serbuk agar-agar
BAHAN-BAHAN B (PUDING AIR KELAPA):
210ml air kelapa
90gm gula
1 sudu teh serbuk agar-agar
BAHAN LAIN:
Buah raspberi secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan bahan A dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, perlahankan api dan teruskan mengacau hingga tiga minit. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang diingini, hanya separuh bekas sahaja. Sejukkan di dalam peti ais selama empat minit. Ketepikan.
Di dalam periuk yang lain, satukan bahan B dan masak sehingga mendidih dan agar-agar larut. Matikan api dan ketepikan untuk disejukkan seketika pada suhu bilik.
Setelah adunan tadi sedikit menyejuk, tuang sedikit adunan ke atas puding santan yang sudah mengeras tadi.
Letakkan sebiji raspberi.
Simpan di dalam peti ais selama satu jam sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu rasa raspberi yang lebih kuat, boleh dihancurkan dan dimasak bersama bahan B.
2. PUDING CHIA SEED DENGAN BUAH KUNDANG DAN OREN
BAHAN A (PUDING):
1 1/2 cawan susu segar
½ cawan air kelapa
5 sudu makan isi buah kundang
5 sudu makan isi buah oren
100gm chia seed
1 sudu makan madu
5 sudu makan gula
BAHAN B (TOPPING):
50gm isi buah kundang | potong kasar
50gm isi buah oren | potong kasar
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A kecuali chia seed ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga gula larut dan adunan menjadi halus.
Masukkan adunan ke dalam mangkuk dan campurkan chia seed. Kacau sebati dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Untuk topping; campurkan semua bahan B dan kacau sebati. Simpan di dalam peti ais.
Untuk menghidang, letakkan toppingdi atas puding dan taburkan kelapa parut jika mahu. Atau boleh juga paipkan krim putar di atasnya dan hiaskan dengan hirisan oren, blueberi dan strawberi untuk warna.
INFO CHEF: Untuk yang sedang berdiet, boleh tukarkan susu segar kepada susu rendah lemak dan gula kepada madu.
3. PUDING KEK COKLAT DAN KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
360ml air
1 sudu makan serbuk agar-agar
3 sudu makan tepung kastard (bancuh dengan tiga sudu makan air)
70gm gula
90ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
50ml sos karamel
Cebisan kek coklat secukupnya
Cara Menyusun Kek:
Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia mendidih.
Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanila. Kacau hingga pekat.
Tuangkan hampir separuh adunan ke dalam mangkuk berasingan. Campurkan karamel ke dalam adunan tadi. Kacau rata dan ketepikan.
Tuangkan baki adunan ke dalamnya. Sejukkan di dalam peti ais seketika sehingga bahagian atas sedikit keras.
Setelah puding sudah sedikit keras di atasnya, tuangkan adunan karamel. Sejukkan selama satu jam sebelum dihidangkan.Bentukkan mengikut cita rasa anda sendiri.
INFO CHEF: Kek coklat boleh digantikan dengan apa-apa jenis kek.
4. PUDING SENGKUANG CINA DAN NANGKA
BAHAN-BAHAN:
400ml santan kotak
90gm gula kastor
5gm serbuk agar-agar
125gm nangka | dipotong kiub kecil
125gm sengkuang Cina | kupas dan potong kiub kecil
Air secukupnya
1 sudu makan gula
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan, gula, garam dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana. Masak dan kacau sehingga mendidih. Ketepikan.
Masukkan sengkuang Cina ke dalam periuk kecil, isikan air hingga sengkuang Cina tenggelam sedikit. Masukkan 1 sudu makan gula dan pewarna merah. Masak hingga gula larut. Toskan.
Isikan nangka dan sengkuang Cina ke dalam bekas secara sama rata.
Tuangkan adunan puding ke dalam bekas berisi nangka dan sengkuang Cina tadi.
Sejukkan selama satu jam sebelum dihidangkan. Boleh hias dengan hirisan nangka di atasnya.
INFO CHEF: Puding ini diadaptasi daripada resipi manisan Thai “Tub Tim Grob” .
5. PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN :
8gm serbuk agar-agar
100gm gula
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK :
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Untuk hidangan yang lebih menarik, pukul krim putar bukan tenusu sehingga kental, paipkan ke atas puding dan hiaskan dengan biskut Oreo sebagai hiasan.
