Sedapnya kalau dapat makan pancake yang gebu dan tebal macam di McD tu kan? Kalau nak beli pun dah mahal. Jadi, boleh buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah. Lebih jimat dan puas hati. Adunan yang lebih juga boleh disimpan di dalam peti sejuk.
1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas dan kacau sebati. Boleh kacau menggunakan sudu atau tangan. Nak lagi mudah, boleh masuk ke dalam pengisar.
2. Selepas adunan sebati, panaskan kuali dengan api yang perlahan. Sendukkan adunan tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sehingga pancake nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan adunan sehingga kekuningan.
4. Siap! Boleh dihidangkan dengan butter, maple syrup, madu atau aiskrim.
Siapa yang boleh menolak kalau terhidang di depan mata Burger Daging Special dengan Keju Meleleh yang cukup membuka selera. Makan panas-panas memang onz! Nak lagi sedap, masaklah menggunakan Keju Chesdale Burger yang terbaru ini. Selain mudah mencair, keju ni memang tinggi dengan kalsium dan protein. Nak lengkapkan hidangan, minumlah Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry. Memang menyegarkan! Jom cuba.
BURGER DAGING SPECIAL KEJU MELELEH
BAHAN-BAHAN A:
400gram daging kisar
1 biji telur
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk paprika
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh parsli kering
1 sudu teh lada sulah
2 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN LAIN:
2-3 biji roti bun – belah tengah
10-12 keping Chesdale Burger
Hirisan daun salad
Hirisan tomato
Sos cili
Mayones
Anchor Unsalted Butter
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A di dalam mangkuk lalu gaul sebati. Bahagikan kepada 3-4 bahagian atau timbang sama rata. Kepalkan campuran daging kemudian leperkan sedikit.
Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak kepingan daging burger di atasnya. Gril daging hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian.
Ambil sekeping Chesdale Burger lalu letak atas daging. Biarkan beberapa minit hingga keju cair sedikit.
Di dalam kuali leper, letak 3-4 keping Chesdale Burger lalu cairkan sepenuhnya. Ketepikan.
Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter di permukaan roti bulat yang telah dibelah. Gril sekejap di dalam kuali leper non stick.
Untuk membuat burger; Letakkan sedikit hirisan salad, hirisan tomato di atas sebelah roti bulat. Kemudian letak kepingan daging burger. Tuang cairan keju Chesdale Burger tadi ke atas daging hingga menyaluti keseluruhan daging. Letak sedikit sos cili dan mayones. Letak sekeping lagi keju Chesdale Burger lalu tutup burger dengan sekeping lagi roti bulat.
Sebagai pelengkap hidangan, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry.
Kek pisang memang tak jemu makan dan sangat mudah disediakan. Apa kata raya kali ini anda sediakan kek pisang sendiri, ia tak memerlukan bajet besar kerana tidak banyak guna bahan campuran. Sesuai di waktu kita sedang berjimat cermat ni, namun hasilnya tetap sedap.
KEK PISANG BAHAN-BAHAN:
4 biji telur saiz A
120gm gula perang | boleh campur dengan gula putih
300gm pisang berangan | lenyekkan dengan garpu
225gm tepung gandum
3/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
150gm minyak masak
CARA MEMBUAT:
Putar telur dan pisang dengan kelajuan tinggi hingga bahan kembang
Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau balik menggunakan spatula sahaja.
Akhir sekali, masukkan minyak, kacau sekadar bercampur dalam adunan (jangan terlalu lama).
uang dalam loyang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 165-170C. Menggunakan api atas bawah.
Setelah bertukar warna kecoklatan, itu menandakan kek pisang sudah masak.
INFO: Jika inin meletakkan potongan pisang, masukkan selepas 10 minit kek dibakar. Jika dimasukkan awal bimbang akan tenggelam dalam kek.
Kuih buah rotan memang antara kuih raya autentik, sejak dulu jadi kegemaran ramai. Sementara Jejari Keju tidak kurang hebatnya sesuai dengan cita rasa semasa. Kedua-dua kudapan bergoreng ini, mudah disediakan dan tidak perlu menunggunakan ketuhar. Lebih istimewa ianya rangup dan tak muak dimakan. Kudap-kudap tak sedar habis sebalang.
KUIH BUAH ROTAN BAHAN-BAHAN: 200gm tepung pulut
1 biji telur
2 sudu makan gula pasir
130ml santan pekat
1 sudu tee garam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu the soda bikarbonat
1 mangkuk air masak
5 sudu makan bijan
Minyak goreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
Campur telur dan gula pasir, lalu kacau sampai gula larut.
Masukkan tepung pulut yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan santan dan garam, aduk hingga tercampur rata.
Buat bentuk bulat-bulat kecil, celup dalam air masak dan gulekkan dalam bijan. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
Angkat dan toskan.
Masukkan dalam bekas kedap udara apabila betul-betul sejuk.
JEJARI KEJU RANGUP BAHAN-BAHAN: 250gm tepung gandum 60gm keju | parut 1 sudu makan mentega/ marjerin 2 biji telur | kacau 1 sudu makan epung jagung 4 sudu makan air 1 sudu teh garam halus ½ sudu teh serbuk perasa daging/ ayam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gaul rata tepung, keju parut, tepung gandum, serbuk perasa ayam/daging dan garam.
Tuangkan bancuhan telur dan masukkan mentega, gaul rata.
Tambahkan air ke dalamnya, uli hingga menjadi adunan lembut dan tidak melekat di tangan.
Canai nipis dengan ketebahan lebih kurang 4cmdan gunting memanjang (lebih mudah menggunakan mesin mi jika ada).
Panaskan minyak, goreng hingga masak dan kuih berwarana kuning keperangan.
Angkat dan toskan.
Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk.
Info: Jangan menggoreng terlaku banyak kerana ia boleh menyebabkan kuih tidak garing dan susah mengembang. Semasa menguli jika agak keras tambah sedikit lagi air