Ini Resipi Paling Ngam Nak Bisnes Kuih Nona Manis Keladi

Share

 

Suka buat bisnes kuih? Kali ini korang boleh cuba resipi kuih nona manis keladi ini. Resipi ini dikongsi oleh orang yang buat bisnes kuih nona manis ini sendiri. Memang nampak menarik dan sedap. Bolehlah cuba.

NONA MANIS KELADI

BAHAN A
1 bji telur ayam
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)


1 cawan santan sederhana pekat

BAHAN B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
Keladi emulco
Pewarna unggu atau pencelup keladi
1/4 cawan tepung jagung

BAHAN C
1 cawan santan
1 sudu besar tepung gandum  (BELI DI SINI)
1/2 sudu kecil garam (BELI DI SINI)

CARA MEMBUAT
1. Ambil BAHAN A. Pukul telur ayam dan gula sehingga sikit kembang. Kemudian masuk tepung gandum berselang seli dengan santan. Ketepikan.
2. Satukan BAHAN B ke dalam bekas. Kemudian tapis masuk dalam periuk. Masak atas api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
3. Satukn BAHAN A ke dalam BAHAN B. Kacau rata.
4. Dalam bekas lain, satukan BAHAN C. Tapis masuk periuk. Masak sehingga pekat. Tutup api.
5. Ambil acuan lompang. Sapu sikit minyak masak. Panaskan kukusan.
6. Ambil piping bag dan isi adunan keladi. Paipkan ke dalam acuan lompag memenuhi 3/4 bekas acuan lompang itu. Ulang hingga habis.
7. Paip pula adunan putih di tengah-tengah menjadi bulat. Kukus 15 minit.
8. Dalam masa mengukus, pastikan air kukusan tidak menitik atas kuih.
9. Selepas sejuk baru keluarkan kuih dari acuan. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Facebook Ieda Jahaya

ANDA MESTI SUKA RESIPI INI
RESIPI KEK PISANG 
RESIPI KEK CHIFFON PANDAN

JOM TONTON VIDEO NI

Published by
Maryam Elyas