Pernah tak alami situasi nak beli kucai terbeli daun bawang. Haha…mesti adakan? Ini adalah perkara biasa kerana kedua-dua jenis daun ini hampir sama dari segi rupa bentuk dan warna. Sebenarnya, daun kucai langsung tak sama dengan daun bawang. Kalau nak tau perbezaannya, korang boleh baca info berikut:-
Daun Bawang adalah Bawang & Kucai adalah Daun:
Walaupun kedua jenis daun ini dalam keluarga yang sama iaitu ‘bawang’ namun daun bawang lebih sesuai dipanggil bawang kerana ia dicabut seperti bawang dan dijual dengan akar sekali sama seperti bawang. Sementara kucai adalah sejenis daun, sebab ia dipotong lebih kurang 5 cm dari pangkal pokok sebelum dijual.
Bentuk Fizikal & Warna:
Secara fizikalnya kedua-dua daun hampir sama bentuk dan panjang. Namun daun bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat, panjang, dan lembut teksturnya berbanding daun kucai yang lebih nipis pandat hampir sama dengan rumput. Kalau dipegang daun bawang lebih lembut dan rapuh kerana bentuknya seperti penyedu minuman berlubang di tengah. Walaupun sekilas pandang kedua-dua daun berwarna hijau, tetapi daun bawang berwatna hijau lembut dan menjadi putih di bahagian pangkalnya sedangkan kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal.
Rasa & Bau:
Daun bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi lebih lembut dan mempunyai aroma khusus, rasa ini akan lebih dirasai bila campurkan dalam makanan dan dimakan. Sementara daun kucai aromanya hampir sama dengan bau bawang putih. Jika tidak dimasak rasanya sedikit menyengat.
Fungsi Dalam Masakan:
Berbading daun kucai, daun bawang digunakan sebagai pelengkap rasa dalam makanan, seperti dimasukkan dalam sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Sementara daun kucai kerap dijumpai dalam makanan, seperti campuran dalam cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain. Namun jika digunakan sebagai pelengkap makanan, kedua-duanya boleh digunakan dan boleh digantikan antara satu sama lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI