Berita baik kepada anda yang menyukai menu berasaskan kacang hijau ? Ini ada tip agar kacang hijau yang direbus cepat empuk sebelum sedia dijadikan bubur kuih yang sedap untuk hidangan keluarga. Diharapkan dengan adanya tip ini masalah kacang yang direbus susah nak empuk tiada lagi ye.
Rendam Kacang Hijau
Sebelum rebus pastikan kacang hijau direndam dahulu lebih kurang 3-4 jam atau supaya apabaila direbus kacang cepat empuk.
Ads
Masukkan Kacang Apabila Air Mendidih
Masak air dalam periuk dan masukkan kacang hijau selepas air rebusan mendidih. Air mendidih boleh membantu kacang lebih cepat empuk dan kandungan nutrisinya tetap kekal dalam rebusan kacang.
Ads
Api Sederhana
Ads
Dianjurkan menggunakan api sederhana, tidak terlalu kecil atau besar, dengan cara ini kacang hijau yang direbus lebih mudah empuk dan masak sempurna.
Campurkan Gula dan Garam Apabila Kacang Empuk
Jika ingin menambah perisa seperti gula dan garam pada rebusan kacang hijau sebaiknya tambah ketika kacang hijau mula kembang. Jika dimasukkan awal kacang hijau sukar empuk.
Diharapkan tip berikut membantu rebusan kacang hijau lebih cepat empuk dan masak sekata
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lipas yang berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan racun.
1.Sabun Mandi
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2.Lemon
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3.Buah Pelaga
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4.Daun Pandan
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5.Daun Bay
elain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6.Baking Soda & Gula
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Zaman sekarang, air fryer bukan lagi sekadar alat dapur, tapi ‘penyelamat masa’ nombor satu untuk sesiapa yang nak makan sedap tanpa leceh. Tak hairanlah, setiap rumah mesti ada satu, malah ada yang sampai dua unit sebab berebut nak guna! Tapi, ramai sebenarnya masih ‘main agak-agak’ bila guna air fryer, tak tahu suhu dan masa yang tepat untuk hasilkan makanan yang garing di luar tapi lembut di dalam.
Jadi, RASA kongsikan Carta Cheat Sheet Air Fryer khas untuk bantu korang masak dengan lebih efisien, tanpa perlu trial dan error lagi. Dengan panduan ni, hasil masakan korang confirm jadi garing, lembut dan sedap setiap kali.
Sayur Pun Boleh Guna Air Fryer!
Ramai sangka air fryer cuma untuk nugget atau ayam, tapi sayur pun boleh jadi menu menarik! Kacang panjang, brokoli atau asparagus, semuanya cukup 5–6 minit pada suhu 200°C untuk tekstur rangup tapi masih hijau segar. Kalau nak buat ubi keledek, cuma perlukan 30 minit pada 190°C — hasilnya manis dan lembut, tak perlu minyak pun!
Daging Dan Ayam Juicy Tanpa Minyak
Nak panggang ayam tanpa oven? Air fryer boleh gantikan dengan hasil yang sempurna. Dada ayam masak sempurna dalam 12 minit (190°C), manakala peha ayam berkulit pula perlukan 22 minit untuk hasil garing di luar, juicy di dalam.
Yang suka stik atau burger, tak perlu risau — ikut suhu antara 180°C–200°C bergantung pada ketebalan daging. Rahsia paling penting: jangan padatkan ruang bakul air fryer. Biar ada ruang udara supaya masakan masak sekata dan tekstur kekal juicy.
Seafood Segar, Tak Melekit!
Ikan salmon, udang dan sotong pun boleh dimasak dalam air fryer tanpa perlu minyak banyak. Sotong cukup 4 minit pada 190°C, manakala fillet ikan atau tuna steak sekitar 10 minit pada 200°C.
Tip RASA: Sapu sedikit minyak zaitun sebelum masukkan ke dalam air fryer supaya hasilnya lembut, berkilat dan nampak menyelerakan.
Makanan Sejuk Beku, Tak Perlu Defrost
Kegemaran semua orang — nugget, kentang goreng, onion rings dan gyoza. Semua boleh siap dalam 8–14 minit saja! Gunakan suhu 200°C untuk hasil paling garing, cukup macam beli kat restoran fast food tapi jauh lebih sihat sebab tak perlu rendam minyak.
Kesimpulan: Air Fryer, Sahabat Dapur Moden
Pendek kata, air fryer ni bukan sekadar alat dapur, tapi kawan baik mak-mak sibuk dan anak muda yang nak makan homemade tanpa minyak banyak. Dengan carta ‘cheat sheet’ ni, masak apa pun dah tak perlu teka — tekan, tunggu, siap! Sedap, sihat dan cepat, semua dalam satu alat!
Tip ini sesuai sangat bagi yang suka buat acara makan-makan di luar bersama keluarga sama ada berkelah, barbeku, berkhemah dan sebagainya.
Jika suka bawa aiskrim sebagai hidangan untuk memastikan ia tak cair dan kekal beku boleh gunakan tip yang dikongsi oleh penjual aiskrim sendiri, @abamaiskriem.
Caranya cukup mudah cuma gunakan ais dan garam saja untuk memastikan aiskrim tahan lama tak cair. Berikut adalah cara yang beliau tunjukkan.
1. Sediakan termos/ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.
2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.
3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.
4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais.
5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.
Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.