6. PUDING COKLAT HERSHEY’S
BAHAN-BAHAN:
50gm gula
400ml susu penuh krim
30gm krim putar (pekat/thicked) | dipukul sehingga kembang
1 sudu makan serbuk agar-agar
1 sudu makan serbuk koko | dibancuh dengan sedikit air panas
½ sudu makan coklat Hershey’s
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit kepingan coklat
CARA MEMASAK:
Didihkan susu, gula dan serbuk agar-agar. Kacau sehingga larut.
Campurkan serbuk koko dan coklat Hershey’s.
Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan krim putar dan kacau sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kaca kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Selepas adunan keras, tuangkan sedikit coklat Hershey’s cair di bahagian atasnya bersama krim putar.
Sedia dinikmati ketika sejuk.
Info chef: Hiaskan dengan kepingan coklat dan sedikit parutan coklat untuk lebih menarik.
7. PUDING SUMI KASTARD
BAHAN-BAHAN:
*10gm serbuk agar-agar
*200gm gula pasir
*1000gm air
*4 sudu makan tepung kastard
*400gm susu cair (1 tin)
1 bungkus sumi atau secukupnya
BAHAN UNTUK SOS KASTARD:
400ml susu cair
200ml air
2 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastrd
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agar-agar larut.
Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.
Hiaskan dengan stawberi segar untuk warna yang lebih menarik.
INFO CHEF : Tujuan sumi dibekukan adalah untuk mengelakkan sumi mencair apabila kastard panas dituang.
8. PUDING MANGGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
250gm krim keju | suhu bilik
60gm gula kastor
140gm yogurt
150gm krim putar
1 ½ sudu makan gelatin
125gm air sejuk
2 biji mangga |potong dadu
250gm puri mangga (mango filling)
CARA MEMASAK:
Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.
INFO CHEF : Puri mangga boleh dibeli di kedai menjual keperluan bakeri atau dibuat dengan mengisar buah mangga & dimasak seketika di atas api. Tambah gula sedikit dan tepung jagung untuk memekatkannya.
9. PUDING PADDLE POP
BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu tepung
1 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000ml air
½ cawan gula halus
Pewarna dan perisa makanan /esen makanan
(Strawberry paste/emulco, Pandan paste, mangga)
CARA MEMASAK:
Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air ke dalam periuk dan kacau rata.
Pastikan ia dimasak sehingga mendidih.
Bahagikan kepada beberapa warna dan letakkan perisa. Sebagai contoh pewarna kuning untuk mangga, pink dengan strawberi, hijau dengan pandan atau epal.
Tuang satu adunan satu perisa/warna ke dalam botol dan sejukkan.
Jika ingin pelbagai lapisan warna dalam satu botol; tuangkan satu lapisan warna contohnya kuning dan sejukkan. Bila lapisan tersebut mengeras tuangkan pula lapisan yang lain dan ulang proses tersebut sehingga habis.
Info chef: Anda boleh membuat lapisan pelbagai warna dalam satu botol atau satu warna sahaja untuk setiap botol. Terpulang pada cita rasa anda.
10. PUDING BLUEBERI
BAHAN-BAHAN:
5gm serbuk agar-agar
2 ½ cawan air
4 sudu makan gula
200ml susu cair/ susu segar
300gm buah blueberi
UNTUK HIASAN:
Sedikit krim putar
Sedikit buah blueberi
Sedikit daun pudina
CARA MEMASAK:
Kisarkan buah blueberi bersama susu dan tapiskan.
Satukan gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk berisi air sehingga mendidih.
Masukkan susu cair dan buah blueberi yang telah dikisar dan ditapis.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam bekas kaca kecil. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
Keluarkan dan hiaskan dengan sedikit krim putar, buah blueberi dan daun pudina untuk lebih menarik.
Perasan tak kalau korang ke kedai Mamak, bau ayam gorengnya menusuk ke hidup. Kalau pergi kaunter makanan, mesti teringin nak pilih ayam goreng yang beraroma wangi ni Dahlah rangup ada rasa rempah yang cukup sedap. Apa rahsia resipi mamak ni yang mencipta ayam goreng yang lain macam lazatnya
Jom kita dedahkan dan kongsi resepi ini.
AYAM GORENG MAMAK
.
Bahan-bahan: 1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar: 6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.