Ringkas yang sedap bila menikmati Kuatiau Sup Fishball ini, terasa segar dengan supnya yang jernih tapi cukup rasa dengan campuran isiannya ringkas. Tambah sambal kicap atau cili memang terbaiklah. Sesuai ini untuk hidangan makan malam yang simple untuk anda sekeluarga, untuk resipi, ada disediakan di bawah ye.

KUETIAU SUP FISHBALL
BAHAN-BAHAN;
1 potong isi ayam + sedikit bahagian tulang | hiris
1 pek kuetiau | celur sekejap kemudian tos
1 pek kecil fishball | belah dua
1 pek kecil fishcake | hiris nipis
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN TAMBAHAN:
Cili Kicap
Minyak bawang ptuih
Sawi | potong dan celur sekejap
1 mangkuk tauge | bersih dan buang ekor

Ads

CARA MEMBUAT:

Ads
  1. Masukkan air dalam periuk secukupnya dan rebus isi ayam dan tulang hingga mendidih.
  2. Kemudian campurkan fishball dan fishcake ke dalamnya.
  3. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa.
  4. Tutup api.
  5. Sediakan pula minyak bawang putih, caranya hiris satu labu bawang putih kemudian goreng dengan 3 sudu makan minyak menggunakan api perlahan. Goreng hingga kekuningan dan wangi. Tutup api.
  6. Untuk sediakan cili kicap, bakar seulas bawang putih, ketuk sedikit dan masukkan ke dalam bekas. Hiris cili padi, kemudian masukkan dalam bekas bawang putih tadi dan tuangkan kicap manis. Perahkan sedikit jus limau nipis.
  7. Masukkan kuetiau dalam mangkuk, tuangkan sup di dalamnya, hias atas dengan sawi celur dan tauge. Untuk aroma, tuangkan sedikit minyak bawang putih.
  8. Untuk lebih sedap dan kaw, tambah hirisan cili kicap dan makan panas-panas.

Kredit : Khairul Abdullah

Ads

Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/cara-masak-soto-banjar-yang-mudah-sedap-teringin-boleh-cuba/
https://www.rasa.my/rahsia-mi-jawa-comfirm-sedap-ini-cara-mudah-membuatnya/
https://www.rasa.my/cara-masak-bihun-goreng-seafood-simple-sedap/
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-pelbagai-jenis-laksa-sedap-ada-di-malaysia/
https://www.rasa.my/cara-masak-bihun-soto-yang-sedap-siap-sambal-kicap-sekali/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI